


Selamat Hari Kemerdekaan ke – 53
Aug 31st
Hari ini, 31 Ogos 2010, genap 53 tahun Tanah Melayu bebas dari cengkamam penjajah dan ada lagi 16 hari untuk meraikan hari Penubuhan Malaysia. Selama 53 tahun Malaysia merdeka, banyak pembangunan yang telah dikecapi oleh rakyat negara ini. Bagi orang – orang lama atau warga emas, sudah pastinya mereka melihat transformasi negara dari zaman Penjajah sehinggalah zaman sekarang. Dan mereka jugalah satu – satunya rakyat negara ini yang betul – betul faham makna merdeka.
Merdeka kalau dirujuk dalam Kamus Dewan bermaksud “bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain; berdiri sendiri:”. Ya, Malaysia sememangnya sudah bebas dari cengkaman penjajahan, Malaysia juga sudah bebas dari duduk dibawah naungan orang tetapi adakah Malaysia merdeka sepenuhnya? Tidak, jika diberi percentage kemerdekaan Malaysia cuma 70% sahaja, selebihnya masih dicengkam penjajahan. Penjajahan Minda, baik dari dalam ataupun luar.
Popularity: 1% [?]
UEFA Champions League 2010/11 Group Fixture
Aug 28th
Semalam berlangsung undian peringkat kumpulan dalam kejohanan UEFA Champions League 2010/11. Setelah selesai perlawanan peringkat Play-Off, kini tiba pula perlawanan peringkat kumpulan. Inter Milan akan mempertahankan kejuaraan yang mereka kecapi musim lepas dengan berhadapan dua pasukan baru dalam kancah Piala Eropah iaitu Tottenham Hotspurs dan Twente FC dan juga pasukan SV Werder Bremen.
Perlawanan pertama akan berlangsung pada 14/15 September dan akan berterusan pada tarikh – tarikh 28/29 September, 19/20 October, 2/3 November, 23/24 November dan 7/8 December. Perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Wembley pada 28 May 2011. Jadual penuh boleh dilihat dalam laman web ini.
| 2010/11 UEFA Champions League group stage | |||||
| Group A | Group B | ||||
| FC Internazionale Milano (ITA) | Olympique Lyonnais (FRA) | ||||
| SV Werder Bremen (GER) | SL Benfica (POR) | ||||
| Tottenham Hotspur FC (ENG) | FC Schalke 04 (GER) | ||||
| FC Twente (NED) | Hapoel Tel-Aviv FC (ISR) | ||||
| Group C | Group D | ||||
| Manchester United FC (ENG) | FC Barcelona (ESP) | ||||
| Valencia CF (ESP) | Panathinaikos FC (GRE) | ||||
| Rangers FC (SCO) | FC København (DEN) | ||||
| Bursaspor (TUR) | FC Rubin Kazan (RUS) | ||||
| Group E | Group F | ||||
| FC Bayern München (GER) | Chelsea FC (ENG) | ||||
| AS Roma (ITA) | Olympique de Marseille (FRA) | ||||
| FC Basel 1893 (SUI) | FC Spartak Moskva (RUS) | ||||
| CFR 1907 Cluj (ROU) | MŠK Žilina (SVK) | ||||
| Group G | Group H | ||||
| AC Milan (ITA) | Arsenal FC (ENG) | ||||
| Real Madrid CF (ESP) | FC Shakhtar Donetsk (UKR) | ||||
| AFC Ajax (NED) | SC Braga (POR) | ||||
| AJ Auxerre (FRA) | FK Partizan (SRB) | ||||
Popularity: 1% [?]
Penjawat awam dapat duit raya
Aug 25th
Alhamdullilah! apa yang ditunggu – tunggu oleh penjawat awam akhirnya tercapai juga. Baru sebentar tadi, Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan memberi duit raya kepada penjawat awam dan juga kepada pesara kerajaan. Walaupun RM500, kira cukuplah untuk berbelanja di Hari Raya nanti. Cuma tidak dipastikan samada duit raya ini akan dibayar penuh atau dibayar “full”
Jadi sebagai salah seorang penjawat awam, haku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana memberi duit raya kepada semua penjawat awam. Sekurang – kurangnya kurang sedikit beban untuk beraya di dalam ekonomi yang tidak menentu ini.
Selamat Hari Raya kepada semua Penjawat Awam dan pesara kerajaan =)
Popularity: 2% [?]
hari ke-12 Puasa dan kali ke-3 seminar
Aug 22nd
Salam ramadan haku ucapkan kepada korang semua buat kali kedua. Sedar tak sedar, dah masuk hari ke-12 kita berpuasa. Suasana raya semakin lama semakin dirasai, lagu – lagu raya mula bergema diradio – radio dan mulut – mulut orang, dan kuih raya dan mercun – mercun yang ditempah sebelum puasa mulai dapat.
Genap hari ke – 12 berpuasa juga bermakna haku sudah menghadiri 3 kali kelas e -PJJ ku. Semakin haku menghadiri kelas PJJ ini semakin mencabar tugas – tugasan yang diterima. Betul kata orang, belajar jarak jauh tersangatlah mencabar kerana hanya 10% pembelajaran adalah diantara pelajar dan lecture, selebihnya, pelajar itu terpaksa berusaha sendiri.
Popularity: 1% [?]
Puasa datang lagi dan haku ingin kurus!
Aug 11th
Salam Ramadhan kepada semua umat islam. Wah, tajuk entry bunyi macam “Tora datang lagi!” (haha). Esok semua umat islam seluruh Malaysia dan beberapa negara Islam didunia akan melaksanakan rukun Islam yang ke – 3 iaitu “Berpuasa di bulan Ramadhan”. Solat sunat Tarawikh pun telah pun ditunaikan malam tadi. Berpusu – pusu orang islam menunaikan solat sunat Tarawikh di masjid – masjid dan harap – harap suasana itu akan berterusan sehingga ke hujung bulan Ramadhan dan haku juga berharap terhadap diri haku dapat menunaikannya di Masjid ataupun Surau.
Hari pertama bulan Ramadhan pasti akan menyaksikan ragam – ragam lawak dan lucu. Puasa “yan yuk bangun pagi buka periuk” pasti berlaku, alasan lupa niat atau terlupa kata hari ini hari pertama puasa semestinya akan terjadi dikalangan rakan – rakan disekeliling kita. Hari – hari yang mendatang di bulan puasa juga nanti kita boleh saksikan aksi – aksi memakai topeng dan topi keledar berlaku dikedai – kedai makan. Dan bulan puasa jugalah kita boleh melihat “mayat” hidup bersama nasi dan air bungkus diangkut ke dalam Van Mayat Jabatan Agama Islam (haha).
Apapun ragam diatas itu, haku tidak ambil peduli. Apa yang haku peduli, haku dapat melaksanakan ibadat Puasa haku dengan jayanya dan disamping itu mengurangkan berat badan haku yang semakin mem”belon” ini. Memang haku melawan habis – habisan nafsu makan dan berbelanja haku untuk menjadi kurus seperti haku dizaman mula – mula masuk kerja. Ini bermakna, haku terpaksa mengurangkan jumlah duit yang bakal dibawa ke Bazar Ramadhan dan mengunjungi bazar – bazar Ramadhan yang kurang dengan aneka makanan.
Popularity: 2% [?]







