Luahan Nasib PPKP
Sini haku letakkan petikan surat pembaca yg dikeluarkan didalam surat kabar Berita Harian pada 27 Disember 2008 yang lalu. Melalui surat ini lar, haku yg berkerja sebagai PPKP dapat memberitahu kepada semua pembaca di Blog haku ini masalah yg dihadapi oleh rakan2 yg sejawatan dgn haku.
Nasib ‘Merinyu Kesihatan’ diabai
Pada pertengahan tahun 1999 gelaran itu bertukar lagi kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP). Pada 2005, skim jawatan IK (PPKP) dinaik taraf kepada skim bersepadu yang membolehkan mereka berpeluang dinaikkan pangkat daripada kumpulan sokongan kepada kumpulan Profesional dan Pengurusan, seperti juga dinikmati lain anggota paramedik dalam kementerian..
Namun, apalah gunanya apabila tugas yang selama ini kami pikul dan laksanakan dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab, dengan sewenang-wenangnya cuba dibolot penjawat lain walaupun masing-masing ada tanggungjawab sendiri, dengan pengetahuan dan restu pihak atasan.
Baru-baru ini, saya dimaklumkan Pengarah Bahagian Kawalan Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mengemukakan kertas kerja mencadangkan supaya tugas PPKP dalam mengawal keselamatan, kebersihan dan kualiti makanan mengikut Akta Makanan 1983, diberikan kepada mereka yang memegang jawatan lain.
Tidak cukup dengan itu, Pengarah BKKM yang juga seorang Pegawai Teknologi Makanan (PTM), mencadangkan pula pengambilalihan tugas penguat kuasa pada peringkat negeri dan daerah yang selama ini dipikul PPKP Kanan. Cadangan ini diperkukuhkan lagi apabila Ketua Pengarah Kesihatan bersetuju PTM bertindak sebagai pegawai penguat kuasa.
Malangnya, cadangan dan persetujuan itu tanpa disedari Ketua Pengarah, sekali gus mengetepikan tanggungjawab PTM yang sepatutnya memberi khidmat nasihat kepada industri, makanan supaya produk yang dihasilkan berkualiti bagi makanan dalam negeri dan menepati kehendak negara pengimport bagi makanan yang dieksport.
Pada pandangan saya, PTM tidak memerlukan kuasa sebagai penguat kuasa untuk menghampiri pengeluar makanan, kerana pihak pengeluar makanan sememangnya mengalu-alukan kehadiran PTM sebagai pemberi khidmat nasihat berkaitan teknologi pembuatan makanan.
PPKP ibarat jatuh ditimpa tangga apabila Pengarah Kawalan Penyakit pula bersetuju dan mengarahkan supaya tugas PPKP atau PPKP Kanan dari segi penyeliaan dan penguat kuasa pada peringkat negeri dan daerah diambil alih Pegawai Sains iaitu Ahli Kaji Serangga.
Patutlah kejadian wabak demam denggi tidak berhabisan, diikuti pula dengan demam Chikugunya di negara ini.
Adakah masih sesuai, langkah penyemburan asap dilakukan pada awal pagi dan awal senja bagi mengawal Aedes, apabila masyarakat pun tahu nyamuk Aedes menggigit tidak kira masa. Inilah yang sepatutnya difikirkan Ahli Kaji Serangga bersesuaian dengan jawatan yang disandang.
Saya difahamkan, suatu dialog sudah diadakan dengan Ketua Setiausaha dan perkara ini dibangkitkan. Namun, masih tidak membuahkan sebarang hasil. Yang pasti, tugas PPKP kini bagaikan ‘pisang goreng panas’ di Kementerian Kesihatan. Kehendak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya Bahagian Sumber Manusia memastikan setiap pewujudan jawatan tidak berlaku pertindihan tugas hanya menjadi kehendak yang tidak perlu dipatuhi.
Saya masih berharap, pihak berkenaan berupaya membuat polisi, memikirkan dan mengiktiraf kehadiran PPKP yang sekian lama dalam kementerian, bersesuaian dengan naik taraf PPKP apabila diwujudkan skim bersepadu bagi Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pegawai Kesihatan Persekitaran, demi mendokong visi dan misi Kementerian Kesihatan.
PPKP KECEWA,
Kuala Lumpur.
Berikut pula adalah saranan seorang PKP:
Salam hormat,
Dimajukan petikan surat @ e-mel pembaca yang tersiar di Berita Harian
pada 27 Dis 2008 bertajuk NASIB MERINYU KESIHATAN DIABAIKAN oleh PPKP
Kecewa Kuala Lumpur untuk renungan kita bersama.
Kesimpulan awal dari luahan tersebut seolah-olah kehadiran profesion
PPKP/PKP sekian lama dalam KKM kurang diiktirafkan oleh pihak atasan.
Sejauh manakah pendapat kalian,…
Cadangan, pendapat dan usahamurni tuan/puan amatlah dialu-alukan
untuk tindakan lanjut pihak atasan agar profesion kita dapat dan
terus dimantapkan terutama pada tahun 2009.
===============
Niu Sue
Pegawai Kesihatan Persekitaran
Unit Epidemiologi CDC
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
Tel : 09-7413359
Fax : 09-7444486
E-mail : niusue@klt.moh.gov.my
jadi, kpd PPKP yg membaca topik ini boleh lar memberikan pendapat dan cadangan kepada pegawai terbabit. ingat profesion kita semakin hari semakin ditindas!
Popularity: 4% [?]