Archive for February, 2009

AS tayang filem hina Islam

2
Semoga Allah menimpakan BALA paling besar terhadap SYAITAN ini!

WASHINGTON: Filem kontroversi yang dihasilkan oleh Ahli Parlimen Belanda yang anti-Islam, Geert Wilders, bakal ditayangkan di Amerika Syarikat Khamis ini selepas senator Republikan, Jon Kyl, bersetuju menjadi hos menayangkan dokumentari menghina Islam itu.

Kyl menjadi penaja majlis itu bagi Wilders, yang tidak dibenarkan memasuki Britain awal bulan ini selepas pegawai Britain berkata dia membawa ancaman kepada undang-undang awam.

Kementerian Dalam Negeri Britain enggan membenarkan Wilders memasuki negara itu berdasarkan alasan dia ‘akan mengamcam keselamatan masyarakat dan awam.’

Ahli perundangan Belanda itu dijemput ke bangunan Capitol untuk menayangkan filem selama 17 minit itu, Fitna, yang mengkritik al-Quran sebagai ‘buku fasis’ dan membandingkan Islam dengan Nazi.

Wilders mempertahankan diri daripada tuduhan ‘berat sebelah’ berhubung desakan sendiri untuk bebas bersuara tetapi pada masa sama mahu al-Quran diharamkan.

“Saya mahu al-Quran diharamkan. Di Belanda, kami mengharamkan Mein Kampf. Saya melihat perbandingan kedua-dua buku ini. Bukan hanya ia adalah ideologi pemerintahan satu parti politik tetapi kedua-duanya juga menghasut keganasan,” katanya.

P/s: ini lah manusia yg tidak membaca, mengkaji dan memahami al-quran ..menyamakan ciptaan manusia dengan Allah S.W.T.

Popularity: 1% [?]

Info Game

0
Game..

Adakah anda meminati game? atau anda sekadar menjadi pemerhati sekiranya seseorang itu ataupun rakan2 anda bermain game. Apa yang anda fikirkan tentang game? permainan membosankan? permainan membuang masa? permainan yg tiada faedah?..apa yg anda tahu pasal game?? video game? PSP? X-Box?PS2 or PC game??. Untuk informasi, game dicipta untuk menghiburkan sesorang atau mengisi masa terluang seseorang. Kadang kala, game juga boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran, game juga boleh menguji minda seseorang dan game juga boleh menyihatkan seseorang. Game juga bukan sekadar permainan video, PSP, PS3 ataupun PC game.

Card Game

Antara jenis2 game yang dimainkan seperti sukan, board game (cth: Chess), card game (cth: black jack), video game (cth: PS2, X-Box), PC game dan mcm lagi jenis game. Dan di zaman yang moden dan tanpa sempadan ini telah mewujudkan game terbaru iaitu on-line game, role-player game (RPG) & simulation game. Jadi game bukan tertumpu kepada satu sahaja. Definisi game begitu luas dan bkn semuanya tidak berfaedah.

Salah satu konsol game yang popular

Namun begitu, persoalannya sekarang adakah game khususnya video game, PC game, on-line game dan RPG hanya dicipta untuk golongan yg digelar budak2 atau lebih tepat lagik hanya untuk seseorang yg berumur 13thn kebawah?? kalau game2 ini khusus untuk kanak2 @ budak2..kenapa setiap kali munculnya game2 terbaru, hanya org dewasa dan remaja sahaja yang sanggup beratur untuk mendapatkan game2 ini. kenapa semasa tournament permainan game PC, PSP, & RPG hanya disertai oleh orang2 dewasa?? ini menunjukkan game bukan hanya untuk golongan budak2 sahaja, ia juga diminati oleh golongan dewasa. sebagai contoh, game mario ataupun Donkey card. Walaupun game ini kelihatan seperti game kanak2, ia juga dimainkan oleh orang dewasa, selain itu game Grand Thief Auto juga diminati oleh kanak2 walaupun game tersebut sebenarnya lebih ditujukan kepada org dewasa disebabkan unsur2 ganasnya. ini membuktikan umur bukan penghalang bagi seseorang itu untuk bermain game dan meminati game. Saya lebih suka merujuk kepada mereka ini sebagai gamerz kerana minat mereka terhadap game.

Masyarakat Jepun & Korea adalah paling taksub dengan Game

Oleh itu, Tiada sebab musahab yang mengatakan seseorang gamerz itu kanak2 @ budak2 hanya disebabkan budak2 lebih meminati game. Jika seseorang dewasa ini sperti budak2 disebabkan hanya dia meminati game, bagaimana pulak mereka2 yg dewasa yg meminati kartun sinchan, d0remon, upin dan ipin atau lain2 kartun..adakah mereka ini budak2???bagaimana dengan orang lelaki yang meletakkan patung dalam kereta??adakah mereka itu lembut atau perempuan?? :D

Open ur mind guys! ..byk hobi dan minat kanak2 diikuti dan diminati oleh org dewasa juga..pikir2kan lah..jgn disebabkan anda dewasa dan rasa dewasa, anda terpaksa membuang apa yang anda minati dulu dizaman kanak2. Dan sekiranya anda membenci game, jgn lar anda meng”kondem” seseorang gamerz, bagaimana perasaan anda sekiranya seseorang meng”kondem” apa yang anda minati?

Sekian

TQ..

Murky aka Markidoss

Pic. taken from :

http://www.flickr.com/photos/multiplay/2900072131/

Popularity: 1% [?]

Sayangi lar haiwan

1

Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah s.a.w melarang perbuatan melagakan binatang.”

Popularity: 1% [?]

Penjelasan Isu Eli ..

0
HaaA..
ramai yg tertanya – tanya mengenai isu Adun Bukit Lanjan itu..tapi bagi haku..haku tamau amek tahu..haku dah muak dengan Politik Malaysia especially kepada orang2 melayu..sedang mereka bercakaran dengan politik yg tidak membawa mereka ke mana..kaum lain di negara ini bertepuk tangan kerna berjaya memecahbelahkan bangsa kita..

Tapi..

itu bukan isu yang haku ingin kupaskan..sbb apa..tak paham ke???!!! kan haku dah cakap..haku tamau amek tau sehingga mereka berjaya mengubah politik kotor masing2 kepada lebih telus dan bersih..isu dia sini ialah penjelasan kepada Mega Sawang seperti yang dinyatakan oleh seorang Labah2 di Shoutbox haku..hehe..

Ragnarok online

Bukan hapa..haku telah terkena demam MMORPG paling hebat skali dalam hidup haku neh..sblm2 neh ketagihan haku terhadap game ini tidaklah sehingga ke tahap kronik..tetapi dalam seminggu ini..ketagihan haku smakin melampau-lampau sehinggakan telah di COP ABANG CC or CINA CC ..sbb game neh korg bleh tgk kat CC dimana kebanyakkannya hanya Kaum2 Cina sahaja yang memainkannya..huhuhu..

MMORPG bagi mereka yg tidak tahu bermaksud massively multiplayer online role-playing game (MMORPG) dimana ia merupakan Computer Role-Playing Game yang melibatkan sejumlah besar pemain-pemain dari seluruh dunia didalam dunia maya…

Screenshot Fiesta

Antara game2 popular MMORPG ialah Ragnarok, Divergence, Fiesta, Everquest dan macam2 lagik..game2 ini juga ada yang berbayar dan percuma. Game yang telah menyebabkan haku di Cop Abg CC adalah Game Fiesta. Game neh betul2 membuatkan haku mengadap dihadapan komputer super haku berjam-jam lamanya..huhuhuu..mana taknya, jalan ceritanya menarik dan yang penting skali bagi haku ..PERCUMA..haha..

haha..tamau ckp panjang..neh haku bagi link untuk korang jenguk2 ..dan klu berminat..korang daftarlah dan download gamenya dulu sebelum dapat memainkannya..jangan risau everything from A – Z is Free..kecuali kalu nak pakai rare item..yang 2 kena beli..standard bagi semua game MMORPG.. apa lagik..klik dengan penuh bernafsu ke web bawah untuk mengentahui dengan lebih lanjut…

http://fiesta.outspark.com/

Popularity: 1% [?]

Valkyrie

0

Sapa kenal akan TOM CRUISE . . ..yah..kalau ada yang tidak kenal maka mereka bukan seorang yang kaki tengok muvee aka movie..namun coretan haku neh bukan lar berkenaan si pelakun hensem 2..tapi filem yang dibintanginyaa..baru-baru neh haku telah merajinkan diri ke wayang terdekat untuk melihat muvee..namun mata haku tertumpu ke satu filem yang haku rasa menarik, ditambah pula dengan thriller yang ditunjukkan di skrin besar kaunter tiket.. disebabkan tayangan 30 saat yg menarik dan juga melihat pelakunnya adalah Tom Cruise, terus haku ke kaunter tiket untuk membeli tiket wayang tersebut.. ini pertama kali haku melihat Tom Cruise berlakun dalam filem yg berunsur perang..

filem ini merupakan kisah benar dan merupakan salah satu cubaan membunuh pemimpin Nazi Jerman iaitu Hitler yang difilemkan. Filem ini diarahkan oleh Bryan Singer (director X-men) dan dilakunkan oleh aktor terkenal, Tom Cruise. Berlatarbelakangkan tahun 1944, sekumpulan pegawai tentera Jerman telah merancang satu pembunuhan yang ditujukan kepada pemimpin Nazi pada masa itu iaitu Adolf Hitler dan menggunakan Operasi Valkyrie (National Emergency Plan) untuk mengambil alih negara Jerman. Tom Cruise membawa watak seorang Kolonel Tentera Jerman, Claus von Stauffenberg yang merupakan perancang utama pembunuhan pemimpin Nazi itu.

Salah satu sebab mengapa Tom Cruise diambil jadi pelakon utama..
kerna wajah Claus von Stauffenberg (kiri) hampir sama dengan Tom Cruise (kanan)

Bagi pengamatan haku, 3 bintang setengah dari lima bintang dapat haku berikan .. ini disebabkan jalan cerita yang agak slow..namun begitu jalan ceritanya tidaklah sukar untuk difahami kecuali mereka yang langsung tidak tahu mengenai sejarah perang dunia ke-2 mungkin mengambil masa yang lama untuk memahami cerita ini.. aksinya pula hanya dapat dilihat di 10 minit pertama dan 15 minit terakhir filem ..tetapi lakunan pelakun2 dalam filem ini mmg tidak mengecewakan terutama pelakun yang memegang watak Adolf Hitler..hehehe..mmg menjadi watak pemimpin Nazi tersebut..dan overall cite ini boleh dikatakan memuaskan.

So..bagi haku filem ini mmg patut untuk diulang tengok atau dibelinya DVD filem ini untuk dibuat koleksi. Bagi pengemar filem yang menceritakan kisah benar dan perang, haku suggest kan korang menonton filem ini..mmg berbaloi dengan harga tiket yg korang bayar..dan bagi perempuan..haku pun suggestkn korang tgk sbb pelakun dia Tom Cruise..hehehe..mana taknya..pompuankan tak suka tgk cite perang..tapi dalam panggung 2 haku tgk ramai gak pompuan tgk..hahaha..

More About Valkyrie Film

Popularity: 1% [?]

Penang Diselubungi Asap

0


Keadaan Balik Pulau yg diseliputi Jerebu akibat pembakaran terbuka dari negara jiran ..

Setting:

Manual

Shutter 1/125
apperture f5.6
ISO 100
White Balance : Auto

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 1% [?]

Go to Top