Murky is On The Way!
Info Game
Adakah anda meminati game? atau anda sekadar menjadi pemerhati sekiranya seseorang itu ataupun rakan2 anda bermain game. Apa yang anda fikirkan tentang game? permainan membosankan? permainan membuang masa? permainan yg tiada faedah?..apa yg anda tahu pasal game?? video game? PSP? X-Box?PS2 or PC game??. Untuk informasi, game dicipta untuk menghiburkan sesorang atau mengisi masa terluang seseorang. Kadang kala, game juga boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran, game juga boleh menguji minda seseorang dan game juga boleh menyihatkan seseorang. Game juga bukan sekadar permainan video, PSP, PS3 ataupun PC game.
Antara jenis2 game yang dimainkan seperti sukan, board game (cth: Chess), card game (cth: black jack), video game (cth: PS2, X-Box), PC game dan mcm lagi jenis game. Dan di zaman yang moden dan tanpa sempadan ini telah mewujudkan game terbaru iaitu on-line game, role-player game (RPG) & simulation game. Jadi game bukan tertumpu kepada satu sahaja. Definisi game begitu luas dan bkn semuanya tidak berfaedah.
Namun begitu, persoalannya sekarang adakah game khususnya video game, PC game, on-line game dan RPG hanya dicipta untuk golongan yg digelar budak2 atau lebih tepat lagik hanya untuk seseorang yg berumur 13thn kebawah?? kalau game2 ini khusus untuk kanak2 @ budak2..kenapa setiap kali munculnya game2 terbaru, hanya org dewasa dan remaja sahaja yang sanggup beratur untuk mendapatkan game2 ini. kenapa semasa tournament permainan game PC, PSP, & RPG hanya disertai oleh orang2 dewasa?? ini menunjukkan game bukan hanya untuk golongan budak2 sahaja, ia juga diminati oleh golongan dewasa. sebagai contoh, game mario ataupun Donkey card. Walaupun game ini kelihatan seperti game kanak2, ia juga dimainkan oleh orang dewasa, selain itu game Grand Thief Auto juga diminati oleh kanak2 walaupun game tersebut sebenarnya lebih ditujukan kepada org dewasa disebabkan unsur2 ganasnya. ini membuktikan umur bukan penghalang bagi seseorang itu untuk bermain game dan meminati game. Saya lebih suka merujuk kepada mereka ini sebagai gamerz kerana minat mereka terhadap game.
Oleh itu, Tiada sebab musahab yang mengatakan seseorang gamerz itu kanak2 @ budak2 hanya disebabkan budak2 lebih meminati game. Jika seseorang dewasa ini sperti budak2 disebabkan hanya dia meminati game, bagaimana pulak mereka2 yg dewasa yg meminati kartun sinchan, d0remon, upin dan ipin atau lain2 kartun..adakah mereka ini budak2???bagaimana dengan orang lelaki yang meletakkan patung dalam kereta??adakah mereka itu lembut atau perempuan??
Open ur mind guys! ..byk hobi dan minat kanak2 diikuti dan diminati oleh org dewasa juga..pikir2kan lah..jgn disebabkan anda dewasa dan rasa dewasa, anda terpaksa membuang apa yang anda minati dulu dizaman kanak2. Dan sekiranya anda membenci game, jgn lar anda meng”kondem” seseorang gamerz, bagaimana perasaan anda sekiranya seseorang meng”kondem” apa yang anda minati?
Sekian
TQ..
Murky aka Markidoss
Pic. taken from :
http://www.flickr.com/photos/multiplay/2900072131/
Popularity: 1% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on February 25, 2009 at 1:45 am, and is filed under Game / PC. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |





