Adakah anda semua sedar yang bumi kita berada dalam keadaan sakit? Apakah yang terlintas difikiran anda setelah anda membuang sampah ke dalam sungai? memotong pokok-pokok dihutan, melakukan pembakaran terbuka, membuang sisa-sisa toksik di sungai2, tasik2, lautan dan dimana-mana sahaja? …

Adakah anda terfikir mengapa cuaca sekarang semakin panas? Musim yang tidak menentu? bencana alam seperti banjir kerap berlaku? tidakkah anda tahu yang semua ini berlaku disebabkan salah umat manusia. Umat manusia yang tidak tahu menghargai pemberian Tuhan. Kita rakus menebang pokok, membuat pembakaran terbuka, membuang sisa toksik dan bermacam-macam lagi sehinggakan dunia yang indah ini menjadi sangat2 tercemar. Disebabkan perbuatan kita ini kelak kita akan menyesal. Menyesal dahulu tiada gunanya.

Pemanasan global, tanah runtuh, sungai yang tiada hidupan, haiwan yang semakin pupus, bukit yang semakin gondol adalah antara kesan-kesan akibat perbuatan manusia sendiri yang kelak akan membinasakan umat manusia itu sendiri.

Kesan yang paling dirasai akibat perbuatan kita ini adalah pemanasan global. Disebabkan pemanasan global inilah banyak bencana-bencana alam berlaku didunia ini. Tidakkah kita mahu dunia yang kita duduki ini selamat? hanya Bumilah satu-satunya tempat tinggal yang umat manusia ada. Takkan kita hendak merosakkan satu-satunya tempat tinggal kita. Ayuh, kita berubah menjaga tempat tinggal kita ini.

Hentikan pencemaran dan segala kerosakkan yang kita lakukan. Berubahlah dan jaga dunia yang diamanahkan oleh tuhan kepada kita seelok-eloknya. Kita sebagai khalifah didunia hendaklah menjaga amanah tuhan ini.

Marilah kita tanpa mengira usia,bangsa dan pangkat menyokong Bumi.

VOTE EARTH by simply switching off your lights for one hour, and join the world for Earth Hour.

Saturday, March 28, 8:30-9:30pm.

Earth Hour 2009 by WWF – Sign up for Earth Hour!

Popularity: 1% [?]