Archive for April, 2009

Kepada yg berkerja ataupun yang berkerjaya

1


Tanggal 1 mei mmg sangat dinanti-nantikan oleh golongan yang berkerja kerna pada tarikh ini pada setiap tahun merupakan tarikh dimana mereka diberikan cuti. Ini merupakan salah satu penghargaan yg diberikan kepada golongan2 yang berkerja selain daripada bonus dan lain-lain. Oleh itu kepada mereka yang berkerja dan berkerjaya diucapkan selamat bercuti dan beristirehat. Happy Laborday.. xD

p/s: pergh..3 hari cuti..yamsenggg!..hehe

Popularity: 1% [?]

Fast and Furious 4

1

Kepada sapa2 yang pernah melihat cerita The Fast and The Furious: Tokyo Drift pasti tertunggu-tunggu cerita sequel seterusnya dimana Vin Diesel berlumba dengan DK (Drift King) di akhir babak cerita itu. Namun kejutan berlaku dimana pengarah filem ini membuat filem terbaru Fast and Furious 4 sebagai interquel cerita antara Filem 2 fast 2 furious dan Tokyo Drift. Ini dapat dilihat di permulaan babak dimana watak Han Lue (yang mati semasa berlumba di Tokyo dalam filem Tokyo Drift) dapat dilihat bersama-sama watak utama , Dominic Toretto dan juga dialog yang diucapkan oleh watak Han yang mahu melarikan diri ke Jepun. Setelah dikaji dan membaca review mengenai Filem ini memang benar bahawa filem terbaru ini merupakan interquel filem2 yang saya nyatakan diatas.


Filem ini mengenai Dominic Toretto (Vin Diesel) yang ingin membalas dendam terhadap penyeludup dadah yang telah membunuh teman wanitanya semasa beliau didalam persembunyian akibat diburu pihak polis kerana menjadi ketua perompak lori minyak. Sementara itu, bekas rakan lama Toretto juga, Brian O’conner(Paul Walker) yang merupakan ejen FBI juga sedang memburu penyeludup yang sama iaitu arturo Braga (John Ortis). kedua-dua bekas rakan ini bertemu semasa mereka menyertai pelumbaan yang dianjurkan oleh Braga untuk memilih pemandu yang akan berkerja untuk mereka. Namun begitu kedua-dua mereka telah terpilih menjadi pemandu untuk Braga.

Bagi saya, filem ini antara filem yang paling banyak aksi berbanding dengan filem2 fast and furious yang lain. Dan filem ini juga banyak menampilkan kenderaan2 yang digelar America Muscle Car” berbanding dengan kereta2 Jepun semasa didalam perlumbaan. Perjalanan filem ini juga mudah difahami dan tidak membosakan para penonton yang melihat filem ini. Antara jentera2 yang ditunjukkan didalam filem adalah Nissan Skyline GTR, Subaru Impreza WRX Sti, jentera2 American Muscle car seperti Doge Charge, Chevrolet Chevelle SS dan mcm2 lagi jentera2 akan membuatkan mata kita terpegun. Keseluruha filem ini dapat lar saya simpulan dan memberikan 5 bintang dari 5 bintang kerana aksi,jalan cerita dan jentera2 yang ditunjukan menyebabkan mata saya tidak beralih dari screen ataupun tertutup akibat mengantuk. Jadi apa lagi..serbu lar panggung wayang untuk lihat filem ini..and..BTW, buy original, see original..pesanan dari KPDHEP..hehehe

Popularity: 1% [?]

Babi punye Selsema

0

Setelah Burungmemberikan masalah dan kekalutan kepada manusia beberapa tahun yang lepas, kini babi pula telah menyebabkan seluruh umat manusia yang berada di planet bernama bumi ini tidak keruan. Ini disebabkan penyakit A/H1N1 ataupun nama mudahnya Selsema Babi telah melular dibeberapa negara terutama Mexico dan Amerika Syarikat. Penyakit ini telah menyebabkan semua pihak terutama pihak kesihatan di seluruh dunia berada dalam keadaan berjaga-jaga. Di Malaysia juga, pihak kesihatan tidak berdiam diri. Dalam menghalang kemasukkan virus ini, semua penumpang dan krew2 kapal terbang yang tiba dari negara endemik telah disaring bagi memastikan mereka sihat untuk memasukki negara ini. Selsema ini juga telah menyebabkan cuti haku dan kakitangan kesihatan yang lain dibekukan selama 2 minggu..WAAAA!!~

ATLANTA 27 April - Tatkala laporan mengenai meletusnya wabak selesema babi di seluruh dunia, satu soalan yang tidak boleh dielakkan ialah apakah ini wabak yang akan memusnahkan umat manusia?

Apakah ini epedimik selesema global yang telah lama dijangka dan dibimbangi oleh pakar-pakar kesihatan awam? Apakah ini virus pemusnah yang akan membunuh jutaan manusia di seluruh dunia seperti pandemik yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968?

Jawapan pendek ialah masih terlalu awal untuk mengesahkannya.

“Apa yang menjadikan keadaan sekarang agak sulit ialah

kita mungkin berada di antara krisis kesihatan yang paling buruk atau mungkin sekadar akan berakhir dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan tidak muncul-muncul lagi.

”Atau satu permulaan kepada pandemik influenza yang sangat dahsyat,” kata Michael Osterholm, seorang pakar mengenai wabak selesema global yang terkenal dari Universiti Minnesota.

“Kita tidak tahu menahu pada masa ini di manakah kita berada. Inilah masalahnya,” ujar beliau.

Pegawai-pegawai kesihatan mahu mengambil setiap langkah untuk menghalang wabak ini daripada membunuh berjuta-juta orang. Menelaah influenza dikatakan satu bentuk ramalan kerana kerajaan Amerika Syarikat (AS) pernah meramal salah pada 1976 mengenai pandemik selesema babi yang tidak wujud pun.

Kes pada 1976, bermula dengan tentera-tentera AS di Fort Dix, New Jersey yang didapati jatuh sakit akibat satu bentuk selesema babi yang luar biasa.

Pegawai-pegawai persekutuan memberikan suntikan vaksin kepada 49 juta rakyat Amerika tetapi pandemik itu tidak berlaku.

Sehingga ke hari ini, pegawai kesihatan tidak tahu meng

apa dan bagaimana virus 1976 itu berhenti dengan sendirinya.

”Pengajaran pertama ialah sesiapa sahaja yang cuba membuat telahan mengenai influenza sering tidak menjadi,” kata Dr. Richard Wenzel, bekas presiden Persatuan Antarabangsa Mengenai Penyakit Berjangkit.

Namun para pegawai kesihatan telah diminta membuat ramalan apabila panik muka memuncak pada hujung minggu lalu.

Pusat merebaknya wabak tersebut ialah Mexico, di mana virus itu dikatakan menjadi punca kepada kematian 86 orang daripada anggaran 1,400 kes di s

eluruh negara itu sejak 13 April.

Sekolah-sekolah ditutup, upacara di gereja dibatalkan dan Presiden Mexico, Felipe Calderon memperkenalkan kuasa-kuasa khas untuk melaksanaka

n perintah kuarantin terhadap mereka yang dijangkiti virus tersebut.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, pakar-pakar menumpukan perhatian kepada satu bentuk selesema burung yang pertama kali meletus di Asia yang telah membunuh lebih 250 orang di seluruh dunia sejak 2003.

Pegawai kesihatan di seluruh dunia telah mengambil langkah-langkah persediaan bagi menghadapi kemungkinan ia menjadi wabak global tetapi sehingga kini virus itu belum mempunyai keupayaan untuk berjangkit dengan mudah dari seorang manusia ke seorang manusia yang lain. – AP

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

Swine influenza

The Emergency Committee, established in compliance with the International Health Regulations (2005), held its second meeting on 27 April 2009.

The Committee considered available data on confirmed outbreaks of A/H1N1 swine influenza in the United States of America, Mexico, and Canada. The Committee also considered reports of possible spread to additional countries.

On the advice of the Committee, the WHO Director-General decided on the following.

The Director-General has raised the level of influenza pandemic alert from the current phase 3 to phase 4.

The change to a higher phase of pandemic alert indicates that the likelihood of a pandemic has increased, but not that a pandemic is inevitable.

As further information becomes available, WHO may decide

to either revert to phase 3 or raise the level of alert to another phase.

This decision was based primarily on epidemiological data demonstrating human-to-human transmission and the ability of the virus to cause community-level outbreaks.

Given the widespread presence of the virus, the Director-General considered that containment of the outbreak is not feasible. The current focus should be on mitigation measures.

The Director-General recommended not to close borde

rs and not to restrict international travel. It was considered prudent for people who are ill to delay international travel and for people developing symptoms following international travel to seek medical attention.

The Director-General considered that production of seasonal influenza vaccine should continue at this time, subject to re-evaluation as the situation ev

olves. WHO will facilitate the process needed to develop a vaccine effective against A/H1N1 virus.

The Director-General stressed that all measures should conform with the purpose and scope of the International Health Regulations.

Source: http://www.who.int/mediacentre/news/statements/2009/h1n1_20090427/en/index.html

P/s: alert telah meningkat dari fasa 3 ke fasa 4 menandakan virus ini sudah melular dari manusia ke manusia..maknakata, virus ini semakin merbahaya.

Klik Gambarajah dibawah untuk fasa2 Pandemic Influenza

Source: http://www.who.int/csr/disease/avian_influenza/phase/en/index.html

Muat turun mengenai swine Influenza disini:

Popularity: 1% [?]

MARI BUNUH SETAN !!!!!

0


Seorang lelaki berusia lima puluhan baru sahaja kematian isteri
akibat penyakit kronik. Jiran sekampung menawarkan beberapa perempuan
untuk dijadikan isteri dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau
perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah
tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum,
sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun
bersetuju untuk berkahwin..

Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yang ditawarkan
oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang
agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun..
Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti
pengantin baru yang lain….

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang Khamis mengikuti
kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah
jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.
‘Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu
bersatu/bersetubuh kannn… abang kann… dengan cara yang betul dan
menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama
seperti membunuh 10 ekor syaitan’.

Kata si suami ‘ye kerr… tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang
sesuai untuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg…’ sambil ketawa.
Si isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri
berkata, ‘Banggg, jom kita bunuh syaitan bang…’. Si suami tersenyum
panjang..

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi, ‘Banggg, jom kita bunuh
syaitan bang…’.

‘Tak pe… tunggula malam nanti’.
Esoknya si isteri berkata lagi, ‘Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg…’.
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata lagi, ‘Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg… ‘.
Si suami tiba-tiba marah dan berteriak …. ‘Ayang nie nak bunuh syaitan ke
nak bunuh abang…!!!’

:D

p/s: this month the laziest month for me to update my blog..sorry guys..i cant take out my idea from my brain.. =(..dont know why..

Popularity: 1% [?]

My new accesories xD

10


Last week me, Mr. M and other members went to Click ‘n’ Snap (one of famous camera vendor in Penang) just to survey the prices of Portrait Lens and DSLR. But, when we arrived there, we just not doing surveying of price and item, we do also SPEND our MONEY too..huh this accessories and prices very killed me and make me not think a lot to grab this item.

The item bought are:

1. Minolta 35-105mm F3.5-4.5 (2nd Hand, Made In Japan)
2. Cybertik DF MZ45 Flash for Sony

BTW, “tauke” of Click ‘n’ Snap very dangerous and Poisonous, you will not out from his shop with empty hand. hahaha. but i love it because he a pro. and good in giving advice about photography. His prices also worth for our money and more cheaper compare to other shops. And this shop also have a lot of accessories for Digital Camera and DSLR.

Popularity: 1% [?]

Setelah – The ACAB

1

Setelah hampir 2 -3 minggu saya berada dalam situasi HIBERNASI (tah ..macam mana nak eja pun haku tatau) saya kembali untuk menyapu segala sawang2 yg ditinggalkan oleh sang labah-labah aka spiderman di rumah saya ini. Saya akui yang saya tidak dapat menandingi kehebatan Encik Burung Ape dalam membina, mencipta dan mengekploitasi labah2 dalam membina sawang. Sepanjang ke’SAWANGAN’ blog ini juga banyak cerita2 menarik yang didengar, dilihat dan dibaca oleh saya. Dari Politik hinggalah ke Sukan. Dari kemenangan 2-1 PKR BN sehinggalah Tewasnye Kelantan kepada N. Sembilan sehingga membawa rusuhan HOLIGAN pertama di Malaysia.

Pada pemilihan UMNO baru2 ini tumpuannya sudah pasti ke perebutan Jawatan Ketua Pemuda UMNO. dan memang sudah dijangka kemenangan berpihak kepada Khairy Jamaludin atau nama manjanya KJ. Bagi haku, KJ tidak layak memegang jawatan ketua pemuda UMNO tersebut. Sudah terbukti di media2 elektronik yang beliau merupakan salah seorang calon2 pemimpin UMNO yang terlibat dalam politik WANG. Hmm, tatau lar mungkin perwakilan perhimpunan UMNO lebih arif dalam menilai antara KJ dan Mukriz. Dan dari penilaian haku, Mukriz lebih baik dari KJ.

Pada PR kecil juga tidak kurang panasnya, ISU Altatunya, Bacaan ayat Al-Quran oleh ADUN DAP, surat2 layan berunsur fitnah dan lain-lain lagi mewarnai senario POLITIK BUSUK Malaysia sehinggakan cacian, makian dan kutukan kedengaran sekiranya anda berada dikawasan PR kecil pada masa itu. PR itu juga telah mencipta satu sejarah baru buat Politik Malaysia dimana sebanyak 15 calon telah bertanding di kawasan Bukit Selambau yang merupakan terbanyak buat masa ini. Saya rasalah, Bukit Selambau paling meriah dengan poster yang beraneka jenis, dari Dacing sehinggalah ke Kepala Harimau. Namun begitu, tahniah diucapkan kepada Calon2 yang menang dan yang tewas, usah berduka, cuba di Pilihanraya yang akan datang.

Bola Sepak Malaysia sentiasa menjadi topik2 yang seronok untuk dilekehkan. Baru2 ini kejadian Rusuhan bola sepak oleh Penyokong Kelantan dikatakan mirip Holigan England, cuma yang membezakannya, mereka lagi berani dari Holigan kerana berani membakar Kenderaan Pak Polisi. Buat penyokong2 pasukan negeri diharap kejadian ini tidak berulang sama sekali. Tindakkan anda tidak membawa makna kepada anda dan pasukan kesayangan anda semua. KECUALI sekiranya pasukan Bola Sepak MALAYSIA masih ditakuk lama, kita bakar ja Pejabat FAM sebab bangang menaikan mutu bola sepak tempatan..hehehe..

Sudah lar, saya tidak mahu menaip panjang kerna tak sabar untuk memain game ON-Line saya neh setelah ia selesai mendonlod semua Patches yang diperlukan untuk game ini. Lagi satu sebelum terlupa, Tahniah di ucapkan kepada MP2 BN yang terpilih mengganggotai Kabinet Pak Najib terutamanya kepada MP Jerlun, En. Mukriz. Beliau telah menjadi Timbalan Menteri MITI. (See, sbb apa saya berkata Mukriz lagi layak menjadi Ketua Pemuda berbanding KJ??)

okies guys..

adioss!! ..

Murkiester xD

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 1% [?]

Go to Top