Kepada sapa2 yang pernah melihat cerita The Fast and The Furious: Tokyo Drift pasti tertunggu-tunggu cerita sequel seterusnya dimana Vin Diesel berlumba dengan DK (Drift King) di akhir babak cerita itu. Namun kejutan berlaku dimana pengarah filem ini membuat filem terbaru Fast and Furious 4 sebagai interquel cerita antara Filem 2 fast 2 furious dan Tokyo Drift. Ini dapat dilihat di permulaan babak dimana watak Han Lue (yang mati semasa berlumba di Tokyo dalam filem Tokyo Drift) dapat dilihat bersama-sama watak utama , Dominic Toretto dan juga dialog yang diucapkan oleh watak Han yang mahu melarikan diri ke Jepun. Setelah dikaji dan membaca review mengenai Filem ini memang benar bahawa filem terbaru ini merupakan interquel filem2 yang saya nyatakan diatas.


Filem ini mengenai Dominic Toretto (Vin Diesel) yang ingin membalas dendam terhadap penyeludup dadah yang telah membunuh teman wanitanya semasa beliau didalam persembunyian akibat diburu pihak polis kerana menjadi ketua perompak lori minyak. Sementara itu, bekas rakan lama Toretto juga, Brian O’conner(Paul Walker) yang merupakan ejen FBI juga sedang memburu penyeludup yang sama iaitu arturo Braga (John Ortis). kedua-dua bekas rakan ini bertemu semasa mereka menyertai pelumbaan yang dianjurkan oleh Braga untuk memilih pemandu yang akan berkerja untuk mereka. Namun begitu kedua-dua mereka telah terpilih menjadi pemandu untuk Braga.

Bagi saya, filem ini antara filem yang paling banyak aksi berbanding dengan filem2 fast and furious yang lain. Dan filem ini juga banyak menampilkan kenderaan2 yang digelar America Muscle Car” berbanding dengan kereta2 Jepun semasa didalam perlumbaan. Perjalanan filem ini juga mudah difahami dan tidak membosakan para penonton yang melihat filem ini. Antara jentera2 yang ditunjukkan didalam filem adalah Nissan Skyline GTR, Subaru Impreza WRX Sti, jentera2 American Muscle car seperti Doge Charge, Chevrolet Chevelle SS dan mcm2 lagi jentera2 akan membuatkan mata kita terpegun. Keseluruha filem ini dapat lar saya simpulan dan memberikan 5 bintang dari 5 bintang kerana aksi,jalan cerita dan jentera2 yang ditunjukan menyebabkan mata saya tidak beralih dari screen ataupun tertutup akibat mengantuk. Jadi apa lagi..serbu lar panggung wayang untuk lihat filem ini..and..BTW, buy original, see original..pesanan dari KPDHEP..hehehe

Popularity: 1% [?]