LONDON: Seorang budak perempuan berusia 10 tahun cuba melelong neneknya yang berusia 61 tahun melalui halaman lelong internet kerana menyifatkan wanita berkenaan sebagai mengganggu hidupnya tetapi sedap untuk ‘didakap’.

Bagaimanapun tindakan Zoe Pemberton untuk menjual neneknya, Marion Goodall dari Clacton di tenggara England itu dihalang pihak eBay yang menyifatkan iklan berkenaan melanggar peraturan perdagangan manusia.

“Jelas sekali kami mempunyai peraturan menjual manusia. Kami terpaksa menggugurkannya tetapi perkara ini memang sedikit melucukan,” kata seorang jurucakap eBay.

Nenek kanak-kanak itu, bagaimanapun, menyifatkan cubaan cucunya melucukan, lebih-lebih lagi selepas ada menawarkan bidaan £5 hingga £120 (RM27 hingga RM648). – AFP


p/s: neh mesti kes tak tahan kena bebel ngan nenek dia..hahaha

Popularity: 1% [?]