Baru – baru neh haku kembali ke panggung wayang untuk menonton filem Tsunami at Haeundae. Itu pun setelah lama haku tidak menjejakkan kaki ke sana disebabkan ketiadaan filem – filem menarik yang boleh ditonton. Filem terakhir yang haku tonton ialah Final Destination IV yang merupakan filem paling memualkan pada tahun ini kerana aksi kematian yang melampau – lampau dan juga jalan cerita yang sama. Dan semasa haku di hadapan kaunter tiket Golden Screen Cinema (GSC), haku teragak – agak untuk memilih sama ada haku nak tonton filem Surrogate atau filem neh. Setelah diservey – servey di monitor screen tiket terpaksa lar haku memilih filem Tsunami at Haeundae disebabkan seat untuk filem Surrogate hanya tinggal dibahagian paling depan skali. (Takkan haku nak tengok jugak filem tu, patah tengkuk haku karang..hahaa). Lagik pun memang haku nak tengok muvee – muvee pasal bencana alam neh..lagik suka haku tengok filem – filem macam neh dari tengok filem – filem yang mati dia freak – freak macam cerita Final Destination hehe.

Filem yang haku tengok ini merupakan filem Korea mengenai ramalan Tsunami yang bakal berlaku di selatan semanjung Korea Selatan oleh seorang geologist yang bernama Kim Hwi(lakonan Park Joong-hoon). Antara bandar yang dipercayai akan terkena impak Tsunami ini adalah bandar Haeundae (agak2 bandar neh lar yg buat kereta haku, Hyundai.. hee) yang merupakan tempat tumpuan pelancong disebabkan pantainya menarik. Permulaan filem ini juga memaparkan scene – scene Tsunami yang berlaku pada tahun 2006 dimana hero dalam filem ini , Man-sik (Lakonan Sol Kyung-gu), merupakan salah seorang mangsa bencana tersebut, terperangkap didalam bot nelayan mereka yang sedang dipukul ombak Tsunami. Perjalanan filem ini pada permulaannya agak bersahaja dan simple seperti drama – drama Korea yang lain dimana pengarah filem ini cuba menceritakan kehidupan masyarakat Korea pada masa itu. Cinta, komedi dan masalah keluarga telah diterapkan didalam filem ini oleh pengarahnya bagi mengaburi mata penonton bahawa mereka sebenarnya sedang menonton filem mengenai Tsunami. Cuma hanya sedikit penceritaan mengenai bagaimana Tsunami bakal berlaku dibandar tersebut, itu pun hanya selingan bagi drama – drama yang berlaku dalam filem ini. Kemuncak filem ini adalah pada 30 minit terakhir dimana ombak Tsunami mula menghentam  bandar tersebut dan aksi – aksi semasa bencana akan menyebabkan penonton terdiam dan terbeliak sekejap melihatnya kerana efek CGI ombak tsunami menghentam bandar  dan mangsa – mangsanya sungguh menggagumkan. Tetapi, disini juga haku boleh melihat ketidaklogikal filem ini dimana walaupun ombak setinggi bangunan 20 tingkat masih tidak merupaya membunuh 70 peratus pelakon utamanya kecuali Kim Hwi dan isterinya yang terbunuh dihentam tsunami semasa berada diatas bangunan dan juga Hyeong-sik, yang juga salah satu watak dalam filem ini lemas semasa menyelamatkan teman wanitanya iaitu Hee-mi yang terperangkap dilautan kerana yarctnya dihentam ombak tsunami.
Info Filem:
Directed by Yoon Je-kyoon
Starring Sol Kyung-gu
Ha Ji-won
Studio Doosaboo Film
CJ Entertainment
Distributed by CJ Entertainment
Release date(s) 22 July 2009
Country South Korea
Language Korean
Budget US$10–15 million
Admissions 11,301,649
Bagi haku, keseluruhan cerita ini  boleh lar dianggap menarik. Untuk filem ini, 2 bintang setengah dari 5 bintang haku berikan kepada filem ini. Apa yang haku tidak berkenan dengan filem ini cuma satu sahaja, pelakon – pelakonnya suka menjerit – jerit seperti orang terkena histeria. Agak memekakan telinga, tak tahu lar samaada bangsa Korea neh suka cakap sambil terjerit – jerit atau diorang neh memang pekak sampai terpaksa bercakap menjerit – jerit ..hehe ..Nah ..kat bawah neh haku sertakan thriller filem neh..then decide lar samada nak tonton filem ini di pawagam atau pun beli DVD sahaja..
More info? click here: Tsunami at Haeundae , Review
Related Posts with Thumbnails

Popularity: 1% [?]