Koleksi Lawak Jenaka 8
Cerita 1:
Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.
Isteri : “Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?”
Suami : “Ooo.. awak nak tau ye??
Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya… secara spontan burung
kakak tua itu menyanyi Lagu Pop… Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula…
Isteri : “Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?”
Suami : “Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!”
Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah
tangannya dan terdengarlah…
Burung Kakak Tua : “SATU-SATU LAH… BODOH!!!”
Cerita 2:
Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali.Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang di sebelahnya. “Sudah sampai Ipoh belom?”
Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. “Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..nanti kalau sampai saya akan kejutkan!”
Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,”Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?”
Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. “Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!”
Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa
pada si anak,sehingga ketika sampai di Ipoh, tidak ada seorang pun yang membangunkannya.
Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang,”Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni. perlukah kita hantar semula anak ini?”
Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh… Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..
Sesampai di Ipoh… si anak dibangunkan.”Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!” Kata pemandu..
Si anak bangun dan berkata..”Oh sudah sampai ya!”
Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan…”Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?” tanya pemandu kebingungan.
“Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!”
Popularity: 1% [?]
This entry was posted by Zul Murky on November 9, 2009 at 2:09 am, and is filed under Koleksi lawak. Follow any responses to this post through RSS 2.0.You can leave a response or trackback from your own site.

hehe..leh tahan gak lawak ni..:)
[Reply]