Murky is On The Way!
Tottenham Hotspur 9 – Wigan 1 with Video
Tottenham Hotspur:
Kemenagan besar buat Tottenham Hotspur dalam Premier League dan yang terbesar buat musim ini dalam EPL. 9 – 1 jumlah jaringan yang dihasilkan semalam dimana Jermain Defoe menjaringkan 5 gol dan masing – masing satu gol oleh Aaron Lennon, Peter Crouch, Niko Kranjcar dan Gol sendiri oleh penjaga gol Wigan, Kirkland dimana gol itu selayaknya diberi kepada David Bentley hasil sepakan percuma yang agak cantik. Manakala gol saguhati pasukan Wigan dijaringkan oleh Scharner pada minit ke 57 dimana gol itu dianggap kontroversi kerana pemain itu menampan bola menggunakan tangan sebelum menjaringkan gol.
Buat pasukan Wigan dan pengurusnya, malam tadi serba tidak menjadi bagi pasukan itu terutamanya semasa separuh masa ke – 2. Paling ketara sekali yang dapat dilihat dari pasukan itu adalah kelemahan barisan pertahanan yang mana dapat dimanupilasikan sepenuhnya oleh jentera serangan Spurs. Kesilapan demi kesilapan barisan pertahanan Wigan dihukum sepuas – puasnya oleh bahagian serangan Spurs dan hasilnya 9 gol dijaringkan oleh pasukan Spurs.
Gol pertama dijaringkan oleh Spurs pada minit ke – 9 oleh pemain tinggi lampai, Peter Crouch hasil daripada hantaran silang Aaron Lennon sebelum beliau menanduk masuk ke gawang gol. Separuh masa pertama, perlawanan malam itu dilihat seimbang dimana kedua – dua pasukan saling melakukan serangan. Namun di separuh masa kedua, menampakkan penguasaan Spurs pada perlawanan pada malam itu apabila dua gol pantas dari Defoe telah terhasil iaitu pada minit ke 51 dan 53 hasil hantaran cantik Lennon dan Palacios. Selepas jaringan itu, pemain Wigan telah menjaringkan gol kontroversi pada mini ke 57 sebelum Defoe sekali lagi menjaringkan gol seminit kemudian. Aaron Lennon juga tidak ketinggalan menghasilkan gol peribadi buat dirinya yang juga gol ke 5 buat Spurs pada minit ke 64 sebelum Defoe sekali lagi meledak dengan gol ke 6 pasukan Spurs hasil hantaran Corluka dan gol ke – 7 Spurs yang juga gol ke – 5 peribadi beliau pada minit ke 86 hasil dari kesilapan Erik Edman, Pemain pertahanan Wigan.
Kemasukan Bentley bagi mengantikan Lennon yang cedera pada minit 78 berhasil apabila Gol ke – 8 hasil sepakan percuma yang cantik sebelum bola itu terlantun ke badan Kirkland dan seterusnya menerjah jaring. Kranjcar melengkap pesta gol buat pasukan Spurs apabila menjaringkan gol ke – 9 pada minit ke 94.
Video
“For Jermain to get five goals was an outstanding performance. You don’t get too many nines in the Premier League, it’s a bad day for Roberto Martinez but he’ll come back even stronger and I’m sure next week he’ll take it out on someone else.” – Henry Redknapp
![]()
Popularity: 1% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on November 23, 2009 at 1:33 am, and is filed under Sukan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |







about 2 years ago
9-1 it totally beyond my expectation.. i know that spurs is a good team but wigan is not that weak after all.. BRAVO.. i wish i had defoe at my fantsy premire league team..
[Reply]
about 2 years ago
wah..dahsyat nye..saya kurang suka bola..but, kalau terpaksa tengok..lelama tersyok..[time tu je lah]hehe
[Reply]