Setelah bertahun – tahun James Cameron menyepikan diri dalam dunia perfileman di Hollywood, beliau kembali dengan filem yang saya boleh kata ” The Best Filem of This Year” dan bakal meletup seperti filem – filem beliau sebelum ini seperti Titanic dan Terminator 2. Efek CGI filem ini juga bagi saya adalah “Best of the Best” dan tidak keterlaluan saya katakan CGInya mampu mengalahkan CGI seperti Filem Terminator: Salvation, Transformer: Revenge of Fallen & 2012

Pengarah: James Cameron
Tarikh Filem ditayangkan:  17/12/2009
Para pelakon: Michelle Rodriguez, Sam Worthington, Sigourney Weaver, Stephen Lang

Jalan cerita:

Cerita Avatar ini bermula apabila Jake Sully, seorang bekas tentera yang lumpuh dihantar ke Bulan Pandora untuk menggantikan saudara kembarnya (yang mati dibunuh) dalam program Avatar. Ini disebabkan beliau mempunyai kritiria yang hampir sama dengan saudara kembarnya untuk bergabung dengan Avatar milik saudara kembarnya. Namun begitu, penglibatan beliau menyebabkan pasukan saintis dalam program ini kecewa terutamanyan Dr. Grace Augustine kerana Jake tidak memiliki ilmu dan tidak terlatih dalam program Avatar ini.

Semasa menemai Dr. Grace dan Norm Spellman (yang berada dalam badan Avatar) dia telah diserang oleh pemangsa yang menyebabkannya terpisah dari kumpulan saintisnya itu. Semasa keseorang ditempat yang begitu asing baginya, dia telah bertemu dengan Neytiri, salah satu penduduk asal Pandora yang digelar Na’vi. Pada mulanya, wanita Na’vi itu mahu membunuh Jake kerana kaum Na’vi bermusuhan dengan manusia disebabkan manusia telah merosakkan tempat tinggal Na’vi. Namun begitu, dia telah membatalkan hasrat untuk membunuh Jake kerana mendapat petanda dari Eywa (kuasa spiritual bulan Pandora). Neytiri telah menyelamatkan jake dari dibunuh pemangsa dan membawanya di tempat tinggalnya yang dipanggil Hometree. Disana dia telah ajar oleh Neytiri mengenai kaum Na’vi.
Pergaulannya Jake dengan kaum Na’vi telah mengembirakan para saintis dibulan itu kerana ia memungkinkan pemulihan hubungan antara kaum Na’vi dan manusia. Namun bagi Colonel Miles Quaritc, ketua keselamatan di Pandora ia merupakan satu peluang untuk dia dan pasukannya mendapatkan maklumat mengenai kaum Na’vi dalam usahanya menghalau kaum Na’vi dari tempat tinggal mereka iaitu Hometree kerana dikatakan kawasan sekitar Hometree mempunyai galian yang sangat bernilai yang dipanggil Unobtanium.
Jake diberi tempoh 3 bulan untuk mendapatkan segala maklumat mengenai tempat tinggal kaum Na’vi tersebut. Namun begitu, sepanjang penyamarannya itu, dia semakin dekat dengan kaum Na’vi dan telah menjadi pahlawan. Sepanjang itu jugalah, dia mula mempersoalkan misinya dari segi moraliti kerana melihat tindakan manusia yang mahu menghalau kaum Na’vi adalah tidak berperikemanusian dan sikap manusia yang ingin menghancurkan keindahan Pandora.
Setelah mendapati kaum Na’vi enggan meninggalkan tempat tinggal mereka, pasukan tentera manusia telah  bertindak menyerang Hometree dan lebih teruk mereka ingin menyerang tempat suci kaum Na’vi. Jake yang berjaya melarikan diri dari tahanan, telah menjadi ketua bagi semua suku kaum Na’vi dan berperang dengan pasukan tentera manusia.

Filem arahan James Cameron ini bukan sekadar cerita semata – mata, ia menyampaikan satu  mesej kepada dunia dengan memaparkan sikap manusia yang tamak dan kejam dalam filem ini. Dalam mengejar ketamakan harta, mereka sanggup menghalau dan membunuh kaum peribumi. Ini ditunjukan dalam filem ini dimana manusia yang merupakan makhluk asing bagi kaum Na’vi telah menghalau mereka dari tempat tinggal mereka demi mencarigali Unobtanium yang dikatakan sangat tinggi nilainya di bumi. ia tidak ubah dengan sikap golongan yang kaya dan tamak dibumi ini yang sanggup menindas kaum lemah.

Rating:

Bagi saya, memang berbaloi mengeluarkan RM 11 untuk menonton filem ini. Efek komputernya berjaya membuat penonton merasakan seolah – olah tempat bernama Pandora dan kaum Na’vi itu wujud. Selain lakonan para pelakonnya berjaya membuatkan para pelakon terpukau. Tahniah kepada James Cameron kerana berjaya menghasilkan filem terbaik tahun ini.

rating: 9/10

Video Trailer:

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]