Murky is On The Way!
Malaysia 1 – Vietnam 0 (Sukan SEA Laos)
Tiada apa yang lebih membanggakan buat kontinjen negara di Sukan Sea Laos. Selepas melepasi sasaran 30 emas pada sukan SEA kali ini, kejayaan skuad bola sepak negara memenangi emas adalah paling manis buat kontinjen negara dan lebih manis, penantian peminat bola sepak negara yang tidak jemu – jemu mengkritik, menanti dan berharap kejayaan skuad bola sepak akhirnya terbalas. Kali terakhir Malaysia melakar emas disukan SEA adalah pada tahun 1989 di Kuala Lumpur selepas menewaskan Singapura 3 – 1 pada masa itu. Dan selepas itu, kejatuhan bola sepak negara bagaikan tiada titik noktah sehinggalah anak – anak muda ini meletakkan titik noktah cerita kegagalan dengan kejayaan merangkul emas negara buat pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun. Tempoh yang cukup lama bola sepak negara berada didalam keperitan.
2004 adalah tarikh lahirnya wira – wira negara ini, dan pada 2004 lah K. Rajagopal menjadi bidan terjun menerajui skuad ini. Beliau bersungguh – sungguh mengumpul dan mengasah bakat anak – anak muda ini. Dan setelah 5 tahun bermandi pengalaman di dalam dan diluar negara, akhirnya mereka menghadiahkan peminat – peminat bola sepak negara dengan sebutir emas yang sudah lama di tunggu – tunggu. Pada mula, tiada harapan pingat diletakkan dibahu mereka pada kejohanan kali ini, ditambah pula dengan kekalahan ditangan Vietnam 3 – 1 diperingkat kumpulan sudah menandakan bahawa skuad bola sepak bakal pulang awal dari Laos. Namun, kebangkitan semangat anak – anak muda ini sudah kelihatan apabila mereka berjaya menewaskan Thailand, pasukan pilihan pada peringkat kumpulan dan seterusnya layak ke separuh akhir. Di separuh akhir juga mereka tidak gentar berhadapan Laos bersama – sama dengan pemain ke-12 mereka iaitu penyokong Laos. Lebih 20 ribu peminat Laos membanjiri stadium, namun sedikit pun mereka tidak gentar menghadapinya malah dapat menewaskan pasukan yang memiliki 12 pemain dengan jaringan yang cukup selesa iaitu 3 – 1.
Pada peringkat akhir juga situasinya cukup sama, laungan penyokong Vietnam dan tekanan pemain – pemain lawan dapat diserap sebaik mungkin. Separuh masa pertama bagaikan milik Vietnam, mereka mengasak, mengempur dan menekan pemain – pemain negara namun, mereka berjaya mengawalnya dengan baik. Namun diseparuh masa kedua, skuad negara bagaikan Harimau yang baru bangkit dari tidurnya. Menekan dan mengasak pemain – pemain lawan sehinggakan mereka gagal menyerap tekanan yang diberikan oleh skuad negara, dan akhirnya kesilapan pemain pertahanan telah memberikan kemenangan yang cukup manis buat negara. Biarlah mereka kata bukan pemain Malaysia yang menjaringkannya, tetapi mereka berhak mendapatkannya.
Diharapkan dengan kejayaan ini, ia menjadi batu asas kepada kejayaan skuad negara kelak dimasa hadapan. Ingatlah pada zaman 70-an dan 80-an, zaman Allahyarham Mokhtar Dahari, Mat Zan Mat Aris, Soh Chin Aun dan ramai lagi yang saya tidak ingat namanya dimana skuad negara yang dikenali sebagai Harimau Malaya pada masa itu cukup digeruni oleh kuasa – kuasa bola sepak Asia pada hari ini iaitu Korea Selatan dan Jepun. Dan diharap juga buat pemain – pemain negara dan juga pemain – pemain bola sepak yang lain, usah dibuai dengan mimpi kejayaan pada hari ini. Kejayaan lebih besar menanti anda dihadapan, jadikan kejayaan pada hari ini sebagai penaik semangat anda untuk memartabatkan bola sepak negara dimasa hadapan, bukan sahaja dia Asia Tenggara, malah di mata dunia. Dan yang paling penting, walau jatuh teruk manapun, peminat – peminat bola sepak negara sentiasa berada dibelakang anda untuk memberikan sokongan dan kata – kata semangat. Ingat, sokongan kami peminat Malaysia bukan sekadar menang, tapi sokongan kami sepanjang zaman. Tahniah Harimau Muda!!.
Video Highlight
Popularity: 1% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on December 17, 2009 at 4:44 pm, and is filed under Sukan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |


about 2 years ago
Tahniah buat skuad negara kita…Inilah tandanya mereka tidak mengabaikan kritikan dan teguran kita rakyat Malaysia untuk membawa nama baik pd negara.
[Reply]
about 2 years ago
congrate untuk malaysia..rajin kmu ulas panjang2
[Reply]
about 2 years ago
tahniah buat pasukan malaysia…
erm..if tak keberatan…sudi lh singgh n drop 1 cmnt kt n3 'OH IRFAN KHAIRI' really need ur support…thnks..
[Reply]
about 2 years ago
tahniah la tuk malaysia nye team
~nape lelaki suke tgk bola?
[Reply]
about 2 years ago
to future: yup..selama neh peminat tetap menyokong mereka walaupun kalah selalu..yg batu apinye surat kabar je..
[Reply]
about 2 years ago
to cik yana: haha..bersemangat masa menaip tue
[Reply]
about 2 years ago
to cik memy: terlampau subjektif utk menjawapnyaa…hahaha
[Reply]
about 2 years ago
baru sudah komen
[Reply]
about 1 year ago
Tahniah Harimau Muda…Tahniah Baddrol Bakhtiar….Dulu, kini dan selamanya..
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 22nd, 2010 at 8:49 am
masih segar kehebatan Harimau Muda di Sukan Sea yang lalu ..hgehe
[Reply]