Perlawanan Separuh Akhir Bola Sepak Sukan Sea Laos
Malaysia 3 – Laos 1

Malaysia meneruskan kecemerlangan mereka dalam sukan bola sepak sukan Sea Laos 2009 setelah berjaya melangkah ke peringkat akhir apabila berjaya menewaskan pasukan tuan rumah dengan jaringan 3 – 1 hasil jaringan Badrol Baktiar pada minit ke-13 dan ke-78 dan jaringan Syafiq Rahim pada minit ke-84. Manakala pasukan tuan rumah menjaringkan gol pada minit ke-72. Kali terakhir Malaysia menjejakan kaki ke peringkat Akhir adalah pada 2001 semasa sukan Sea di Kuala Lumpur.

Link to this picture and news click here.


Bermain dihadapan hampir 20,000 penyokong Laos, pasukan Laos terlebih dahulu mengasak benteng pasukan Malaysia. Namun dalam kealpaan pemain – pemain Laos memburu gol pembukaan, Badrul Baktiar menjaringkan gol cantik pada minit ke-13 hasil hantaran Manaf Mamat pada sebelah kanan. Selepas jaringan tersebut, permainan pasukan Malaysia tampak perlahan dan kelihatan seperti kekurangan Idea untuk melakukan percubaan kearah gol. Serangan pasukan Laos yang diterajui ayam tambatan mereka Lamnao Singto dan Kampheng Sayyavuthi juga terbantut dibahagian tengah dah mereka kelihatan sukar untuk melepasi benteng pertahanan pasukan Malaysia yang diketuai oleh Zafuan Adha. Percubaan terbaik pasukan Laos pada separuh masa pertama adalah hasil sepakan percuma oleh Kaysone Soukhavong yang berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol negara, Sharbinee Allawee.

Di separuh masa kedua, gol penyamaan yang dicari oleh Laos akhirnya berhasil apabila pemain Laos berjaya menewaskan penjaga gol negara Sharbinee Allawee pada minit ke-72.

Bersemangat ingin memburu gol ke-2, pasukan Laos terus mengasak benteng pertahanan negara, namun begitu, kealpaan benteng pertahanan Laos dihukum oleh pemain negara dan sekaligus memberikan gol ke-2 untuk pasukan negara apabila Badrol Baktiar berjaya menjaringkan gol hasil hantran S. Kunalan pada minit ke-78. Enam minit kemudian, Syafiq Rahim menutup sisa perjuangan Pasukan Laos untuk mara ke perlawanan akhir bola sepak sukan Sea apabila menjaringkan gol dari dalam kotak penalti Pasukan Laos.

Dengan kemenangan ini, pasukan negara akan bertemu kembali pasukan Vietnam yang berjaya menewaskan Singapura 4 -1 dalam perlawanan separuh akhir sebelumnya. Pada perlawanan peringkat kumpulan, Vietnam telah menewaskan Malaysia 3 – 1.

P/s: Perak untuk Pasukan bola sepak negara sudah berada didalam tangan, Emas merupakan bonus. Haku percaya, 100% rakyat Malaysia mahukan emas untuk bola sepak. Diharap, pemain – pemain dapat menghadiahkan emas untuk rakyat negara ini yang dahagakan kejayaan pasukan bola sepak negara. Malaysia Boleh!


Related Posts with Thumbnails

Popularity: 2% [?]