Servis kura – kura
Korang pernah menghadapi masalah kat kedai makan atau restoran tak terutamanya servis atau layanan diorang? Haku dah banyak kali berhadapan dengan layanan – layanan yang cukup suck! terutamanya kalau pelayan diorang mengambil pesanan ataupun menunggu makanan sampai ke meja, cukup lambat. Dua tue lar problem paling teruk sekali kalau kat kedai makan. Dah lar nak tunggu diorang amek order macam tunggu nombor giliran kat pos ofis, nak tunggu makanan tue pulak sampai dua gelas teh ‘O’ ais abeh. Alahaii..
Benda neh bukan saja berlaku kat warung – warung atau kedai mamak je. Kedai yang top satu Malaysia pun macam tue juga (haisshh). Kalau diikutkan hati, mau je dimaki – maki kedai – kedai yang macam neh terutamanya kedai – kedai yang ada servis charge macam Pizza Hut. Dah bagi duit servis pun masih kura – kura servis diorang. Kalaulah kedai mamak yang dulunya kecoh mau wujudkan servis charge neh bagi servis kura – kura macam neh, rasanya memang banyak meja diorang terbalik dek kerana tak tahan menunggu lama.
Kalau pekara kura – kura ini terjadi kat haku bila haku pergi ke kedai makan tue buat pertama kalinya memang haku takkan datang ke kedai tu dah buat kali kedua, atau kalau kedai yang kerap haku kunjung macam kat kedai mamak dekat rumah haku, memang haku maki terus pekerja dia bagi diorang sedar sket betapa pentingnya jaga servis terhadap pelanggan. Konsep haku biarlah makanan kat kedai tue biasa – biasa ja , tapi kalau servis dia tip top memang haku akan datang balik sebabnya antara pandangan pelanggan kat sesebuah kedai makan atau restoran ini adalah servis terhadap pelanggan selain dari kebersihan.
Jadi pada siapa – siapa yang ada kedai makan neh atau berkerja di kedai makan, servis terhadap pelanggan tue hendak korang jaga sebaik mungkin. Kalau tidak mungkin gambar dibawah neh akan membuka mata korang betapa marahnya pelanggan terhadap servis korang.
L
Popularity: 1% [?]

lain kali nak
wat cam tu ler…
[Reply]