Archive for January, 2010

Universal Soldier: A New Beginning – Filem Review

2

Haku memang tidak menyangkakan yang Filem Universal Soldier akan ada sequel terbaru selepas filem terakhir mereka iaitu Universal Soldier: The Return.  Universal Soldier: A New Beginning ataupun dikenali dengan nama Universal Soldier : Regeneration di sesetengah negara telah pun ditayangkan di Malaysia pada 28 Januari yang lalu di pawagam. Walaubagaimanapun filem ini sebenarnya telah ditayangkan lebih awal dibeberapa negara dan negara pertama yang dapat menonton filem ini adalah negara Israel!

Bagi yang pernah menonton filem Universal Soldier yang sebelum filem ini, sudah pasti anda tidak mahu terlepas menonton sequal  filem terbaru keluaran Sony Picture dipawagam. Filem yang penuh dengan aksi tembak menembak dan bunuh membunuh sudah pasti dapat menarik minat penonton yang gemarkan filem bergenre 18SG. Dipermulaan filem ini sahaja anda akan disajikan dengan aksi kejar mengejar dan tembak menembak diantara penganas dan polis.

Tapi sayangnya, aksi Jean-Claud Van Damme tidak seperti di filem – filem Universal Soldier yang sebelumnya. Aksinya agak keras dan lambat. Mungkin faktor usianya membataskan aksi beliau dalam filem ini. Sekirannya anda peminat Van Damme, pastinya anda tahu yang beliau merupakan pakar seni mempertahankan diri. Filem ini juga berbeza sedikit dengan filem – filemnya yang sebelum ini dimana askarnya lebih banyak senyap dari bercakap.

Jangan lupa saksikan Universal Soldier : A New Beginning dipawagam. Ia pasti mengimbau kembali zaman diakhir 80-an dan awak 90-an dimana filem – filem seperti ini kerap ditayangkan.

(more…)

Popularity: 5% [?]

Sebab – sebab memilih WordPress Self Hosting

30

blogger-vs-wordpress

Sekiranya anda membaca entry terdahulu, mungkin sekarang anda sudah berkira – kira untuk berpindah ke WordPress Self Hosting. Bukan haku hendak mengatakan penggunaan Blogspot tidak bagus, haku pun dahulu adalah Blogspot User, tetapi disebabkan beberapa masalah yang timbul semasa haku menggunakan Blogspot, haku beralih ke WordPress Self Hosting kerana menurut info – info yang haku dapat dan juga pengalaman haku sendiri menggunakannya,  Haku dapati WordPress Self Hosting lebih baik daripada Blogspot. Bawah neh antara yang haku nampak setelah sebulan menggunakan WordPress dan haku try bandingkan dengan Blogspot, memang banyak perbezaannya.

Total Control.

Sekiranya anda menggunakan blogspot untuk berblog, chances untuk blog anda di delete oleh Google sangat tinggi terutamanya apabila blog anda di “flag” oleh orang – orang yang dengki dengan anda ataupun blog anda di cop sebagai spammer. Jadi Self Hosted memberi kawalan 100% terhadap blog anda. Cuma anda sahaja yang boleh delete blog anda. Tapi anda kena berhati – hati agar blog anda tidak di hack oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

(more…)

Popularity: 3% [?]

Kenapa perlu takut beralih ke WordPress Self Hosting?

26

Setelah haku menggunakan WordPress Self Hosting selama sebulan ini, haku mendapati menggunakan WordPress Self Hosting adalah lebih menyeronokan dan mudah berbanding dengan menggunakan Blogspot. Haku tanpa berlengah terus mengajak rakan – rakan blogger terdekat untuk beralih ke WordPress Self Hosting. Ada yang memberi reaksi positif dengan mahu mengikut jejak langkah haku meninggalkan Blogspot, malah ada juga yang mahu kekal di Blogspot kerana beranggapan menggunakan WordPress Self Hosting adalah sukar dan mahal.

Bagi sesetengah bloggers, beralih ke WordPress self hosting bermakna memerlukan sejumlah wang untuk dikeluarkan bagi membayar harga hosting + domain yang mahal. Itu tidak menjadi masalah kerana banyak syarikat – syarikat  di Malaysia seperti Serverfreak dan Fivio yang menjual domain + hosting dengan harga yang berpatutan dan kebanyakkannya menjual hosting dan domain dibawah harga RM 100 (Lawat blog Roslan untuk lebih info). Bagi blogger yang mempunyai iklan seperti Nuffnang dan Advertlets di blog, gunakan income dari  hasil iklan anda untuk membayar hosting. Haku percaya, ramai yang mendapat income lebih dari RM100 hasil dari iklan mereka setiap bulan, so korbankan satu bulan income anda demi blog anda, tak rugi. Selain itu, bagi yang masih belajar, tak salah menggunakan sedikit wang PTPTN atau pinjaman lain untuk blog anda dari anda membazir menggunakannya ke tempat – tempat yang tak sepatutnya seperti snooker, karaoke atau shopping! dan bagi yang sudah berkerja, apa lar sangat RM100 jika hendak dibandingkan dengan gaji anda. Kalau sanggup spend RM1000 untuk kereta, ‘spend’kan sedikit RM100 untuk blog kesayangan anda. Harus diingat, pelaburan yang kecil mengkin dapat memberi pulangan yang besar kepada kita.

(more…)

Popularity: 3% [?]

Filem Review Tooth Fairy

21

Ramai penggusti – penggusti WWE pernah terlibat dalam dunia lakonan antaranya Stone Cold Steve Austin (The Condemned & Longest Yard), John Cena (The Marine), The Great Khali (The Longest Yard & Get Smart), Goldberg (The Longest Yard, Universal Soldier: The Return & Half Past Death 2) dan ramai lagi. Namun mereka semua tidak dapat menandingi kehebatan Dwayne Douglas Johnson aka The Rock yang telah banyak terlibat dalam industri perfileman di Hollywood. Kebolehan beliau berlakon dalam filem – filem aksi dan juga komedi menyebabkan beliau sungguh laku untuk dipanggil oleh pengarah – pengarah di Hollywood untuk berlakon dalam filem mereka. Antara filem – filem top yang dilakonkan oleh beliau ialah The Mummy Return, Walking Tall, The Scorpion King, Be Cool dan The Game Plan yang merupakan filem komedi paling berjaya pernah dilakonkan oleh The Rock. Dan kini, The Rock kembali dengan filem komedi terbarunya iaitu Tooth Fairy yang telah pun ditayangkan pada 22 Januari yang lalu.

(more…)

Popularity: 3% [?]

Kemana hala tuju Skuad Harimau Muda

5

Sudahlah tidak mendapat tempat didalam Liga – S, mereka juga dilarang bermain di Liga Super. Itu lah nasib Harimau Muda A dibawah kendalian Jurulatih Azrai Khor Abdullah yang kini tidak dapat merasai perlawanan kompetetif. Tindakkan tidak berakal FAM ini jelas mengundang kontroversi di dada – dada akhbar sejak akhir – akhir ini dan ramai pihak mengkritik tindakan badan induk bola sepak negara yang menolak penyertaan Harimau Muda untuk bermain didalam Liga – M dengan menggantikannya dengan pasukan yang sepatutnya bermain di Liga Perdana iaitu Pahang. Malah, pengkritik sukan, Serbegeth Singh menganggap apa yang berlaku pada skuad ini adalah akibat daripada kesilapan bodoh mereka. Melakukan sesuatu pekara tanpa memikirkan akibatnya.

(more…)

Popularity: 5% [?]

Facebook bakal kenakan cas kepada pengguna?

44

Setelah kekenyangan melantak roti subway yang panjangnya sepanjang lengan lelaki, haku terus membukak laptop adik haku untuk berblog. Seperti yang haku janji sebelum neh,  haku akan tetap berbloggging walaupun sibuk memburu nyamuk. Cuma masalahnya haku menghadapi sekarang ialah kesukaran untuk memerah otak supaya dapat mengeluarkan ayat – ayat mukadimah walaupun 2 batang rokok Dunhill dah haku sigup. Macam hampeh betul! haha.

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 6% [?]

Go to Top