Murky is On The Way!
Kemana hala tuju Skuad Harimau Muda
Sudahlah tidak mendapat tempat didalam Liga – S, mereka juga dilarang bermain di Liga Super. Itu lah nasib Harimau Muda A dibawah kendalian Jurulatih Azrai Khor Abdullah yang kini tidak dapat merasai perlawanan kompetetif. Tindakkan tidak berakal FAM ini jelas mengundang kontroversi di dada – dada akhbar sejak akhir – akhir ini dan ramai pihak mengkritik tindakan badan induk bola sepak negara yang menolak penyertaan Harimau Muda untuk bermain didalam Liga – M dengan menggantikannya dengan pasukan yang sepatutnya bermain di Liga Perdana iaitu Pahang. Malah, pengkritik sukan, Serbegeth Singh menganggap apa yang berlaku pada skuad ini adalah akibat daripada kesilapan bodoh mereka. Melakukan sesuatu pekara tanpa memikirkan akibatnya.
Antara individu yang paling kecewa dalam hal ini adalah Azrai Khor. Beliau adalah individu yang bersungguh – sungguh mahu melihat pasukannya beraksi dalam Liga bola sepak. Bagi beliau, perlawanan kompetetif adalah lebih penting dari hanya menyertai latihan di kem dan bermain dalam perlawanan persahabatan kerana dengan perlawanan kompetetif lar segala kelemahan dan kekuatan yang terdapat dalam pasukan dapat dikenalpasti selain memberi pengalaman kepada para pemainnya.
Tidak diketahui apa sebabnya mereka lakukan pekara sebegini terhadap jurulatih yang pernah merangkul double treble. Adakah mereka sengaja mahu menyusahkan Azrai ataupun mahu memperlecehkan beliau. Atau mungkin mereka sengaja mahu mengekalkan negeri kelahiran pengerusi FAM di Liga Super demi menjaga hati pengerusi tersebut. Tapi apa yang pasti, segala apa yang dirancang oleh Azrai terpaksa dirombak kembali dan berkemungkinan besar beliau terpaksa melepaskan pemain – pemainnya menyertai pasukan negeri masing – masing demi melihat anak buahnya menimba pengalaman bermain di Liga – M.
Tetapi, sekiranya FAM berkeras mahu skuad ini sentiasa berada didalam satu pasukan, jangan salahkan Azrai sekiranya beliau gagal melakar kejayaan kerana dengan hanya latihan dan perlawanan persahabatan, pasukan ini tidak akan meningkat mutu permainan mereka. Salahkan diri mereka sendiri kerana tidak merancang dengan teliti hala tuju pasukan Harimau Muda.
Popularity: 5% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on January 21, 2010 at 4:18 pm, and is filed under Sukan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |



about 2 years ago
sultan pahang tu bodo..nmpk sgt nk bela pahang dia tu..dia ckp, keputusan tu dipersetujui ramai, padahal org lain terpaksa kot stuju sbb dia kan presiden n sultan plak tu
[Reply]
Zul Murky Reply:
January 23rd, 2010 at 8:17 am
byk org suh dia turun takhta FAM, tapi anak dia jer nak dengar cakap..
[Reply]