Murky is On The Way!
Kenapa perlu takut beralih ke WordPress Self Hosting?
Setelah haku menggunakan WordPress Self Hosting selama sebulan ini, haku mendapati menggunakan WordPress Self Hosting adalah lebih menyeronokan dan mudah berbanding dengan menggunakan Blogspot. Haku tanpa berlengah terus mengajak rakan – rakan blogger terdekat untuk beralih ke WordPress Self Hosting. Ada yang memberi reaksi positif dengan mahu mengikut jejak langkah haku meninggalkan Blogspot, malah ada juga yang mahu kekal di Blogspot kerana beranggapan menggunakan WordPress Self Hosting adalah sukar dan mahal.
Bagi sesetengah bloggers, beralih ke WordPress self hosting bermakna memerlukan sejumlah wang untuk dikeluarkan bagi membayar harga hosting + domain yang mahal. Itu tidak menjadi masalah kerana banyak syarikat – syarikat di Malaysia seperti Serverfreak dan Fivio yang menjual domain + hosting dengan harga yang berpatutan dan kebanyakkannya menjual hosting dan domain dibawah harga RM 100 (Lawat blog Roslan untuk lebih info). Bagi blogger yang mempunyai iklan seperti Nuffnang dan Advertlets di blog, gunakan income dari hasil iklan anda untuk membayar hosting. Haku percaya, ramai yang mendapat income lebih dari RM100 hasil dari iklan mereka setiap bulan, so korbankan satu bulan income anda demi blog anda, tak rugi. Selain itu, bagi yang masih belajar, tak salah menggunakan sedikit wang PTPTN atau pinjaman lain untuk blog anda dari anda membazir menggunakannya ke tempat – tempat yang tak sepatutnya seperti snooker, karaoke atau shopping! dan bagi yang sudah berkerja, apa lar sangat RM100 jika hendak dibandingkan dengan gaji anda. Kalau sanggup spend RM1000 untuk kereta, ‘spend’kan sedikit RM100 untuk blog kesayangan anda. Harus diingat, pelaburan yang kecil mengkin dapat memberi pulangan yang besar kepada kita.
Isu WordPress sukar untuk digunakan terutamanya semasa hendak memasangnya sepatutnya tidak timbul. Semasa di Blogspot kita juga menghadapi masalah untuk memasang theme dan gadget tetapi kita belajar untuk mengatasi masalah – masalah yang timbul sehinggakan kita menjadi expert dalam menggunakan Blogspot. Tetapi kenapa tidak mahu belajar mengenai WordPress? Haku pun dulu begitu, menghadapi konflik untuk beralih ke WordPress, tetapi setelah mengkaji dan mencari segala tip tip – tip dan info bagaimana untuk menggunakan WordPress self hosting, haku terus lari ke WordPress. Dan hasilnya setelah “try and error” haku dapati memasang dan menggunakan WordPress adalah tidak sukar seperti yang disangkakan! Malah haku berani mengatakan, menggunakan WordPress sebenarnya lebih mudah dari menggunakan Blogspot! (haha). (Rujuk JustKhai Blog untuk info)
Anda sayang pada post – post lama? jangan risau, WordPress mempunyai tool untuk mengekspot semua segala posting dan komen yang terdapat dalam blog lama anda. Lihat posting – posting haku yang bertarikh 2009, kesemuanya posting dari blog lama haku semasa masih di platform Blogspot. Follower pun anda tidak perlu risau. Google Friend Connect sekarang sudah menjadi standalone, apa yang perlu anda hanya login ke akaun Google Friend Connect dan tukar URL Blog lama anda ke URL blog baru sekiranya anda beralih ke WordPress. Mudah bukan? anda tidak perlu risau yang anda akan kehilangan posting lama anda dan yang paling penting, follower anda masih mengikuti anda.
Apa yang pasti, anda sepatutnya tidak terlalu “kedekut” dan takut untuk mengubah sesuatu benda menjadi lebih baik. Banyak laman – laman web yang dapat membantu anda sekiranya anda beralih ke WordPress, malah anda juga boleh bertanyakan kepada users yang mengunakan WordPress sekiranya anda menghadapi masalah (Rujuk Link yang diberi). Memang berbaloi berpindah dari Blogspot ke WordPress Self Hosting, “clean and look professional” bak kata eastbullet. Dan yang paling penting sekali, mana lagi sedap didengar, Aku.blogspot.com ker Aku.com?
Popularity: 3% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on January 30, 2010 at 8:43 am, and is filed under blog. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |


about 2 years ago
WordPress adalah yang TERBAEK!!!
[Reply]
Zul Murky Reply:
January 30th, 2010 at 4:15 pm
haha..betul2 … =D
[Reply]
about 2 years ago
mari2 sume ber self hosted sendiri..yg ade blogspot sume bleh transfer..import entri2 korang dulu tu..jgn takut2..huhu..
[Reply]
Zul Murky Reply:
January 30th, 2010 at 4:17 pm
tu dia..haa.. bro lan kita dah bersuara..jgn takut2 kawan2.. bila lagik nak berumah sendiri…haa..hehe
[Reply]
about 2 years ago
tq for sharing!.. akak pun berkira2 nak tukar gak, ti lehlah akak nyebok2 tanya marki yek..
[Reply]
Zul Murky Reply:
January 30th, 2010 at 5:31 pm
sama2 sis.. insyaallah, sy akan sedaya upaya menolong akak.. kalau ada persoalan yg saya xleh nak jawap saya akan refer kat otai wordpress nnt.. hehe =) jgn tunggu lama2 ..tu bro roslan kita ada pakej untuk wordpress self hosting..murah pakej dia tue..haa.. =D
[Reply]
about 2 years ago
wah, nice in4
[Reply]
Zul Murky Reply:
January 31st, 2010 at 2:43 am
TQ sis =)
[Reply]
about 2 years ago
nak jugak wordpress…tp xda ms sgt nk blogging..hehe
follower pun xramai…
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 6th, 2010 at 2:09 pm
xpe bro..take ur time..bila rasa nak betukar tue, tukar je terus..jgn tunggu lama…tentang follower tue slow2 ..lama2 ramai juga nnt follower tue..hehe
[Reply]
about 2 years ago
kepada semua yg nak bertukar leh rujuk promo kat blog saya..mmg tak kan dapat da rege camtu pasni…huhu..aku nak tolong seramai boleh bangsa melayu yang ber self hosted… good luck for all..tq
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 9th, 2010 at 11:18 pm
Cepat2 ..bro roslan kita buat promo tue..bukan senang nak dapat rega murah.. hehe
[Reply]
about 1 year ago
teringin amat nak ada self hosting sendiri.
pemindahan entri dari blogspot ke wordpress perlu buat sendiri ka?
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 19th, 2010 at 11:22 pm
yup..installation sehingga transfer post blogspot ke WP semua kena buat sendiri..tp jgn risau..sbnarnya xsusah mana..senang je ..cuma kita rasa susah disebabkan kita baru meggunakannya buat pertama kali.. sama mcm benda2 lain yg baru 1st time kita buat..rasa susahkan..?
[Reply]
about 1 year ago
sampai ke blog marki ni nk cari info pasal WP..
bab2 installation Kak Yan dah tolong, so mmg tatau..huhuh
xper, nnti nk try godek sendiri jugak nnti
so far memang rasa besh… tapi xtutup lagi akaun blogspot tu.. sbb banyak yang perlu ditambahbaikkan dulu
.-= DaHLia´s last blog ..Ini serius!!….Ada blogger nak bagi Notebook ACER ASPIRE ONE FREE!!! Untuk kita berdua sahaja!! =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 11th, 2010 at 11:04 pm
tq sis sbb mencari info kat sini..ada sket pasal wordpress dalam blog neh yg sis boleh rujuk.. blogger2 lain pun ada juga buat..xpe..buat slow2 sis…sy pun dulu mcm tue..terkedek – kedek setup wordpress..hehe ..blogspot xyah tutup sis..nnt bila dah setel blog wordpress tue..just buat redirection je..jgn closed..
[Reply]
about 1 year ago
Ha, dah dapat pun entri pasal benda ni.. thanks for sharing
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 18th, 2010 at 11:36 pm
hehe..sama2
[Reply]
about 1 year ago
hahaha.
ni post bulan jan eh?.
tapi baru ni aku nak komen sebab tiba2 terniat nak pakai self-hosting WP & domain sendiri!.
susah tak nak transfer semua entry tu??.
kalau entry bergambar xad masalah ke sebab gambar tu kan kita upload pakai blogger??.
aku suka WP ni sebab dia punya comment-form.
hahahahahaha.
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 27th, 2010 at 1:09 am
tak susah pun..mudah je..hehe..cauba cari tutor pasal WP di blog ini, dan ikut tutor yg ada..mudah saja..
[Reply]
about 1 year ago
Salam..
Thank for this so kind relieving info..
nak tanye skit ni..dah berniat nak tukar ke WP tapi ade beberapa kemusykilan la..
1. macam mana kesan SEO bila tukar self-hosting WP?
2. apa jadi dengan backlink yg dah dibuat dengan blogger lain dgn blog saya? setiap klik di blog lain akan automatik refer ke url baru saya ATAU perlu untuk saya bagitau yang kita dah bertukar self-hosting untuk mereka tukar url di bahagian exhange link diorang?
pening skit soalan kedua tu yek tapi saya lebih concern dgn soalan pertama..harap dpt tolong
Azwan Ismail´s last [type] ..Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
[Reply]
Zul Murky Reply:
August 24th, 2010 at 5:03 pm
wsalam bro.
1. SEO akan terjejas sedikit..tapi dengan membuat redirection dari blog lama ke blog baru, mana2 keyword yang berkaitan dengan blog lama akan automatik di redirect ke blog baru
2. sama dengan apa yg dinyatakan diatas..dengan membuat redirection, orang yg klik link lama akan automati dibawak ke blog baru..
so..kesimpulannya, selepas mendaftar url blog baru..hendaklah buat redirection diblog lama ke blog baru.. boleh lihat dalam tutorial wordpress di blog ini.. =)
[Reply]
about 1 year ago
haa. aku pun baru sebulan lebih pakai WP. so far, Alhamdulillah
Affan´s last [type] ..Yahoo Messanger memperkenalkan integrasi chatting dengan rakan di Facebook
[Reply]
Zul Murky Reply:
November 25th, 2010 at 11:42 pm
WP selfhosting buat rasa bebas nk berblog =)
[Reply]
about 8 months ago
yeahhh..btoi 2..
aku pun baru je tukar semalam ke self hosting..
best sgt..tapi masih blurr ngan wordpress..
kamarul´s last [type] ..download game Deadly Race
[Reply]