Murkiester[dot]com kembali ..
Finally, setelah lama murkiester[dot]com tidak kelihatan akhir ia muncul kembali di internet. Hampir dua minggu blog ini tergendala akibat proses pemindahan dari Blogspot ke WordPress yang begitu rumit. Terima kasih kepada Mr. Sam dari serverfreak sales team kerana membantu haku melakukan pemindahan domain dari hosting godaddy.com ke serverfreak. Rupa-rupanya masalah domain haku tidak dapat berpindah disebabkan domain haku berusia kurang dari 3 bulan (domain haku didaftarkan pada bulan 12/2008). Jadi beliau membantu haku menukar nameserver kepada server serverfreak. Syukur alhamdullilah, setelah menukar nameserver baru, akhirnya haku dapat masuk ke cpanel hosting baru haku dua hari lepas.
Setelah dapat login ke cpanel hosting baru haku, haku terus setup wordpress haku. Mula – mula agak pening jugak, namun setelah mengodek, menyelongkar meng’try & error’ akhirnya haku berjaya juga haku menyiapkan wordpress haku. Hampir 6 jam haku duduk didepan komputer mempelajari benda baru ini dari bermain FTP sehinggalah mencantikkan wordpress haku neh! ..huhuuu. Cuma satu je masalah kecil yang terjadi kat blog haku neh. Iklan Nuffnang haku tidak kelihatan diantara post dan komen sekiranya viewing sesuatu posting. Haku tak tahu sebab apa ia terjadi, maybe disebabkan coding dia tak ngam ngan coding theme haku kot. Tah lar.
Selain dari masalah diatas, antara sebab haku jarang berblog skarang neh disebabkan haku telah berpindah di pejabat yang dikatakan agak sibuk di diantara pejabat2 kesihatan yang ada di Penang neh. Haku telah bertukar ke pejabat baru pada 4 Januari 2010 hari tu dan ditempatkan di unit Vektor. Unit yang menjaga segala nyamuk dari menggigit orang..huhuu. Unit tue memang busy jika nak dibandingkan dengan unit – unit yang lain yang terdapat di Pejabat Kesihatan. Ditambah pula skarang neh tengah wabak denggi di beberapa kawasan dibawah jagaan pejabat haku. Memang takde life haku dibuat. Masuk kerja kul 8.00 pagi baliknya pukul 9.00 malam! memang penat sampaikan takde masa haku nak berblogwalking dan berblog.
Tapi takpe, haku tetap akan mencuri masa untuk berblog. Mungkin diwaktu malam ataupun dimasa lapang kerana berblogging merupakan hobi haku (walaupun haku xreti nak bercerita.haha). Owh! BTW.. haku nak ucapkan terima kasihlar kepada mereka2 yang sudi menjenguk dan menanti posting terbaru blog Murkiester[dot]com walaupun ia menyepi dengan agak lama. Thanks for your support. So, skarang haku dah kembali dan Murkiester[dot]com pun dah fully publish, jadi haku kembali berblog secara tegar walau haku sibuk dengan tempat kerja baru haku.
p/s: Pejabat haku skarang Pejabat Kesihatan Timur Laut.. hehe
tak terlambat kot nak wish happy new year and happy ponggal =)
Popularity: 2% [?]
haih…. terlupa nak jenguk blog serba baru ni… sebelum ni tgk my link list je…tp dah tak update lak….
besh kan gune wordpress..??? clean and look professional..
btw, aku guna baitulbytes.com.my ….. hu3! tp bukan utk blog r… untuk web sekolah…
[Reply]
Zul Murky Reply:
January 22nd, 2010 at 5:52 pm
yup..wordpress best..lagi mudah sebenarnya dari guna blogspot.. plug and play jer..haha ..apa lagik bro..jom arr tukar eastbullet ke wordpress..hehe
[Reply]