blogger-vs-wordpress

Sekiranya anda membaca entry terdahulu, mungkin sekarang anda sudah berkira – kira untuk berpindah ke WordPress Self Hosting. Bukan haku hendak mengatakan penggunaan Blogspot tidak bagus, haku pun dahulu adalah Blogspot User, tetapi disebabkan beberapa masalah yang timbul semasa haku menggunakan Blogspot, haku beralih ke WordPress Self Hosting kerana menurut info – info yang haku dapat dan juga pengalaman haku sendiri menggunakannya,  Haku dapati WordPress Self Hosting lebih baik daripada Blogspot. Bawah neh antara yang haku nampak setelah sebulan menggunakan WordPress dan haku try bandingkan dengan Blogspot, memang banyak perbezaannya.

Total Control.

Sekiranya anda menggunakan blogspot untuk berblog, chances untuk blog anda di delete oleh Google sangat tinggi terutamanya apabila blog anda di “flag” oleh orang – orang yang dengki dengan anda ataupun blog anda di cop sebagai spammer. Jadi Self Hosted memberi kawalan 100% terhadap blog anda. Cuma anda sahaja yang boleh delete blog anda. Tapi anda kena berhati – hati agar blog anda tidak di hack oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Plugins.

Semasa haku menggunakan blogspot, haku menghabiskan banyak masa meng”edit” html dan theme dari menulis blog. Ini salah satu sebab mengapa haku berpindah ke WordPress Self Hosting. Dengan self hosted WordPress, plugins seperti Twitter, Related Post, Most comment ataupun Threaded Comment dapat dipasang dengan mudah begitu juga dengan theme. Berkonsepkan plug and play, hanya perlu install dan walla! drag ke sidebar dan siap.

Search Engine Optimization (SEO)

Anda klik salah satu tajuk entry anda di Blogspot dan perhatikan ayat pada bar diatas sebelah kiri, mana yang datang dulu tajuk blog anda ke ataupun tajuk entry anda?  dan bandingkan dengan blog WordPress self hosted. Sekiranya anda tidak meletakkan coding SEO, anda boleh lihat perkataan tajuk blog anda berada dihadapan tajuk entry anda. Ini akan menyebabkan content didalam blog anda sukar mendapat tempat yang baik didalam enjin carian Google ataupun Yahoo!. WordPress Self Hosting juga turut menyediakan banyak Plugins untuk membantu SEO dan meningkatkan traffik ke blog anda.  (Rujuk entry SEO untuk info)

Theme

Tidak dinafikan Theme dari Blogspot juga menarik dan cantik. Tapi bagi haku, theme dari WordPress lebih menarik perhatian dan graffiknya juga lebih clean berbanding dengan theme Blogspot. Theme WordPress juga boleh diset mengikut cita rasa anda dengan mudah dan user friendly berbanding dengan Theme Blogspot yang memerlukan kemahiran HTML dan memeningkan! FYI, Mostly Blogspot Theme diubah suai dari Theme WordPress. =)

Polisi dan Copyright

Neh info yang haku dapat,, sebenarnya segala content yang anda tulis bukan lar milik anda, tetapi milik Google. Begitu juga polisi, sekiranya anda menggunakan servis mereka anda terpaksa mematuhi segala polisi yang ditetapkan oleh mereka. Dengan kata lain, mereka boleh men’delete’ akaun anda tanpa memberitahu anda sekiranya mereka tidak suka dengan isi blog anda atau anda melanggar polisi mereka.

Kelihatan lebih profesional

Mungkin anda rasa poyo bukan? (haha) sebenarnya menggunakan WordPress Self Hosting memang akan menyebabkan anda lebih kelihatan profesional berbanding mereka yang menggunakan blogspot. Kepada yang sudah lama berkecimpung menggunakan blogspot, apa lagi, bertukar lar ke self hosting sekarang. =)

Itu antara sebab mengapa haku berubah angin ke WordPress. Bagi yang mempunyai sebab lain, sila nyatakan pendapat anda, mungkin haku tertinggal something dan sekurang – kurangnya kita boleh berkongsi kelebihan WordPress Self Hosting kepada blogger – blogger diluar sana. Kepada mereka yang beri pendapat mereka, haku akan letakkan dibawah hujung entry ini berserta link Blog anda. Haa..kan dah dapat backlink percuma. (haha)

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 4% [?]