Archive for February, 2010
The Book of Eli
10
Bosan dan slow, itulah gambaran yang boleh haku berikan terhadap filem terbaru lakonan Denzel Washington, The Book Of Eli. Dari apa yang haku lihat dengan reaksi penonton filem ini dipawagam tadi, ramai yang mengeluh dan ada juga penonton yang meninggalkan panggung sebelum filem ini habis ditayangkan. Filem ini sebenarnya sudahpun ditayangkan di Amerika Syarikat pada 15 Januari 2010 yang lalu dan baru ditayangkan di Malaysia pada 25 Februari 2010. Walaupun haku berpendapat filem ini membosankan, ia sudahpun mendapat hasil lebih kurang $100 juta Dollar dan mendapat tempat ke – 2 dibelakang filem Avatar pada minggu pertama tayangannya.
Popularity: 4% [?]
Renung – renungkanlah pesanan ini.
10
Salam semua, sempena Maulidur Rasul yang bakal disambut pada 26.02.2010 iaitu hari Jumaat, haku ingin berkongsi kepada anda semua pesanan – pesanan mutiara yang sering kali masuk ke dalam Handphone untuk dijadikan sebagai ingatan dan pedoman kepada kita semua. Aminn.
- Bermula berjalan (menuju) kepada Tuhan adalah dengan menunaikan hak kepada ibubapa dengan sempurna selagi ianya tidak melanggar kehendak Allah dan Rasul.
- Sesungguhnya segala ujian, godaan, gangguan & tentangan itu diizinkan Tuhan, semata – mata mahu melihat kesungguhan dan memantapkan wadah keimanan.
- Awas! Selangkah berjalan mencari keredhaan Tuhan, akan dihalang dengan pelbagai ujian, godaan, gangguan & tentangan. Hanya keikhlasan sahaja menjadi bekalan.
- Semua ilmu yang dipelajari perlu mendapat tunjuk ajar ulama (muktabar). Carilah ulama atau guru yang tidak mempunyai kepentingan DUNIAWI
- Ilmu itu hanyalah panduan. Yang menyemarakan ilmu itu adalah yang mengamalkannya. Ilmu yang dibaca dan diajar SAHAJA tidak bermanfaat andai ia TIDAK DI AMALKAN.
Popularity: 3% [?]
Langkah – langkah yang perlu diambil semasa menghadapi cuaca panas melampau
34Rasanya ramai sudah merasai kesan El Nino atau La Nina ataupun Ne raka yang sedang berlaku di negara kita sekarang. Haku dapat rasakan kepanasan yang berlaku sekarang adalah kepanasan yang paling melampau sepanjang haku hidup 26 tahun diatas planet yang bernama bumi. Mungkin ini pembalasan tuhan terhadap umatnya yang sering melakukan maksiat dan juga pembalasan Bumi terhadap penghuni diatasnya yang sering melakukan kerosakan dan kemusnahan alam sekitar.
Kita lupakan sebentar kesan rumah hijau yang sedang berlaku sekarang ini. Tiada gunanya haku menulis mengenainya kerana pemimpin negara – negara maju tidak pernah mengambil kisah tentang pencemaran yang negara mereka lakukan. Sedangkan protestor – protestor Greenpeace mereka langsung tidak mengambil endahkan apatah lagi haku yang menulis mengutuk mereka kerana menjadi punca utama penipisan ozon di bumi ini.
Entry haku kali ini lebih kepada memberi petua kepada anda dalam menghadapi cuaca panas yang melampau sekarang. Bagi mengelakkan kejadian korban akibat cuaca panas yang sedang berlaku sekarang, jadi haku sarankan anda semua mengambil beberapa langkah penting ini.
Popularity: 6% [?]
Option “Read More” menyusahkan atau anda sengaja yang buat susah?
42
Semalam haku cukup tertarik dengan salah satu topik forum yang dibuat oleh salah seorang ahli Gengblogger.com iaitu topik “Korang suke ke blogger buat “read More kat post”. Haku tertarik dengan topik tersebut kerana ada rupanya blogger yang anti dengan option “read more” neh dan yang paling haku menghairankan, ada yang menyalahkan internet yang lembab untuk mengatakan tidak kepada “read more” sesebuah entry. Ok, sebelum haku bercerita dengan lebih panjang lebih baik haku minta maaf dahulu kalau – kalau entry haku kali ini menimbukan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Bagi mereka yang tidak suka pada option”read more” itu terpulang kepada anda, tetapi option “read more” sebenarnya sangat penting dalam meringankan dan memperkemaskan blog anda.
Seperti yang korang tahu, option “read more” ini memberi peluang kepada blogger untuk meletakkan lebih banyak entry diruangan homepage dengan meminimakan scroll mouse anda disamping MERINGANKAN blog – blog yang mempunyai banyak gambar atau video pada blog mereka. Cuba anda bayangkan blog tanpa option “read more”, dengan entry yang panjang berjela ditambah pula penuh dengan gambar – gambar, seriously haku bagitau memang lambat dan yang paling utama sekali, memang jenuh untuk scroll sampai kebawah semata – mata mahu mencari entry – entry lama dan old page.
Popularity: 3% [?]
Pertandingan Review Blog Isuhangat!
6
Salam kepada pembaca murkiester. Firstly haku hendak ucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua keatas respond yang anda berikan pada entry yang lalu. Haku sebenarnya cukup terkejut dengan sambutan dari anda semua, 55 komen dari readers memang membuatkan haku benar – benar rasa dihargai oleh anda semua kerana entry tersebutlah entry pertama yang pernah haku tulis selama haku berblogging ini mendapat feedback yang cukup ramai dari anda semua. Terima Kasih sekali lagi. Kepada yang menunggu entry sambungan diharapkan bersabar kerana terdapat sedikit masalah pada entry tersebut kerana setelah dibuat preview kelihatan entry tersebut merupakan kontra kepada entry sebelumnya. Jadi disebabkan masalah tersebut, haku terpaksa mengolah semula entry sambungan dengan menambah isu – isu baru, unless kalau anda request untuk haku publishkan juga entry tersebut, haku akan tunaikan.
Berbalik kepada tajuk diatas, semasa haku berjalan – jalan ke blog rakan – rakan lain haku terjumpa satu entry yang menarik minat haku untuk membacanya iaitu entry pertandingan Review Blog Isu Hangat yang dianjurkan oleh author blog terbabit. Jadi setelah haku membaca entry tersebut timbul idea dalam kepala haku untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh tuan punya blog berkenaan. Tujuan utama haku menulis review untuk blog berkenaan bukanlah untuk memenangi contest yang dianjurkan oleh blog tersebut, tetapi untuk menguji tahap penulisan haku sama ada berjaya memikat hati tuan punya blog tersebut ataupun tidak. Soal menang atau kalah itu no 2. FYI kepada anda semua, ini kali pertama haku menyertai contest yang dianjurkan oleh blogger lain. (Rujuk blog isuhangat.net jika ingin menyertai contest ini)
Popularity: 2% [?]


Recent Comments