Murky is On The Way!
Abang, nak ikut..
Pernah tak anda semua mengalami situasi yang awek anda hendak ikut anda ke tempat – tempat untuk anda bersosial bersama rakan – rakan anda err, maksud haku macam menonton bola sepak bersama – sama rakan kat kedai mamak, bersukan(futsal @ badminton), berkaraoke atau lain – lain lagi (Bukan ke clubbing tau) dan kepada si wanita, pernah ke anda mengikut teman lelaki anda bersosial bersama rakan – rakannya? Apa perasaan anda sekirannya teman wanita anda mahu mengikut anda bersosial bersama rakan -rakan anda? adakah anda rasa terkongkong? menyusahkan atau anda tidak kisah?? dan kepada wanita, kenapa anda hendak sangat ikut teman lelaki anda bersosial dengan rakan -rakannya.
Benda ini bukan selalunya terjadi, ada masa – masa tertentu sahaja yang si wanita akan ikut teman lelakinya. Kalau 10 kali temannya mahu pergi bersosial dengan rakan – rakan lelaki, mesti ada satu atau dua kali yang dia akan ikut teman lelakinya.
Biasanya si lelaki kalau hendak bersosial bersama rakan – rakan lakinya, dia sekadar memberitahu teman wanitanya kemana dan dengan siapa dia akan pergi tanpa mempelawa teman wanitanya samada hendak ikut ataupun tidak. Lelaki kalau boleh dia tidak mahu membawa temannya bersama sekirannya dia hendak bersosial bersama rakan – rakannya. Kecuali kalau rakanya ada membawa pasangan atau yang melibatkan pekara – pekara penting, berkemungkinan besar dia akan mengajak teman wanitanya turut serta. Lelaki memang berbeza berbanding dengan wanita. Si wanita, dia suka menunjuk teman lelakinya kepada rakan – rakannya dan kalau bab melayan, mereka akan layan teman lelakinya lebih daripada rakan – rakannya. Tetapi tidak bagi lelaki, sekiranya teman wanitanya ikut serta segala aktiviti teman lelakinya, jangan harap si wanita itu akan mendapat layanan seperti mereka keluar berdua. Lelaki selalunya akan banyak berborak dan menghabiskan masa dengan rakan – rakannya berbanding teman wanitanya dan sekali – sekala sahaja dia akan bersembang dengan teman wanitanya.
Disini kita boleh lihat segala mimik muka dan gaya yang dibuat oleh seorang wanita bila rasa dia seperi dipinggirkan oleh teman lelakinya. Ada bermain Handphone (mungkin dia SMS rakannya yang dia nyesal ikut teman lelakinya keluar..haha), ada yang buat – buat menguap dan ada juga membuat mimik senyum kambing pada wajah mereka (haha) dan macam – macam lagi. Mungkin kerana mereka bosan ataupun menunjukan tanda protest kepada teman lelakinya kerana dipinggir.
Lelaki sebenarnya langsung tidak kisah sekirannya teman wanitanya mahu mengikut dia bersosial bersama rakan – rakannya. Malah mereka rasa teruja jika teman wanitanya mahu mengikut mereka, cuma kadang – kadang saja mereka terpaksa menolak permintaan teman wanitanya dengan bersebab. Cuma jangan terlalu kerap si wanita itu mengikut teman lelakinya kerana takut mereka akan mengganggap anda cuba mengongkong kebebasannya life dia. Tetapi, kalau kebanyakkan rakan – rakannya adalah wanita anda berhak untuk mengongkong mereka tetapi jika rakan – rakannya lelaki apa salahnya berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Sekurang – kurangnya dia dapat spend sedikit masa bersama kliknya.
Cuma kepada si wanita anda jangan tersinggung kalau sometime dia menolak permintaan anda. Mungkin dia rasakan anda terlalu kerap mengikut dia ataupun si dia mahu menggelakkan anda merasa bosan sekirannya anda mengikut si dia . Sebagai contoh sekirannya anda ikut dia keluar bersama rakannya untuk bermain futsal. Mungkin disebabkan dia tidak mahu anda kelihatan seperti pak guard atau patung di tempat futsal dia terpaksa menolak permintaan ada Lagipun, mahukah anda duduk tercongok di gelanggang futsal selama dua jam tanpa berbuat apa – apa? Dan kepada si lelaki, jangan anggap ia sebagai menyusahkan, mungkin si dia mahu mengenali rakan – rakan dan apa aktiviti anda sekiranya anda bersama klik anda. Sekurang – kurangnya ini dapat mengelakkan rasa curiga didalam diri si dia terhadap anda selepas dia mengentahui siapa dan apa aktiviti anda lakukan bersama rakan – rakan anda.
Jadi, soal suka atau tidak itu terpulang kepada masing – masing. Rasanya ramai diantara kita pernah diikut atau mengikut teman masing – masing bertemu rakan – rakan mereka. Dan macam – macm pengalaman yang pernah anda semua rasai. Ada yang telah mengenali terus rakan – rakan teman anda malah ada yang tidak mahu mengikut teman anda terus buat kali kedua samaada diajak ataupun tidak setelah merasai kebosanan atau “tidak boleh masuk” dengan rakan – rakan pasangan anda. Tapi apa yang pasti, sekirannya anda terjumpa kumpulan lelaki sedang hangout di Mall atau di gelanggang futsal misalanya pasti ada seorang gadis disitu yang sedang memantau teman lelakinya. Hehe..
p/s: tidak pasti samada lelaki pun sama dalam hal ini? apakata para gadis berkongsi dengan kami..haha
Popularity: 5% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on February 13, 2010 at 8:26 pm, and is filed under Murky lifestyle. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

