Tahniah kepada Azrai Khor dan terima kasih kepada FAM kerana masih mengambil berat terhadap nasib Harimau Muda.  Hari ini dibahagian sukan akhbar arus perdana mengumumkan yang skuad Harimau Muda bakal menyertai Liga Divisyen 1 Bawah 21 Tahun di Slovakia.  Keputusan yang dibuat hasil daripada mesyuarat Exco FAM semalam jelas memberikan khabar gembira kepada skuad Harimau Muda terutamanya kepada Coach Azrai. Jika sebelum ini coach Azrai melahirkan kebimbangan terhadap nasib anak buahnya yang gagal mendapat tempat di dalam Liga Super dan Liga Singapura, kini beliau boleh merangka strategi bagi menghadapi perlawanan yang bakal mereka tempuhi di Slovakia nanti dan seterusnya memantapkan skuad Harimau Muda.

Bagi Azrai, kegagalan mendapat tempat didalam Liga Super dan Liga – S merupakan satu hikmah kepada skuad beliau. Beliau memang  tidak menjangkakan yang para pemainnya akan diberi pendedahan di luar negara.

‘‘Saya langsung tidak menjangka skuad Harimau Muda akan dihantar bermain di luar negara.

‘‘Mungkin ini hikmah setelah apa yang kami lalui sejak sekian lama, termasuk gagal beraksi di Liga Super dan Liga Singapura.

‘‘Keputusan FAM ini merupakan tindakan bijak demi masa depan skuad ini,’’

– Azrai Khor Abdullah

Skuad Harimau Muda bakal berentap dengan 6 lagi pasukan didalam Liga divisyen 1 Bawah 21 Slovakia dengan mengharungi kesemua 14 perlawanan liga bermula 27 Februari ini. Selain itu juga, Skuad Harimau Muda A bakal mengadakan 3 perlawanan persahabatan di sana dan juga akan  akan menyertai Piala Presiden Amerika Syarikat atau lebih dikenali dengan Piala Obama bersama  – sama Ghana, Kenya dan Puerto Rico pada bulan Mei ini di Michigan, Amerika Syarikat.

Menurut Timbalan Presiden FAM , pemilihan Slovakia sebagai tempat pendedahan kepada skuad ini disebabkan Slovakia merupakan antara negara yang memiliki kemudahan terbaik sukan bola sepak di Eropah.

Dengan selesainya kemelut yang dihadapi oleh skuad Harimau Muda, sekarang coach Azrai boleh menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap skuadnya dalam mempersiapkan mereka menghadapi Sukan SEA akan datang di Indonesia dan seterusnya mempertahankan emas yang dimenangi oleh skuad sebelum ini.  Dan buat para pemain, diharap peluang ini dapat digunakan sepenuhnya bagi memantapkan mutu permainan anda dan jangan gunakan kesempatan ini untuk sekadar makan angin disana. Mana tahu, dengan prestasi terbaik yang anda tonjolkan, mungkin akan menambat hati kelab – kelab disana untuk mengambil anda bermain bagi kelab mereka.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 7% [?]