Hari ini sebuah akhbar tanah air memaparkan berita dimuka hadapan bertajuk “Tun Mahathir paling ramai diminati”. Diminati dimana? sudah tentu di Laman Facebook malah popularitinya di Facebook mengalahkan Celebriti – celebriti lain seperti Yuna & Farah Fauzana malah Dato Seri Najib Tun Razak juga tidak mampu mengatasi populariti Tun Mahathir. Nampaknya bukan rakyat biasa dan artis tanah air sahaja yang menggunakan Facebook, malah ahli politik juga tidak melepaskan peluang untuk ber “Facebook”. Ini menunjukkan laman sosial tersebut mempunyai pengaruh yang cukup meluas dikalangan masyarkat Malaysia. Mana tidaknya, menurut kajian, hampir 3.5 juta rakyat Malaysia memiliki akaun Facebook, ini termasuk pensyarah – pensyarah, artis – artis, ahli – ahli politk, jabatan – jabatan kerajaan dan juga haku (hehe).Ini menjadikan Facebook merupakan jaringan laman sosial no. 1 di Malaysia.

Facebook yang mula diperkenalkan oleh Mark Zuckerberg pada 4 Februari 2004 telah memiliki hampir 350 juta pengguna dari seluruh dunia. Ini bermakna, 1% daripada pengguna Facebook adalah rakyat Malaysia. Dan menurut Compete.com, Facebook telah mengalahkan pesaing laman sosial mereka itu Myspace dan Twitter.

Umum kita tahu, kelebihan Facebook berbanding laman – laman sosial yang lain ialah fungsi dan skopnya yang meluas. Disamping paparannya yang kemas dan teratur menyumbang kepada kelebihan Facebook berbanding laman sosial yang lain. Malah aplikasi – aplikasi menarik yang terdapat didalam Facebook  juga telah menyebabkan Facebook meninggalkan jauh pesaing – pesaing laman sosial mereka.

Cuma entry yang haku tulis kali ini bukan mahu membincangkan kelebihan Facebook. Haku rasa ramai diantara kita sudah tahu kepentingan Facebook dalam kehidupan kita seharian, cuma apa yang haku ingin kupaskan ialah kesan negatif yang timbul akibat daripada penggunaan laman sosial ini.

Baru – baru ini kita dikejutkan dengan beberapa pengguna yang mengeluarkan kenyataan – kenyataan kontroversi di ruangan “shoutbox” Facebook dan salah seorang daripada pengguna tersebut telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa akibat daripada kenyataannya panas yang dikeluarkan oleh beliau yang dikatakan boleh memberi ancaman kepada keharmonian negara. Kenyataan beliau di Facebook yang berunsur ancaman itu telah menyebabkan beliau didakwa dimahkamah. Malah beberapa pengguna lain yang telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman dan mengganggu sensitiviti agama di laman Facebook juga telah menerima kecaman ramai pihak sehinggakan mereka tidak putus – putus memohon maaf akibat daripada perbuatan mereka. Ini menunjukkan salah satu kesan negatif yang timbul akibat daripada penggunaan Facebook iaitu berkemungkinan menganggu sensitivi kaum, agama dan individu dinegara ini akibat kenyataan di shoutbox. (rujuk entry ini untuk mengentahui lebih lanjut)

Selain itu juga, ia boleh digunakan oleh sesetengah pihak untuk menjatuhkan reputasi seseorang dengan mencipta akaun khas bagi digunakan untuk tujuan sebegitu. Antara artis yang telah menjadi mangsa penyalahgunaan ini adalah Fasha Sandha, Memey Suhaiza, Norman Hakim dan Linda Onn dimana terdapat group – group yang dibuat semata – mata mahu mengumpul pembenci artis – artis ini.  (p/s: haku pun xsuka Linda Onn .. Haha). Parti – parti politik juga tidak ketinggalan menerima kesan negatif Facebook. Sekirannya anda rajin mencari didalam Facebook mengenai group – group parti politik pasti anda akan terjumpa group yang membenci parti – parti politik samada BN atau pun Pakatan Rakyat.  Contoh group yang haku maksudkan tadi ialah Group “Aku Benci UMNO dan BN” dan juga group “How Many People on Facebook Hate PR (Pakatan Reban) and Suport  BN?“. Bukan hendak membantah atau menyokong tindakan mereka ini, tetapi ini menunjukkan salah satu kesan negatif Facebook kepada semua. Mungkin tujuan penubuhan group – group seperti itu ada kebaikannya dan mungkin juga ada keburukkannya.  Tapi selalunya banyak keburukan yang timbul, contoh, sekirannya apa yang dipaparkan didalam group tersebut ada yang tidak benar, secara tidak langsung ia akan menyebabkan fitnah atau lebih teruk lagi huru hara.

Kepada gadis – gadis yang menggunakan Facebook, Awas sekirannya anda tidak mahu menjadi seperti Bunga Cinta Lestari dimana gambar – gambar seksinya dimuat turun Facebook dan dipaparkan di tempat lain malah ada sesetengah pihak yang menggunakannya demi kepentingan peribadi mereka. Oleh itu, sekiranya anda tidak mahu gambar anda berada dilaman – laman Youtube atau di laman – laman lain, pastikan anda berhati – hati dalam memilih gambar dan jangan memilih gambar yang terlampau seksis untuk di “upload” kerana khuatir akan disalahgunakan. Lagipun gambar – gambar para gadis paling cenderung untuk dicuri berbanding gambar – gambar lelaki.

Masa

Ok, satu soalan untuk anda semua, berapa lamakah anda menghabiskan masa mengadap Facebook? 1 jam?, 2 jam?,3 jam? atau 4 jam?! jika purata anda menghabiskan masa selama 1 jam secara purata dalam satu hari untuk bermain Facebook anda dikira normal tetapi sekiranya anda menghabiskan masa sekurang – sekurangnya selama 4 jam dalam satu hari untuk bermain Facebook anda berada dalam kumpulan ketagih! Statement ini bukan dari mulut atau kepala hotak haku, tetapi dari akal fikiran seorang pensyarah UPM, Prof. Madya Dr. Siti Zobedah Omar (Ketua Jabatan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi). Menurut beliau, jika seseorang yang melayari Facebook lebih empat jam boleh dikategorikan sebagai kumpulan ketagih. Faktor – faktor seperti aplikasi game, chatting dan berbalas – balas komen di ruangan Facebook adalah penyumbang kepada tempoh seseorang itu mengadap Facebook. Semakin banyak game yang mereka main didalam Facebook dan semakin banyak komen – komen mereka balas bermakna semakin lama tempoh masa mereka bermain Facebook. (haha). Kecenderungan mengadap Facebook terlalu lama lebih – lebih lagi di pejabat atau di kelas dikhuatiri akan menganggu prestasi kerja atau pembelajaran seseorang disebabkan terlalu leka melayan Facebook. Selain itu, khidmat Facebooking yang ditawarkan oleh syarikat – syarikat Telco seperti Celcom turut menyumbang kepada pembaziran masa dan juga wang semata – mata mahu mahu membalas komen di Facebook.

Apa pun kesan negatif Facebook, ia masih lagi menjadi pilihan majoriti pengemar laman sosial tersebut. Cuma kebijaksanaan pengguna sahaja dapat menangkis kesan -  kesan negatif yang mungkin timbul dari penggunaan laman tersebut. Nasihat dari seorang rakan, gunakan Facebook sebaik mungkin, biar ia digunakan untuk kita, bukan kita digunakan oleh dia dan kita kena beringat, Facebook adalah ciptaan kaum Yahudi dan tujuan kaum yahudi mencipta benda ini adalah untuk melalaikan kita, jadi be smart menggunakan laman sosial ini, banyak juga kelebihan Facebook sebenar, jadi gunakan kelebihan tersebut sebaik mungkin. Seperti mem”promot” blog kita kepada pengguna – pengguna Facebook yang lain(haha!)

Malaysia Web Hosting
Malaysia Web Hosting
Denaihati.com
Dapatwang.com




Related Posts with Thumbnails

Popularity: 13% [?]

  • Share/Bookmark