Murky is On The Way!
Option “Read More” menyusahkan atau anda sengaja yang buat susah?
Semalam haku cukup tertarik dengan salah satu topik forum yang dibuat oleh salah seorang ahli Gengblogger.com iaitu topik “Korang suke ke blogger buat “read More kat post”. Haku tertarik dengan topik tersebut kerana ada rupanya blogger yang anti dengan option “read more” neh dan yang paling haku menghairankan, ada yang menyalahkan internet yang lembab untuk mengatakan tidak kepada “read more” sesebuah entry. Ok, sebelum haku bercerita dengan lebih panjang lebih baik haku minta maaf dahulu kalau – kalau entry haku kali ini menimbukan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Bagi mereka yang tidak suka pada option”read more” itu terpulang kepada anda, tetapi option “read more” sebenarnya sangat penting dalam meringankan dan memperkemaskan blog anda.
Seperti yang korang tahu, option “read more” ini memberi peluang kepada blogger untuk meletakkan lebih banyak entry diruangan homepage dengan meminimakan scroll mouse anda disamping MERINGANKAN blog – blog yang mempunyai banyak gambar atau video pada blog mereka. Cuba anda bayangkan blog tanpa option “read more”, dengan entry yang panjang berjela ditambah pula penuh dengan gambar – gambar, seriously haku bagitau memang lambat dan yang paling utama sekali, memang jenuh untuk scroll sampai kebawah semata – mata mahu mencari entry – entry lama dan old page.
Kalau anda memberi alasan internet lembab, kenapa anda menyalahkan option “read more”? pernahkah anda mengambil kira keadaan blog tersebut sebelum menyalahkan option tersebut? adakah anda tengok berapa banyak widget yang terdapat dalam blog tersebut? Okeh, anda mungkin akan berkata “buanglah widget – widget tue kalau hendak meringankan blog” Betul, kalau buang widget yang terdapat pada blog memang akan meringankan blog, tetapi bagaimana kalau blog tersebut penuh dengan gambar – gambar? Inilah salah satu kepentingan “read more”, menyimpan benda – benda yang berpotensi melembabkan blog dari melonggokkannya dalam satu tempat. Jadi alasan internet lembab memang tidak releven kerana sepanjang haku berblog, haku juga mengalami masalah internet lembat, tapi apa haku buat, haku just klik then tunggu, sambil tunggu haku akan baca blog blogger lain. Lagipun kalau satu blog sahaja anda yang anda buka, masalah untuk menunggu tidak akan timbul melainkan anda buka bertab – tab blog. Jangan kata yang ada read more saja lembab, yang tak ada read more pun akan lembab.
Alasan malas hendak klik – klik paling haku tak boleh terima sama sekali. Ok katakan blogger sesebuah blog meletakkan satu entry tanpa option “read more”, mesti anda akan klik pada entry tersebut sekiranya anda mahu memberi komen pada entry yang anda baca tadi. Jadi sama juga kalau anda terpaksa klik button “read more” untuk membaca sambungan entry tersebut malah tidak perlu lagi untuk klik semata – mata mahu memberi komen pada blog tersebut kerana dihujung entry tersebut sudah tersedia ruangan untuk dikomen. Cuba anda kira berapa klik yang perlu anda buat terhadap satu entry? 1 kali bukan? Lagipun bukannya anda tidak boleh klik “open link with new tab” just point cursor ke tajuk entry then klik “open link with new tab” habis cerita. Lainlah anda jenis tak suka mengomen entry orang lain (haha).
Apa yang haku tulis ini semua berdasarkan pengalaman haku berjalan ko blog anda semua. Ada blog yang meletakkan “readmore” ada juga yang tiada tapi haku dapati kelebihan pada blog yang letak option “read more” kerana dalam homepage dia saja haku boleh lihat 10 entry jika hendak dibandingkan blog tanpa readmore. Blog tanpa “read more” agak terhad untuk membaca entry – entry lama diorang dan kalau mereka letak 5 entry saja, anda tengok berapa lama hompage dia hendak fully loading, silap – silap sedang anda membaca entry tersebut anda akan perasan entrynya akan ternaik – naik kerana pagenya baru habis loading gambar – gambar yang terdapat dalam entry tersebut. Mungkin ramai akan berkata apa gunanya ada application linkwith. Ceh! application linkwith tue lebih kurang sama ja dengan application read more dan recent post sebabnya anda terpaksa klik juga untuk baca entry yang lain.
So bagi haku, haku tidak pernah menganggap blog yang ada read more atau tidak sebagai satu masalah, haku tetap akan membaca blog tersebut kalau entry – entry yang dikeluarkan oleh bloger terbabit menarik. Haku juga mengalami masalah internet slow tapi tak pernah guna alasan itu untuk mengatakan option “read more” ini menyusahkan dan seterusnya malas membaca entry blogger lain, bagi haku benda tersebut tidak termasuk dalam option list haku untuk memangkah blog orang lain. Asalkan blog dia menarik dan tidak terlalu berat haku tetap akan membaca dan juga KLIK READ MORE kalau blog tersebut mempunyai option tersebut bukan memangkahnya.
p/s: Problem option “read more” sebenarnya akan menyebabkan error kerana sidebar akan turun kebawah entry itu saja, sebab itu ramai blogger yang menggunakan blogspot tidak suka menggunakan option “read more” sebab haku sendiri pernah alami problem tersebut.
Popularity: 3% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on February 24, 2010 at 1:19 pm, and is filed under blog. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |


about 1 year ago
Setahu aku la, option “read more” ni memang untuk mempercepatkan loading muka utama. Dan mudah untuk memilih entri yang nak dibaca. ke aku salah ? hahaha….
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 24th, 2010 at 5:32 pm
haha..betul lar tu bro..
[Reply]
about 1 year ago
org yg x buat read more x yakin entry diorg cukup menarik untuk blogger2 lain klik read more n baca smpai habis kot..terpikir gak nk buat read more ni tapi x reti..
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 24th, 2010 at 8:53 pm
tatau lar zara.. tp bagi sy, sy buat read more membolehkan homepage saya memaparkan banyak entry so, readers boleh membuat pilihan untuk memilih entry mana yg diorg hendak baca..nak tgk recent post boleh, tapi readers nak tahu juga permulaan cerita sesebuah entry, menarik ke tak sebab kadang2 readers tak tertarik langsung dengan tajuk entry.. huhuu
p/s: untuk blogspot akan terjadi error kalau tak tahu hendak manipulate coding html dia sebab kalau ia boleh menyebabkan sidebar jatuh dibawah entry kalau xubah coding dia.. jadi ambil masa yg lama sedikit kalau nk buat read more kat blogspot.
[Reply]
about 1 year ago
aku try gak wat read more tp tak jd hehehe
pd aku lg bagus wat full artikel trus coz lg mudah nak baca, nak klik read more tu mau makan masa nak load, trus putus nafsu nk baca…nak lagi kelajuan internet kat malaya ni superb gile babi lembab heh
aku wat pngakuan jujur ni kat ang coz slalu jd camni r ble aku baca posting ang neh hahahaha…
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 24th, 2010 at 8:48 pm
kat blogspot nak buat read more akan jadi problem..hehe.. tue terpulang pada masing2 cuma ada pihak memandang rendah pengunaan option tue..hehe
[Reply]
about 1 year ago
read more akan lebih sesuai jika entri tu bnyk gambar, so kadar load untuk homepage akan dpt disegerakan..
selain itu, kadang2 ade jugak yg tak bape reti nak buat read more, so biler dye try buat, akan menjurus pada error yg lain.. kecualilah anda menggunakkan wordpress.org, kerana fungsi readmore tersedia dan hanya dapat dgunkan dgn satu klik…
http://eastbullet.alumnisegakl.com
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 24th, 2010 at 8:56 pm
yup..read more di blogspot akan terdapat error.. betul apa ko cakap tue east ..sbb tue photo blog mengunakan read more supaya dapat menyegerakan loading blog mereka ..gege
[Reply]
about 1 year ago
terima kasih atas entri ini murky, akak setuju dengan semua benda yg murky cakap, kalau ada blogger2 lain buat read more tu akak mmg akan klik, ttg loading slow tu tak pasti pulak, rasa sama je, bergantung kepada berapa byk tab kite bukak mcm murky cakap tu.
jelesnye .com buat read more sidebar tak berubah, mmg kelasss gtuu..
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 25th, 2010 at 1:41 am
hehe..sama2 sis.. bukan .com sis.. kalau pakai blogspot ber [dot]com pun still jadi mcm tue, WP je x..blogspot mmg ada error tue dari dulu lg..bila tah diorng nk fix menda tu..huhu
[Reply]
about 1 year ago
salam,
btul tu bro jenuh nk skrol cari entri2 lama kalau x pkai readmore…lagi2 yg jenis tulis panjang berjela..
kalau ade readmore at least bila pengunjung bukak, besar la sikit chance pengunjung nk tinggalkn komen..
daripada letak kt page depan sume, orang abis baca trus blah…
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 25th, 2010 at 1:22 am
tau xpe bro .. benda tue bukan menyusahkan ..
[Reply]
about 1 year ago
he he he….topik hangat ni..kadang2 orang yang pertikaian bab loading ni faham ke tak sebab2 time loading yang lama…read more tu berfungsi utk bagi main page blog di buka dgn lebih cepat dari tiada read more…tetapi yang dipertikaikan adalah NAK BACA, bukan nak tinggalkan komen.
Di sinilah kita akan tahu qualiti visitor yang datang .
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 25th, 2010 at 1:28 am
hehe.. yup ..hendak seribu daya, tanak seribu dalih.. huhuu
[Reply]
Kujie Reply:
February 25th, 2010 at 8:24 am
maksudnya…. berilah alasan yang logik
kalau sebab loading time..salah tu..letak read more lagi cepat loading time..
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 25th, 2010 at 12:31 pm
huhuu..kak jie punya ayat..penuh kiasan ..huhuuuu
about 1 year ago
gue xkisah….
itu hak inividu masing2…
tapi kalau ada read more…
lebih baik…
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 25th, 2010 at 1:30 am
betul tue..semua tue hak masing2, tapi jgn jadikan alasan untuk takmau baca entry.. kalau xmo baca ckp je xmau.. hehehe
[Reply]
imran Reply:
February 25th, 2010 at 12:08 pm
Kesimpulan paling bernas
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 25th, 2010 at 4:36 pm
hehe.. bernas ke pedas ?? huhu
about 1 year ago
aku da try cri kd2 2…xjmpe gak..
las2 mls dah…
sape yg taw..gtaw la aku ye…
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 25th, 2010 at 1:34 am
cari apa bro?? solution read more error ker?? kalau nk solution dia, bleh klik sini..khas untuk blogspot user..
[Reply]
about 1 year ago
aku ingat ko tak setuju ngan read more
rupa rupanya kita sependapat…
Dia memang memudahkan untuk page load dgn pantas…
read more memang kene guna..sebab…apa…sekali skroll jer korang dapat tengok beberapa entri…so mudah…berbanding ko nak scroll ke bawah tu tak kira lagi blogger yang mood menaip tinggi….buat nya di taip nya 1000 patah perkataan + gambar + video …memang semak la memang jem la pasal ber “kb kb” nak lalu
Ohh ye ..tu tak kira widget lagi..pantang aku jumpa blog ada lagu nie…aku rasa tuan tanah pun tahu dan pernah baca article pasal..”jgn mainkan lagu dekat komputer org” kalau ko bagi option untuk play ke ok gak..ni tetahu jer auto-play lagu tu memang aku pangkah….
Widget…seelok elok nya …letak yang perlu jer la..dan jangan terlampau banyak..esspecially “skrip jawo” ..lambat nak load…
Ok Tuan tanah…terima kasih singgah blog saya…ok wa gerak dulu…Assalamualaikum.
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 25th, 2010 at 12:29 pm
wsalam bro.
tau xpe bro..haku peliklah ngan diorang neh ..takkan lar dengan mende2 tu pun nak dijadikan isu..tak patut btl..patutnya benda2 yg mcm bro ckp tue spt audio & widget, tu yg patut jadi isu sbb benda tue memberi kesan kepada readers dan tuan punya blog..
pepehal pun thanks juga sebab sudi tinggalkan komen kat sini..sgt menghargainya..hehe..
p/s: skrip jawo tue skrip ape??? huhuu
[Reply]
about 1 year ago
readmore kan lagi kasi suspen kepada reader… so kena baca full…
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 25th, 2010 at 12:24 pm
hehe..betul2 ..suspen baru syiok nk baca entry..hehe
[Reply]
about 1 year ago
Sebelum ini saya tidak menggunakan fungsi read more, tetapi kemudian ditegur oleh pembaca supaya menggunakannya.
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 25th, 2010 at 4:35 pm
oho..ye ke bro?? sbb ape ek dia tegur??
[Reply]
about 1 year ago
yeahh…menyokong pendapat encik murkiester..
penggunaan readmore sememangnya mempunyai banyak faedah. =)
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 25th, 2010 at 8:42 pm
Tq areev
[Reply]
about 1 year ago
tak kisah sesuatu blog ada readmore atau tidak.
yg penting kualiti entri.
eh tapi blogspot camna nak buat readmore?
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 2nd, 2010 at 11:08 am
betul tue bro..entry yg paling penting sekali..
dia ada option readmore..tapi blogspot ada problem sket dengan option tue..wan bleh rujuk sini tgk mcmana nk overcome problem tue..hehe
http://www.murkiester.com/Blog/2009/11/read-more-error-blogger-jump-break-error.html
[Reply]
about 1 year ago
secara jujurnya dulu masa aku guna blogspot, aku anti gile sape2 yg guna read more ni tanpa aku tahu kepentingannya. sebab aku malas nak klik bukan sebab lambat nak load. lagi satu dalam fikiran aku, bila ada read more, mesti artikel dia panjang bjela. tu aku malas tekan tu. sekarang ni bila dah tahu n kelebihan2 read more, aku pun dah guna read more untuk entri2 aku ni.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 2nd, 2010 at 11:10 am
hehe..bagus bro..atleast dpt jimatkan space untuk entry2 kita.. tapi bagi haku ada ke xde, yg penting entry dia..hehe
[Reply]
about 1 year ago
Salam… Topik ni aku ada post kat blog aku. Sbb aku ada terbaca beberapa blog yang mengatakan fungsi “read more” ni menyusahkan.
Sudi2la ko tgk bidasan aku tentang topik ni. Good point, zul….
.-= Airiel Kayz´s last blog ..Template Premium: The Antagonist =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 8th, 2010 at 4:31 pm
wsalam bro..
1stly selamat datang n tq sudi komen kat blog neh ..hehe
and tq sekali lagi.. haku bukan apa bro..dah jelak sangat dengan cerita2 diorng memburukkan menda alah neh.. mcm2 alasan diorg beri..alasan tenet lembab la dan yg paling taktahan sekali bagi alasan malas nk klik.. ajak main klik2 iklan rajin plak.. hehe.. so haku buat entry pasal menda neh untuk bidas balik point2 diorang mcm entry yang bro buat tue.. bg diorg sedar sket kepentingan benda neh ..
[Reply]
about 1 year ago
berhari hari dok belajar buat ‘read more’ adeh…tgk blok jugak…kadang2 mmg patut dia letak read more…kadang2 tak payah pun takpe
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 22nd, 2010 at 2:09 am
blogspot susah nk buat read more ..sbb akan jadi error.. tapi tak tahu lar sekarang mcmana..terpulang kepada masing2 ..siapa pentingkan page view boleh ler letak read more =)
[Reply]
about 1 year ago
kalo x nak tekan kat read more tu… tekan jerr kat tajuk entri… x nyusahkn pun….
princesseryna´s last [type] ..NAK TUKAR TAKSTICKY NOTE
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 2nd, 2010 at 5:05 pm
betul tue … senang je dgn satu klik ..
[Reply]
about 1 year ago
Betul tu bro . . . Read more buat blog kita nampak kemas sikit
Isma´s last [type] ..3 perisian untuk membuat Unfollow
[Reply]
Zul Murky Reply:
November 27th, 2010 at 8:53 pm
tepat sekali..dah banyak post yg boleh dipaparkan di homepage
[Reply]