Murky is On The Way!
Part 1: Jenis – jenis blog yang seronok untuk dikunjungi
Sudah 3 hari haku tidak membuat entry terbaru. Bukan ketiadaan idea, tetapi kesuntukan masa dan kepenatan berkerja menghalang haku untuk menulis entry yang sebenarnya sudah lama haku pendam. Sebenarnya, haku memerlukan masa yang cukup lapang sekirannya mahu membuat satu – satu entry, at least 1 atau 2 jam haku perlukan untuk membuat satu entry. Jadi dalam masa 3 hari ini haku cuma mampu untuk berblogwalking dan membaca entry kawan – kawan sekirannya haku dapat mencuri masa.
Ok, berbalik kepada tajuk entry haku ini, seperti mana yang haku karutkan di permulaan entry diatas haku mengatakan yang haku akan berblogwalking dan membaca entry – entry disetiap blog yang haku singgah dan dalam masa yang sama akan meninggalkan komen diblog terbabit, tetapi bukan semua blog yang akan aku berhenti dalam jangka masa yang cukup lama, hanya beberapa blog saja yang haku akan betul – betul berenti semata – mata mahu membaca setiap entry terbaru atau lama yang terdapat pada blog mereka. Ini menujukkan bahawa haku seronok berada diblog mereka dan membaca entry – entry pada blog mereka.
Mesti anda semua tertanya – tanya apa kriteria yang menyebabkan haku akan berenti pada blog mereka semata – mata untuk membaca entry yang mereka keluarkan. Yang pertama sudah tentu isi dan huraian yang menarik dan berkualiti pada entry mereka. Kriteria ini memang jarang haku jumpa pada mana – mana blog sepanjang haku berblogwalking. Jujur haku cakapkan, dalam 100 blog yang haku lawat, 10 sahaja yang menghasilkan entry yang berkualiti dan yang paling penting sekali ASLI. Tidak kiralah blog dia memberi info kepada readers ke, entry peribadi ke ataupun entry pasal gosip artis, tetapi sekiranya isi pada entry tersebut sangat menarik dan berkualiti memang akan haku stop pada blog mereka dan lebih best lagi haku akan komen sebagai tanda entry beliau memang menarik!.
Satu lagi kriteria yang yang menyumbang kepada faktor untuk haku membaca blog – blog mantap ini ialah gaya penulisan author blog tersebut. Gaya penulisan yang bersahaja, kemas, stright to the point dan mempunyai huraian yang lengkap antara faktor haku untuk membaca blog mereka ini. Mereka ini bijak menggunakan gaya penulisan mereka untuk memastikan readers terus membaca setiap patah perkataan yang mereka tulis dan mereka juga sedaya upaya memastikan setiap ayat yang mereka tulis still on track dengan tajuk entry mereka. Bagi haku, walaupun terdapat entry yang mereka tulis itu panjang, tapi sekirannya gaya penulisan mereka tip top, haku akan membaca setiap inci perkataan yang mereka tulis.
Suasana blog juga penting bagi haku untuk membaca entry – entry pada setiap blog yang haku lawati. Layout yang menarik, simple dan tidak penuh dengan widget adalah salah satu faktor untuk haku membaca entry pada blog kerana blog yang simpe dan tidak dipenuhi widget dikiri dan kanan sidebar memudahkan haku untuk membaca blog berkenaan. Haku pernah terjumpa satu blog ini, blog tersebut memang penuh dengan entry – entry yang menarik dan berinformasi, tetapi sayang, suasana blog berkenaan sangat berserabut dan dipenuhi dengan widget – widget yang tidak berguna pada blog beliau. Ini secara tidak langsung akan mengganggu tumpuan haku untuk membaca blog tersebut, jadi kesudahannya haku terpaksa membaca blog tersebut dengan sekali lalu sahaja.
Haku paling suka sekali dengan author yang friendly dan tak berlagak. So far, haku tidak pernah lagi terjumpa author – author blog yang bongkak. Kesemuanya friendly belaka dan haku senang dengan layanan yang mereka beri kepada readers mereka. Jadi dalam usaha untuk maintain readers ke sesebuah blog, layanan 5 stars patut diberikan oleh author kepada pembaca mereka dan kalau boleh jangan ada sifat pilih kasih diantara readers. Bila author blog berkenaan dapat menambat hati readers, secara tidak langsung readers akan berkunjung ke blog mereka buat kali ke- 2, ke 3 dan seterusnya.
Bagi blog – blog peribadi, haku suka kalau blog tersebut ada meletakkan gambar – gambar pada blog mereka. Maksud haku, gambar yang diletakkan mestilah kena dengan tajuk pada entry yang mereka buat bukan gambar sedang mengedik (haha). Ini sekurang – kurangnya boleh memberi gambaran kepada kepada readers tentang apa yang dibaca oleh mereka, contohnya anda bercerita yang anda bercuti Pulau Redang, jadi gambar – gambar sangat penting supaya readers turut dapat merasakan keseronokan anda bercuti.
Jadi kepada anda semua, perhatikan blog – blog popular yang anda kunjungi, ada tak point – point yang haku nyatakan diatas terdapat dalam blog – blog berkenaan. Mesti ada bukan? bukan haku hendak memberitahu kepada anda semua bahawa sekiranya ingin menjadi seperti mereka, follow tips yang haku beri, bukaann. Tetapi semua diatas adalah dari pemerhatian haku terhadap blog – blog popular ini dan terus terang haku cakap, keseronokan melawat blog mereka bukan dibuat – buat, tetapi ikhlas. Haku sentiasa menunggu entry – entry terbaru yang mereka keluarkan dan haku juga menganggap mereka semua sebagai contoh supaya blog haku juga boleh menjadi seperti mereka. Haku juga perhati dan kaji setiap blog yang haku lawat dan haku lihat, hanya beberapa blog saja yang boleh haku anggap sebagai “blog”, selebihnya tak ubah seperti “Myspace” dan laman – laman web seperti “MyspaceMoney” jadi, bila haku lawat blog – blog sebegitu, rasa seperti tidak seronok, apa yang selalu haku buat? just say hi then chow..
(smbg)
Popularity: 12% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on February 19, 2010 at 1:52 am, and is filed under blog. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No trackbacks yet.
Ranking Alexa ku jatuh umpama nangka busuk
about 1 year ago - 12 comments
Salam kepada bloggers yang setia mengunjungi blog yang semakin tidak hensem ini. Setelah sepuluh hari tidak menghiraukan blog ini, haku kembali untuk menulis walaupun masa tidak mengizinkan. Sebenarnya haku mencuri sedikit masa tidurku untuk menulis sepatah dua tulisan (yang sebenarnya berpatah – patah) diblog ini kerana rindu untuk menulis. Agak sedih sebenarnya apabila melihat blog…
Antara Blogger, Photographer, Worker dan studerr?
about 1 year ago - 19 comments
Salam hari sabtu kepada bloggers – bloggers dan orang awam yang tengah bercuti sekarang. Wah! best betul korang mengeliat baru bangun dari tidur ya, jeles haku kerana terpaksa bangun awal pagi untuk ke tempat kerja (huhuu). Tak pe, rezeki, takde kerja takde duit, takde duit tak boleh enjoy, eh!?. (haha). Hari neh haku saja –…
Blog, kerja & World Cup
about 1 year ago - 7 comments
Fuh! setelah seminggu lebih blog ini tidak di update dengan entry – entry terbaru, tergerak pula hati untuk menulis sedikit coretan di blog ini. Rasa kesian pula dengan blog ini setelah haku membiarkan ia terkontang – kanting tanpa belaian tuannya. Akibatnya, blog ini bukan saja bersawang, malah traffik yang selalunya jem tiba – tiba menjadi…
Redirection ke blog baru dalam hanya 6 saat.
about 1 year ago - 19 comments
Sebelum ini haku pernah mengeluarkan tutorial Redirect Blogspot Link ke domain baru yang memberitahu bagaimana mahu melakukan redirection link dari Blogspot ke WordPress Self Hosting. Namun begitu, tutorial yang haku keluarkan itu tidak readers friendly kerana readers terpaksa klik sana sini untuk ke blog baru anda. So, hari ini haku ingin kongsikan satu tutorial yang…
Kisah disebalik kata kunci Piala Thomas
about 1 year ago - 21 comments
Salam dan selamat sejahtera kepada bloggers semua. Hari ini rasanya ingin haku menulis secara santai – santai, malas nak fikir untuk keluarkan entry – entry yang memerlukan idea berat, cukuplah sekadar idea – idea yang terlintas dalam kepala haku neh. Sebenarnya, start dari awal bulan ini, mood haku nak berblog memang cukup down gila –…
Denaihati ingin memberikan 2 laptop Acer Aspire One Percuma!
about 1 year ago - 26 comments
Berjalan ke blog rakan – rakan tadi, mata haku terhenti disatu entry contest yang cukup menarik untuk disertai. Lantas haku berhenti diblog tersebut dan klik link yang menganjurkan peraduan itu. Blog yang haku maksudkan itu ialah blog Denaihati. Beliau menganjurkan dua peraduan dimana hadiahnya cukup menarik untuk dimenangi. Hadiah dia ialah 2 laptop Acer Aspire…
Demam Denggi, tanggungjawab bersama
about 1 year ago - 16 comments
Demam denggi sering dikaitkan sebagai salah satu daripada penyakit – penyakit urban. Sebab apa haku mengatakan demam denggi merupakan penyakit urban? Sebabnya ialah penyakit ini seringkali berlaku dibandar – bandar dan juga kawasan – kawasan yang sedang mengalami pembangunan yang pesat. Kalau dilihat dari statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, Top 5 negeri yang mencatat kes denggi…
Apa Plugins WordPress yang sesuai untuk dipasang pada blog anda?
about 1 year ago - 43 comments
Bagi blogger yang menggunakan WordPress Self Hosting, memasang plugins umpama memodified sebuah kereta. Ada yang memasang Plugin untuk mempertingkat blog mereka dan ada juga yang memasang Plugin untuk mencantikkan blog mereka. Untuk pengentahuan anda semua, sehingga setakat ini, plugins yang terdapat di WordPress telah menjangkau lebih 8900 plugins dan didownload hampir 82.5 juta kali. Wow!…
WordPress Tutorial 6: Memasang Plugins di blog anda.
about 1 year ago - 12 comments
Rasanya ini adalah tutorial WordPress haku yang terakhir, mesti muak bukan??(haha) biasalah semua tutorial yang haku buat neh memang sudah diketahui oleh bloggers yang menggunakan WP-Self Hosting. Lagipun tutorial yang haku buat ini adalah basic tutorial untuk mereka yang berubah dari Blogger ke WP-self hosting. Jadi tiada apa yang baru, lagipun banyak tutorial – tutorial …
WordPress Tutorial 5: Pastikan RSS readers anda sentiasa hidup
about 1 year ago - 14 comments
Selepas selesai melakukan re-direct link dari Blogger ke WP-self hosting, kini tiba pula step yang boleh dikira sangat penting iaitu melakukan Re-Direct RSS readers dari Blogger ke WordPress atau menukar URL original feed anda(bagi yang sudah mempunyai akaun feedburner). Bagi bloggers yang mempunyai ramai sucsribers semasa di Blogspot, kegagalan melakukan redirect feed akan menyebabkan Feed…


about 1 year ago
Nice share and good advice
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 21st, 2010 at 10:44 pm
hehe,,tq dude =D
[Reply]
about 1 year ago
Salam,
Info yang best… setuju ngan pendapat tu… boleh tambah skit ke? hehehehe bagi saya tajuk yang menarik pon boleh menarik minat orang nak baca blog kite kan?
contoh tajuk: “Gambar Menarik Awek Cun”… mesti ramai org yang akan bace..
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 21st, 2010 at 11:38 pm
haha..betul tue bro..tajuk pun kena gempak beb baru org rasa teruja nak masuk..hehe
[Reply]
Zaini Reply:
June 27th, 2011 at 10:55 pm
Tajuk menarik ini punca utama orang klik. Tambah-tambah macam contoh kat atas tu.hehe
[Reply]
about 1 year ago
camna plak ngan blog saya…masih baru lg…huhuhu…
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 22nd, 2010 at 12:18 am
blog ko nice jugak bro..hehe ..
[Reply]
about 1 year ago
gambar gedik??
( 0_o”)
tiba2 terasa..hahahahha…
btw thanx sbb blogwalking kt blog i n tinggalkn jejak..hohohoho…
rasa2 cam pernah dtg je sini..tp xigt dah bila..hahahha..
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 22nd, 2010 at 8:48 am
uik..kenapa plak trasa?? huhuuu … gambar gedik tue maksud dia lain..hehehe
..pernah dtg ke??haa..cuba ingattt…hah
[Reply]
about 1 year ago
wah…nie bnyknye advice..
ske bace entry blog bro nie sebab kalau komen mesti bls..
ade sesetengah tu..bile kite baca blog dier, ske kt entry dier, then komen..xpernah appreciate(balas) komen kite..
mcm bajet hot je…
mcm yg bro tulih kt entr nie,
”layanan 5 stars patut diberikan oleh author kepada pembaca mereka dan kalau boleh jangan ada sifat pilih kasih diantara readers. Bila author blog berkenaan dapat menambat hati readers”
geram sangat…
xbest laa nk bace lagi….
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 22nd, 2010 at 5:40 pm
hehe..sabar je lar..maybe author tue bizi sgt kot ..bg dia sedikit masa untuk membalas komen2 anda..hehe..tp kalau dia langsung tidak pernah membalas komen anda, tue tandanya ada something wrong disitu… tuan rumah sepatutnya jgn sombong dengan pembaca.. anggap pembaca sebagai peminat dan blogger sbgai artis..tanpa peminat, artis xleh cari makan..mcm tue lar blogger..hehe
[Reply]
aiza Reply:
February 22nd, 2010 at 10:31 pm
betol2..hihihihi…
eh eh…nape namenye murkister?
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 23rd, 2010 at 6:58 pm
hehe..murkiester sempena nama murky campur dengan hamster kesayang..LOL ..aahahah
about 1 year ago
alamak, tak pandai tulis blog
update pon seminggu sekali
huk2!
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 23rd, 2010 at 6:53 pm
haku pun lebih kurang sama.. jarang2 gile update..hohoo
[Reply]
about 1 year ago
makin lama berblog..makin tua
blogwalking pun makin kurang..nak reply komen di blog pun masih suntuk masa…..
yg diharap, kawan2 blogger faham saja..:)
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 25th, 2010 at 1:31 am
kita neh part time blogger je kak jie
[Reply]
about 1 year ago
hi..baru first time kot sampai kat sini..neway mmg good points semua tu..
camne plak my blog? tak menarik ek..hahaa..tak tinggal comment pon.. :p
owh..and baru jadi your 500th follower
.-= beba´s last blog ..Kenapa perlu jealous dengan benda petak pink ni.. =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 25th, 2010 at 11:18 pm
hehe,,menarik sis.. cuma sempat nak explore lagi..tgh berblogwalking je masa tue ..
by the way,,welcome n thanks be my 500th follower =)
[Reply]
about 1 year ago
hu hu hu … kompom la blog aku takde orang nak berkunjung. XD
.-= Jawa a.k.a USERMODE´s last blog ..JAWA – Clockworks =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 26th, 2010 at 6:18 pm
haishh..mesti ada bro.. apa pula xde..
[Reply]
about 1 year ago
pendapat yg sgt best..
^_^
.-= cik shanashaida´s last blog ..Dunia Belum Berakhir, Bila Kau Putuskan Aku… =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 26th, 2010 at 6:19 pm
hehe..TQ
[Reply]
about 1 year ago
Wsalam zoul
tq bro..apa salah kita berkongsi – kongsi tips..
p/s: kalau main belasah je tapi entry mantap memang tabik ar broo..hehe
[Reply]
about 1 year ago
memang susah nak tepati semua kriteria tu.. sbb kadang idea tu mmg ada, tapi nak sampaikn dan susun ayat tu agak susah, tp aku mmg tulis ikut kebiasaan.. sbb tu kadang bahasa jadi tak betul
.-= kulanz´s last blog ..Bila Ayam Berterima Kasih =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 26th, 2010 at 6:41 pm
mmg bro..haku pun kadang2 xbleh nak terikut dengan apa yang haku tulis tue terutamanya dalam bab2 menyusun ayat .. sesetengah orang dia memang pandai menggunakan ayat dalam menarik pembaca ..mcm kita neh..idea memang datang mencurah – curah ..tapi bila jari dah berada dekat keyboard..tatau nak karang ayat macamana…
[Reply]
about 1 year ago
Info yang menarik bro.. terima kasih bro.. bagi le info2 yang menarik lagi….
.-= qimie´s last blog ..Tips Membeli Laptop Baru. =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 26th, 2010 at 6:41 pm
sama2 bro ..
huhuu..haku try kasi info yang menarik lagik lepas neh..
p/s: susah woo mau tulis menarik2 neh..hehe
[Reply]
about 1 year ago
hehe…
maloo lak blogku dibace olehmu…
mst kutuk abeh kn ? hahaha!
.-= lynn~´s last blog ..stress… penat.. missing him.. going crazy!! =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 27th, 2010 at 12:27 am
amoih2..manada..blog kamu pun terbaik juga..setiap blog semuanya terbaik
[Reply]
about 1 year ago
blog berat dengan ads.. xsuka
http://ohserius.blogspot.com
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 23rd, 2010 at 2:04 pm
tau xpe bro..
[Reply]
about 1 year ago
Waw…1st time kot sampai sini..betul la tu, kalau nak orang singgah, kena cermin blog sendiri…so far aku dapat teguran pasal blog aku, so buat alteration, siap…yang penting kena friendly la ngan komentor..
[Reply]
Zul Murky Reply:
June 7th, 2010 at 12:16 pm
haku pun pernah juga..banyak kali …teguran bagus untuk memperbaiki mutu blog kita dari segi appearance dan penulisan … ngan komentator pun sama sebab mereka antara pengsapot blog kita.hehe
[Reply]
about 1 year ago
haha.aku po 1st time dtg cini. err..entah ade ke x ape ko ckp tu kt belog aku.huhu T_T
iniAKU´s last [type] ..Follower? Ape Jadahnye Benda ni?
[Reply]
Zul Murky Reply:
June 20th, 2010 at 9:12 am
1stly ..tq datang ke blog xseberapa neh..ok ar blog kamu tue..blog haku lagilah..picisan je…huhu
[Reply]
about 1 year ago
Info yang menarik… Terima ksih..Teruskan bagi info2 yang menarik lagi….
pingu´s last [type] ..Software Web Development
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 15th, 2010 at 10:45 pm
sama2 bro..haku akan cuba kuarkan entry2 yg berjaya menarik minat readers blog neh..huhuu
[Reply]
about 1 year ago
good info thanks bro
[Reply]
Zul Murky Reply:
July 30th, 2010 at 11:43 am
ur welcome
[Reply]
about 1 year ago
cuba pergi blog sy… dan sila comment ok ke x?
dasheela´s last [type] ..MAK- SHEELA MALUUUU!
[Reply]