Murky is On The Way!
Percy Jackson & The Olympians: The Lightning Thief
Filem terbaru dari Chris Columbus iaitu pengarah salah satu filem sequal Harry Potter , Percy Jackson & The Lightning Thief ( Nama asal filem ini ialah Percy Jackson & The Olympians: The Lightning Thief) telah pun ditayangkan dipawagam tanah air pada 11 Februari 2010. Filem ini diadaptasikan dari salah satu novel bersiri Percy Jackson & The Olympian berjudul The Lightning Thief dimana penulisnya adalah Rick Riordan
Filem berkisarkan mengenai pengembaraan anak kepada Dewa Poseidon iaitu Percy Jackson bersama – sama Annabeth Chase anak kepada dewa Athena dan juga makhluk Satyr iaitu Grover Underwood untuk menyelamatkan ibu Jackson yang diculik oleh dewa Hades. Dalam pada itu juga, Jackson telah dituduh mencuri anak panah Zeus dan diburu oleh makhluk – makhluk ganas yang mahu membunuhnya kerana mencuri anak panah dewa tersebut. Dalam usaha mengelakkan peperangan yang melibatkan ayahnya Poseidon dan Zeus, beliau bersama – sama Anna & Grover keluar mengembara dari kem persembunyian anak – anak dewa untuk mencari anak panah tersebut dan juga menyelamatkan ibunya dari cengkaman dewa Hades. Semasa pergembaraan mereka, bermacam – macam aksi dan ujian ditempuhi oleh mereka antaranya bertempur dengan Medusa (makhluk yang boleh menyumpah mangsanya menjadi batu dengan hanya melihat) dan juga raksasa ular.
Perjalanan filem ini tidak ubah seperti filem Harry Potter. Antara contoh yang dapat dilihat ialah hero lelaki yang diapit bersama sidekick lelaki dan perempuan dimana filem Harry Potter pun begitu dan juga perjalanan Jackson dari permulaan life dia sehingga mengentahui yang dia merupakan anak kepada dewa. Adventure ketiga – tiga remaja ini juga hampir sama dengan adventure Harry dan rakan – rakannya dalam filem Harry Potter dimana disetiap perhentian yang mereka singgah disitu mereka akan bertempur dengan raksasa atau makhluk jahat. Mungkin disebabkan pengalaman beliau mengarah filem Harry Potter yang menyebabkan perjalanan filem ini jadi sebegitu.
Namun secara keseluruhannya cerita ini memang menarik untuk ditonton. Penggembaraan Jackson dan rakan – rakannya dalam melaksanakan misi dan ditambah pula mitos Greek yang bercampur dengan budaya moden masyarakat Amerika berjaya membuatkan penonton untuk tidak mengalihkan kepala walaupun sesaat. Dan semasa anda menonton filem ini nanti, anda mungkin tidak akan menyangka yang pintu masuk ke Neraka terletak di belakang Signboard Hollywood dan pintu ke Olympus berada di menara Empire State bukannya di Greek! Tapi itu lah fantasi yang cuba dibawa oleh pengarah filem ini bagi memastikan ia tidak bosan untuk ditonton. P/s: Sequal Filem ini bakal dikeluarkan pada tahun 2011 @ 2012 iaitu filem Percy Jackson & The Olympians: The Sea of Monster
Percy Jackson & The Lightning Thief Movie Trailer
Popularity: 7% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on February 12, 2010 at 1:59 am, and is filed under Info Filem. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |



about 1 year ago
ohh..dah keluar kt cinema ke?
walau pun cte science fiction.tp tgk preview mcm best!
kene tgk neh!hihihi.
thanks 4 infos.
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 12th, 2010 at 8:07 am
sama2 ..mmg best cite neh beb.. macam cite harry potter..hehe
[Reply]
about 1 year ago
???!!! X-(
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 12th, 2010 at 12:25 pm
??????????
[Reply]
about 1 year ago
Yey! Its finally here.
Kene tengok nih..hehehe
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 12th, 2010 at 2:08 pm
hehe..tgk sis..jgn xtgk.. =D
[Reply]
about 1 year ago
aku x berapa minat citer2 jenis mcm ni la bro..citer2 harry porter pun aku x minat..aku minat citer2 antu+bunuh2…ko ader criter yg nk rekemen x?
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 12th, 2010 at 4:53 pm
huhuu..haku kurang minat plak cita2 macam tue..lemah semangat sket kalau terkejut – kejut neh..haha ..bro..try tgk cita wolfman bro..dengar kata macam best..hehe
[Reply]
about 1 year ago
Filem ni mesti kuat dengan pengaruh Harry Porter kan. Kalau filem fantasy macam ni paling best tengok ialah LOTR.
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 12th, 2010 at 5:51 pm
yup..mmg kuat pengaruh filem harry potter,lg pun pengarah dia pernah mengarah filem itu.. LOTR mmg feveret haku beb.. no 1 dlm list baru diikuti filem harry potter..hehee
[Reply]
about 1 year ago
ske harry potter dri kecik smpi da bsr ni..
so cite ni pun kne g tgk la..;)
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 13th, 2010 at 9:42 pm
owh..kira xpernah miss lar sequal dia..
mmg patut tgk cita neh untuksiapa2 yang minat filem fantasy ..
[Reply]
about 1 year ago
awesome..
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 13th, 2010 at 11:42 pm
yup..agreee
[Reply]
about 1 year ago
yeah dah tengok hari jumaat harituh .. memang best.. hahaha.. baru ingat nak buat review.. kat sini dah ado pon.. hahaha
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 14th, 2010 at 11:40 am
hehe.. ala..ko buat ler versi ko punye..
tapi layan kan cite neh .. ?? penuh fantasy ..
[Reply]
about 1 year ago
cite ni memang best gila!
dari 5bintang.. saya bagi 6lah!
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 16th, 2010 at 7:41 pm
hehe..mana bleh 6 bintang ..dah melebihi had tue..ekeke..
..memang sesuai untuk tontonan umum ..
kan dah ckp..cite tue menarik..simple dan menarik
[Reply]
about 1 year ago
salam
Sekadar berkongsi yep zul .
Bagi Melz , Kalau zul nak mewujudkan suatu entry tentang movie . ada baiknya zul tidak menggunakan keyword “REVIEW” ini kerana ramai antara pencari google akan mencari movie ini untuk di download , namun sekiranya ada perkataan REVIEW pada Tajuk zul . oleh itu si pencari akan rasa terbantut untuk click blog zul
Its tips for me
Sekian
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 17th, 2010 at 1:36 pm
owh..hehe..tq melz .. betul jugak apa yg melz tulis .. okok..next movie entry zul akan pastikan xletak keyword review tue.. huhuu
[Reply]
about 1 year ago
waa…mesti nengok nie…huhuhuhu….
p/s: follow blog nie laa…bnyk info~
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 17th, 2010 at 8:07 pm
hehe,,kene tgk..mmg gempak cite neh..btw..tq =D
[Reply]
about 1 year ago
besh ke? nampak mcm besh.. semalam nak tgk tp tiket lak habis.. :’(
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 17th, 2010 at 9:36 pm
alamaakk…haa..tu lar..lambat lagi beratur..hehe
.. takpe tgk hari lain..cita neh bes..:)
[Reply]
about 1 year ago
nasib ada unsur2 lawak takdela boring sgt..
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 20th, 2010 at 6:44 pm
hehe..tau xpe ..
[Reply]
about 1 year ago
haha.. muke cam harry potter jew…
[Reply]
Zul Murky Reply:
February 22nd, 2010 at 5:43 pm
huhuu..yeke?? nampak nk macam harry potter ke?? haha
[Reply]