“Senang tak main blog zul?” ahaa, soalan cepumas yang terkeluar dari mulut member haku yang bukan merupakan seorang blogger. Termenung haku sekejap kerana tidak tahu hendak menjawapnya dengan tepat. Hendak kata susah tak lar susah, hendak kata senang taklah senang, itu lar jawapan yang haku boleh berikan  pada member haku itu.  So, entry haku kali neh berkisarkan pengalaman haku bermain blog. Susah ke senang ke terpulang pada masing – masing, anda semua pasti ada jawapan yang tersendiri

Untuk pengentahuan semua, haku mula berblogging sejak akhir 2008 lagi dan masa itu haku hanya berblog untuk tatapan rakan – rakan haku sahaja. Ini bermakna haku tidak menghiraukan langsung pasal traffik, kualiti entry, update dan macam – macam lagi. Apa yang haku peduli, rakan – rakan rapat haku boleh buka dan baca apa yang haku tulis didalam blog.  Sebab itu kalau anda semua lihat entry – entry diawal penubuhan blog neh, banyak menceritakan life haku bersama rakan  – rakan haku, penulisan yang mengarut – ngarut dan entry – entry yang dicedok dari tempat lain.  Namun setelah sekian lama haku berada dalam dunia blog secara ‘saja – saja’, timbul keinginan dalam diri haku neh hendak berblog secara serius.

Sejak dari itu, haku mula ubah mindset haku, kalau dulu haku berblog untuk rakan – rakan haku saja, haku  tukar, berblog bukan saja untuk rakan – rakan haku , tetapi untuk strangers juga. So, haku cuba perbaiki mutu penulisan entry – entry yang hendak haku keluarkan, haku cuba drive traffik ke blog haku, cuba mengeluarkan cerita – cerita terbaru yang berkualiti dan macam – macam lagi haku buat. Semua ini haku lakukan semata – mata mahu memperbaiki mutu dan menpopularkan blog haku. Namun haku gagal diawal permulaan kearah perubahan, gagal kerana pada masa itu ilmu haku dalam berblogging sangat sedikit. Bukan sahaja susah untuk membawa traffik ke blog haku, malah hendak mengeluarkan entry original pun SUSAH. Jadi, disitu haku mula sedar bahawa susah sebenarnya hendak berblogging secara serius. So, apa yang haku buat, haku jelajah blog – blog orang lain dan jadikan mereka sebagai contoh, rujuk forum – forum mengenai blog, tanya pada pakcik Google tentang bagaimana mempromosikan blog dan try ambil tahu tentang isu – isu semasa agar haku sentiasa ada idea hendak menulis.

Jadi bila haku dah tahu serba sedikit selok belok berblogging secara serius, haku mulakan balik segala usaha haku yang sebelum ini gagal. Rakan – rakan pun mula nampak perubahan yang berlaku pada blog haku dan ada yang bertanyakan mengenai blog haku dan tak kurang juga yang memberi idea dan support untuk haku menulis. Tetapi dalam membuat perubahan yang lebih baik pastinya ada masalah,dan ia mula terjadi dekat haku contohnya seperti ketiadaan idea.

Idea

bercerita soal idea, the major problem yang haku hadapai sekarang untuk berblogging adalah idea. Kalau hendak mengeluarkan entry yang 100% hasil dari penulisan kita mesti lar memerlukan idea bukan? jadi kalau ketiadaan idea dah tentu tiada entry. Itu lah masalahnya sekarang, kalau banyak idea senang lar jawabnya,  tapi kalau takde idea silap – silap bersawang lar blog. Ketandusan idea ini memang selalu menghantui haku,. Bermacam -macam cara haku buat untuk mengeluarkan idea dalam kepala haku neh tapi gagal. Hendak menulis tentang gosip artis, haku tak reti bergosip, politik? jauh sekali lar, cerita pasal diri sendiri? haku bukan artis pun lagipun haku tak reti nak cerita tetang apa yang haku buat seharian. Sebab itu kalau anda perasan kekerapan blog haku neh diupdate, memang tidak konsisten, ada sampai seminggu lebih haku tak update blog haku. Ini semua gara – gara ketandusan idea. Pernah sekali haku duduk termenung hampir satu jam dihadapan komputer  just untuk menulis pembuka kata!. (huhuu)

Kalau ada idea pun, timbul pula satu lagi masalah, masalah penulisan. Ini juga antara masalah yang kerap terjadi terhadap haku, haku bukan lar seorang yang handal dalam bidang penulisan tapi disebabkan mahu membuat ayat yang boleh menarik pembaca haku haku cuba juga. Contoh entry yang haku tulis neh, banyak kali diolah, disunting dan macam – macam lagi. Hasilnya 4jam diperlukan haku untuk menulis satu entry. Hadui!, susahnya..

Kekurangan Masa

Masa lapang haku sekarang yang semakin singkat juga menghalang haku hendak berblog. Anda bayangkan kerja 7hari seminggu selama 12jam setiap hari (dah mengalahkan bangla), bila agaknya haku hendak menulis didalam blog dan mengunjungi blog rakan – rakan? Ini menunjuk masa antara faktor yang menyebabkan haku rasa berblog semakin sukar.  Yang peliknya, semasa haku sedang sibuk, masa tu lar tiba – tiba datang idea untuk menulis (haha). Haku pernah cuba juga peram idea yang tiba – tiba datang tue dan tulis apabila ada masa free, tapi bila duduk saja di depan monitor komputer semuanya hilang, jadi blank. Memang cukup tension, idea yang sebelum ini mencanak – canak datang tiba – tiba hilang begitu saja. Pernah terfikir juga nak quit berblog disebabkan ketiadaan masa untuk menulis, tapi disebabkan minat, haku batalkan hasrat haku.

Sebenarnya banyak lagi halangan dan dugaan yang terjadi untuk haku terus berblogging seperti internet dan keletihan berkerja, dan haku anggap ia sebagai minor problem saja. Cuma apa yang pasti sekiranya haku mempunyai idea yang banyak, handal menulis dan mempunyai banyak masa untuk berblogging mungkin akan membantu aku mencapai apa yang haku angankan iaitu menjadi top 100 blogger. (cewah melampau lar plak..hehe) Pada haku, dunia blog neh memang mencabar baik dari segi minda dan fizikal. Dan haku juga menganggap masalah – masalah yang haku hadapi ini sebagai pengalaman bagi haku dalam dunia blog. Jadi susah senang bermain blog anda yang decide. Pada haku berblog tidak sesukar mana pun cuma masalah yang kadang – kadang timbul je menjadikan ia sukar, so anda semua bagaimana, senang ke main blog?

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 10% [?]