Siapa disini yang tidak mengenali blog dan Facebook? rata – ratanya ramai diantara kita yang mengenali kedua – dua laman sosial networking ini baik budak sekolah ataupun orang tua. Tanya lar pakcik – pakcik di kedai kopi, mak cik – mak cik dipasar dan juga budak – budak sekolah, kebanyakkan mereka memang tahu apa itu blog dan Facebook. Tetapi bagaimana mereka mengenali Facebook dan blog? Salah satunya sudah tentu melalui akhbar dan televisyen kerana kedua – dua medium ini telah mencetuskan kontroversi yang bukan sahaja dapat menjatuhkan maruah seseorang individu dan juga berpotensi memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini.

Tidak ketahui apa yang bermain difikiran mereka – mereka ini, adakah mereka ingin bergurau atau mereka sebenar gagal mengawal kemarahan mereka lantas meluahkannya di laman facebook dan juga blog. Tidakkah mereka sedar bahawa apa yang ditulis oleh mereka ini dapat dilihat oleh jutaan pembaca diseluruh Malaysia? dan tidakkah juga mereka berfikir bahawa bukan semua daripada mereka dapat menerima apa yang ditulis oleh mereka?

contoh paling dekat sekali seperti Hani Tarmizi, Joanna Ann, Lynette Lincoln dan juga Adukateruna, mereka ini antara manusia – manusia yang gagal menggunakan akal mereka dalam meluahkan perasaan / pendapat didalam shout box Facobook dan juga blog. Kalau dilihat perwatakkan mereka, mereka bukan lar seorang yang bodoh tetapi mengapa mereka sanggup mengeluarkan kenyataan – kenyataan yang bodoh didalam Facebook dan Blog? Mereka tidak terfikirkah bahawa perbuatan mereka itu bukan sahaja akan memecahbelahkan kaum atau menguris hati seseorang individu bahkan akan mengundang padah kepada diri mereka sendiri. Lihat Hani Tarmizi, sekarang dia mungkin tidak senang duduk di Sarawak kerana menghina kaum Sarawak, Joanna Ann dan Lynette Lincoln yang menghina agama islam dan Nabi Muhammad S.A.W dan sekarang mereka terhegeh – hegeh merayu kepada orang ramai agar tidak memaparkan komen – komen kurang ajar mereka di internet dan juga Adukateruna, yang sedang menunggu untuk dibicarakan di mahkamah kerana menghina almarhum Sultan Johor. Mereka ini bukan hanya mementingkan perasaan mereka sahaja, tapi mereka tidak langsung mengendahkan kesannya dengan apa yang mereka lakukan. Dan setelah kontorversi yang dilakukan oleh mereka mendapat bantahan orang ramai barulah mereka terhegeh – hegeh hendak meminta maaf.

Mereka sepatutnya mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi kepada blogger dan pengguna Facebook sebelum ini yang telah ditahan pihak berkuasa kerana kesilapan yang dibuat oleh mereka, bukannya terhegeh – hegeh meminta maaf setelah melakukan kontroversi. Walaupun mereka semua ini sudah memohon maaf diatas tindakan tidak berakal mereka ini, belum tentu semua orang akan memaafkan mereka. Memang benarlah pepatah orang – orang tua, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.  Sampai bila – bila perbuatan mereka akan dikenang oleh orang ramai. Malah ada yang menunggu masa untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Diharap selepas ini tiada isu – isu seperti ini timbul kembali. Jadikan perbuatan mereka ini sebagai iktibar, kebebasan menulis yang diberi bukan lesen kepada kita untuk menghina agama, kaum dan individu. Sensitiviti perlu dijaga, dan yang penting sekali pastikan akal menguasai nafsu sebelum menulis, bukannya nafsu menguasai akal. Ingat segala yang ditulis di blog dan Facebook sekarang dipantau oleh pihak berkuasa jadi berfikirlah dua kali sebelum anda semua melempiaskan amarah atau pendapat anda di Facebook dan blog. Perhatikan satu persatu ayat anda agar ia tidak menjadi isu kelak.

P/s: Baru tahu sebab apa China mengharamkan Blog ..

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 11% [?]