Murky is On The Way!
Cara ideal untuk mencipta entry
Ramai yang tahu, berblog sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya bila ia mengkehendaki kita untuk sentiasa mengemaskini blog kita agar tidak bersawang. Bagi yang mementingkan originaliti dalam setiap entry, meng “update” blog adalah sesuatu yang agak sukar dan melecehkan kerana kita terpaksa menghabiskan masa berjam – jam duduk dihadapan komputer untuk menaip. Sebab itu, terdapat blogger – blogger yang cukup marah apabila entry ciptaan mereka diambil sesuka hati oleh blogger lain tanpa keizinan mereka kerana mereka tahu, menulis sesebuah entry bukanlah semudah A, B, C. Tetapi, tiada benda didalam dunia ini sukar selama – lamanya. Semua benda pada awalnya sukar untuk dilakukan, tetapi apabila dilakukan secara kerap ia akan bertukar menjadi mudah. Begitu juga dalam penulisan entry sesebuah blog.
Menulis sebuah entry bukanlah sesukar seperti menulis essei semasa exam. Apa yang diperlukan hanyalah idea, masa dan tempat untuk menulis. Dan gaya penulisan? terpulang kepada anda. Jika anda ingin menulis secara santau santai, anda tidak perlu menggunakan ayat – ayat yang terlampau skema manakala jika anda mahukan menghasilkan entry yang serius seperti entry info ataupun review sesuatu perniagaan atau barang, adalah lebih elok menulis dengan ayat – ayat yang formal atau skema supaya memudahkan reader untuk memahami setiap point yang anda ingin sampaikan. Tetapi ingat jika anda mahu menulis sesuatu entry yang santai, perkataan yang ingin digunakan tidaklah terlampau pasar atau rojak.
Panjang tulisan pun tidaklah terlalu panjang sekirannya anda kekurangan idea atau ayat, Cukuplah sekadar 300 ke 400 patah perkataan dan buatlah dalam 4 perenggan iaitu mukadimah, 2 huraian isi dan penutup. Tetapi sekiranya anda mempunyai banyak idea dan masa bolehlah anda menulis sepanjang yang anda mahu. Mungkin anda boleh detailkan lagi huraian point anda supaya reader lebih faham dengan point yang anda cuba sampaikan. Tapi kebiasaannya, readers suka entry yang pendek tapi padat, mungkin disebabkan mereka mahu menjimatkan masa. Terpulanglah kepada anda, panjang ke pendek ke entry yang anda tulis yang penting sekali kualiti dan isinya. Kalau tulis panjang – panjang tapi isinya kosong tak guna jugakan? (hehe)
Idea? tidak susah sebenarnya untuk mencari idea kalau mahu menulis entry. Apa yang anda perlukan untuk mendapat idea menulis sesebuah entry ialah alert dengan isu – isu disekeliling anda. Bagi yang mahir dalam sesuatu bidang seperti photography, gunakan kebolehan anda itu untuk menghasilkan entry – entry yang berinfomasi seperti tips ataupun tutorial. Surat Khabar, majalah ataupun berita juga boleh memberikan anda idea untuk menulis. Haku tidak maksudkan copy and paste berita tersebut bulat – bulat ke entry anda. Apa yang anda perlu lakukan, menulis balik berita atau rencana tersebut dengan cara anda sendiri dan anda boleh tambah perasa untuk entry tersebut dengan pendapat – pendapat anda sendiri dan sekiranya mahu mengukuhkan entry yang anda tulis tue, “quote”kan sekali petikan berita atau rencana yang olah itu.
Selain itu, jika anda gemarkan sesuatu barang atau cerita, tuliskan review mengenainya sebagai entry terbaru anda. Sebagai contoh, review filem yang haku lakukan dalam blog ini, haku akan menulis review terhadap filem – filem yang baru haku lepas tontoni sebagai entry terbaru blog haku. Dengan cara ini, sekurang – kurangnya blog haku tidak bersawang dan dapat memberi gambaran kepada readers blog ini tentang filem – filem yang haku reviewkan. Jadi sekirannya anda kaki novel, gadget ataupun anda minat terhadap sesuatu software, tuliskan review mengenainya, jika anda perlukan info – info mengenai benda yang anda mahu “review”kan itu, just “google”kan sahaja. Mudah bukan? Lagi mudah jika anda sendiri sudah merasai pengalaman tentang benda yang anda mahu reviewkan itu.
Masa, sebab apa lecture atau bos – bos kita memberi kita masa untuk menyiapkan assigment ataupun report? sudah tentu mereka memgharapkan result yang berkualiti. Begitu juga dalam menulis entry. Masa yang lapang tanpa kacau ganggu memungkinkan kita untuk menghasilkan kualiti entry yang terbaik. Haku kalau mahu menulis entry selalunya haku lakukan sebelum tidur iaitu pada waktu malam. Kerana pada masa itu, haku mempunyai masa yang cukup lapang untuk mula menulis entry. Masa itu jugalah haku akan keluarkan point – point yang haku catitkan dalam kertas atau notepad dan haku taip untuk dijadikan satu entry. Cuba anda buat entry dalam keadaan tergesa – gesa atau dalam keadaan masa yang tidak mencukupi, hasilnya mungkin kurang memuaskan dan silap – silap satu ayat pun tidak akan terkeluar dari kepala anda kerana anda asyik memikirkan apa ayat yang anda ingin taipkan sedangkan masa untuk anda menaip tidak mencukupi
Bagi yang jarang menulis entry peribadi, apasalahnya menulis entry peribadi anda sekali sekala. Sekurang – kurangnya reader anda hendak tahu juga lifestyle anda diluar waktu berblogging. Selain daripada mengelakkan entry kita sentiasa bersawang, ia memberi sedikit variety terhadap blog kita. Kita tahu terdapat beberapa blogger yang mementingkan niche pada blog mereka. Tetapi tak salah sekiranya ingin mengeluarkan entry peribadi dalam blog terbabit. Mungkin boleh diubahsuai sedikit, sebagai contoh katakan blog anda ber”niche”kan automotif, selitkan sedikit kehidupan peribadi anda yang berkaitan dengan automotif seperti cerita anda terlibat dengan perlumbaan kereta dan sebagainya.
Oleh itu, sekiranya kita mahu memantapkan gaya penulisan entry, latihan dan usaha berterus mestilah dilakukan sekerap mungkin, dan kalau boleh ajak readers untuk mengkiritik gaya penulisan kita supaya kita boleh memperbaiki gaya penulisan entry yang cuba kita keluarkan. Lagipun dengan cara ini, ia bukan sahaja menghasilkan entry yang berkualiti, tetapi sekurang – kurangnya dapat mengelakkan masalah entry palagiat atau budaya copy paste. Jadi kepada yang mengalami masalah untuk menulis entry dan terlampau gemar meng”copy paste” dari sumber – sumber lain bolehlah follow cara – cara diatas. Tapi ingat, cara – cara diatas tue adalah untuk penulisan di blog sahaja, bukan semasa exam ye (huhuu).
Popularity: 5% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on March 15, 2010 at 10:25 pm, and is filed under blog. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No trackbacks yet.
Ranking Alexa ku jatuh umpama nangka busuk
about 1 year ago - 12 comments
Salam kepada bloggers yang setia mengunjungi blog yang semakin tidak hensem ini. Setelah sepuluh hari tidak menghiraukan blog ini, haku kembali untuk menulis walaupun masa tidak mengizinkan. Sebenarnya haku mencuri sedikit masa tidurku untuk menulis sepatah dua tulisan (yang sebenarnya berpatah – patah) diblog ini kerana rindu untuk menulis. Agak sedih sebenarnya apabila melihat blog…
Antara Blogger, Photographer, Worker dan studerr?
about 1 year ago - 19 comments
Salam hari sabtu kepada bloggers – bloggers dan orang awam yang tengah bercuti sekarang. Wah! best betul korang mengeliat baru bangun dari tidur ya, jeles haku kerana terpaksa bangun awal pagi untuk ke tempat kerja (huhuu). Tak pe, rezeki, takde kerja takde duit, takde duit tak boleh enjoy, eh!?. (haha). Hari neh haku saja –…
Blog, kerja & World Cup
about 1 year ago - 7 comments
Fuh! setelah seminggu lebih blog ini tidak di update dengan entry – entry terbaru, tergerak pula hati untuk menulis sedikit coretan di blog ini. Rasa kesian pula dengan blog ini setelah haku membiarkan ia terkontang – kanting tanpa belaian tuannya. Akibatnya, blog ini bukan saja bersawang, malah traffik yang selalunya jem tiba – tiba menjadi…
Redirection ke blog baru dalam hanya 6 saat.
about 1 year ago - 19 comments
Sebelum ini haku pernah mengeluarkan tutorial Redirect Blogspot Link ke domain baru yang memberitahu bagaimana mahu melakukan redirection link dari Blogspot ke WordPress Self Hosting. Namun begitu, tutorial yang haku keluarkan itu tidak readers friendly kerana readers terpaksa klik sana sini untuk ke blog baru anda. So, hari ini haku ingin kongsikan satu tutorial yang…
Kisah disebalik kata kunci Piala Thomas
about 1 year ago - 21 comments
Salam dan selamat sejahtera kepada bloggers semua. Hari ini rasanya ingin haku menulis secara santai – santai, malas nak fikir untuk keluarkan entry – entry yang memerlukan idea berat, cukuplah sekadar idea – idea yang terlintas dalam kepala haku neh. Sebenarnya, start dari awal bulan ini, mood haku nak berblog memang cukup down gila –…
Denaihati ingin memberikan 2 laptop Acer Aspire One Percuma!
about 1 year ago - 26 comments
Berjalan ke blog rakan – rakan tadi, mata haku terhenti disatu entry contest yang cukup menarik untuk disertai. Lantas haku berhenti diblog tersebut dan klik link yang menganjurkan peraduan itu. Blog yang haku maksudkan itu ialah blog Denaihati. Beliau menganjurkan dua peraduan dimana hadiahnya cukup menarik untuk dimenangi. Hadiah dia ialah 2 laptop Acer Aspire…
Demam Denggi, tanggungjawab bersama
about 1 year ago - 16 comments
Demam denggi sering dikaitkan sebagai salah satu daripada penyakit – penyakit urban. Sebab apa haku mengatakan demam denggi merupakan penyakit urban? Sebabnya ialah penyakit ini seringkali berlaku dibandar – bandar dan juga kawasan – kawasan yang sedang mengalami pembangunan yang pesat. Kalau dilihat dari statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, Top 5 negeri yang mencatat kes denggi…
Apa Plugins WordPress yang sesuai untuk dipasang pada blog anda?
about 1 year ago - 43 comments
Bagi blogger yang menggunakan WordPress Self Hosting, memasang plugins umpama memodified sebuah kereta. Ada yang memasang Plugin untuk mempertingkat blog mereka dan ada juga yang memasang Plugin untuk mencantikkan blog mereka. Untuk pengentahuan anda semua, sehingga setakat ini, plugins yang terdapat di WordPress telah menjangkau lebih 8900 plugins dan didownload hampir 82.5 juta kali. Wow!…
WordPress Tutorial 6: Memasang Plugins di blog anda.
about 1 year ago - 12 comments
Rasanya ini adalah tutorial WordPress haku yang terakhir, mesti muak bukan??(haha) biasalah semua tutorial yang haku buat neh memang sudah diketahui oleh bloggers yang menggunakan WP-Self Hosting. Lagipun tutorial yang haku buat ini adalah basic tutorial untuk mereka yang berubah dari Blogger ke WP-self hosting. Jadi tiada apa yang baru, lagipun banyak tutorial – tutorial …
WordPress Tutorial 5: Pastikan RSS readers anda sentiasa hidup
about 1 year ago - 14 comments
Selepas selesai melakukan re-direct link dari Blogger ke WP-self hosting, kini tiba pula step yang boleh dikira sangat penting iaitu melakukan Re-Direct RSS readers dari Blogger ke WordPress atau menukar URL original feed anda(bagi yang sudah mempunyai akaun feedburner). Bagi bloggers yang mempunyai ramai sucsribers semasa di Blogspot, kegagalan melakukan redirect feed akan menyebabkan Feed…


about 1 year ago
apa perbezaan idea dan ideal?
yup bukan senang nak hasilkan entri yg berkualiti.
silap2 makan masa 2jam oo..
suka blog yang entri pendek tapi padat.
macam amanz
.-= Wan Perlis´s last blog ..Jadilah Kita Manusia Yang Baik =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 16th, 2010 at 12:04 am
idea: pencetus, rancangan yg tersusun dlm fikiran; buah fikiran.
ideal: yg dianggap sempurna (paling sesuai)
Sumber: Pusat Rujukan Persuratan Melayu : http://prpm.dbp.gov.my
mmg seksa woo nk taip entry.. kalau minum kopi bergelas2 habis..kalau rokok berbatang – batang abis.. haku suka mana2 entry yg menarik, kalau info panjang lebar takpe..kalau jenis santai2 pendek pun dah ok..janji padat..
[Reply]
about 1 year ago
chekgu pon sekarang main entri pendek2 je..panjang2 pon berapa kerat je baca..hehe
kalau ramai yang baca berbaloi jugak..tunggu org ramai baca dulu
.-= chekgu naman´s last blog ..Dah Lama Tak Cerita Pasal Makan =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 16th, 2010 at 9:35 am
satu kepuasan woo kalau ramai yg baca entry kita neh .. entry yg panjang2 tue boleh lah dibuat part – part ..mudah sket reader nk baca
[Reply]
about 1 year ago
salam saudara..
menarik entri ni…
boleh di buat panduan untuk yang baru ber blog
seperti saya ni..he he
.-= zulkbo´s last blog ..Nak Kabor Bangga..Sebenarnya Koi Risau.. =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 16th, 2010 at 9:36 am
huhu..ini untuk kita berkongsi – kongsi pendapat..
[Reply]
about 1 year ago
sangat seronok baca entri yang best. tak kisah walaupun panjang. janji dapat menarik org yang membaca.
.-= zikeryhassan´s last blog ..Lee Chong Wei Juara All England. Aku Tak Suka. =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 16th, 2010 at 9:38 am
ye bro..panjang ke pendek ke yg penting best untuk dibaca .. lain reader, lain ragam dia..ada yg suka baca panjang2 ..ada yg suka pendek2 ..malah ada yg suka entry yg penuh dengan lawak jenaka..tapi apa yg pasti author perlu bijak mengunakan gaya penulisan dia untuk menarik readers..huhuu
[Reply]
about 1 year ago
interesting.. thanks for sharing.. you know sometimes im so lazy to blog.. =P
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 16th, 2010 at 9:41 am
tq and ur welcome ken..me neither.. haha.. got a lot of idea but lazy to write ..hoho..
[Reply]
about 1 year ago
Thanks bro for the tips bagus utk bebudak yg baru balajar macam aii neh new baby la katakan.Eh silap,newbie.hak hak hak
Btul2 kdg2 kne tggu smpai dapt ilham baru boleh nak mnulis kalu tak mmg blur dok tercongok kat depan laptop tp blur tak tau nak tulis apew..huhu
.-= Arra Jasmy´s last blog ..Apew jadi dengan Nuffnang?? =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 16th, 2010 at 9:43 am
sama sis.. sy pun newbaby dalam dunia blogging neh..dulu sikit punya susah nk update blog ngan cara sendiri..lama2 bila dah alert dengan isu2 semasa dan sekeliling adalah sedikit idea untuk menulis tue.. walaupun kebanyakannya sama dengan blogger lain, kelainan cara tulis tue yg membezakan entry yg dibuat..hehe
[Reply]
about 1 year ago
tips yang bagus bro. aku pernah duduk depan lappy berjam2 nak buat satu entry. last2 tak jadi wt entry. huhu
.-= h´s last blog ..Teknik memplagiat dengan selamat =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 16th, 2010 at 9:44 am
sama ngan haku bro.. dulu fikir punya fikir apa entry yg nk dibuat..last2 pg duk depan tv..tgk tv terus..blogging tah kemana, niat nak buat entry baru pun terbantut..haha.. xde idea punya pasal..
[Reply]
about 1 year ago
Baik Cekgu…
.-= Anjung Web´s last blog ..50 plugin WordPress yang cun! =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 16th, 2010 at 9:45 am
hhohoo..cuma ingin berkongsi pengalaman bro
[Reply]
about 1 year ago
entry ni pun panjang jugak.. hehe.. nice info gak nih.. dulu rajin gak copy paste, skrg dah kurangkan sikit2.. kalau orang nak baca yang copy paste baik baca yang original.. hehe
.-= eiman´s last blog ..Apa dah jadi dengan akaun NUFFNANG aku nih??!! =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 16th, 2010 at 9:49 am
hehe..ingat nk buat pendek2 ..tapi huraian point menyebabkan entry menjadi panjang sedikit..huhu..dulu2 ambil mudah dalam blogging neh..cut n paste je..tapi sekarang menulis entry lagi puas dari copy paste….
[Reply]
about 1 year ago
thx.. sgt bguna.. tapi sekarang ni bahasa rojak tu kadang2 buat entry menarik utk dbaca..
.-= maCy´s last blog ..pagi yang sepatutnya girang menjadi suram =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 16th, 2010 at 9:54 am
sama2
rojak memang sesuai utk entry2 berbentuk peribadi, tapi kalau review atau info mungkin kureng sket sebab orang baca untuk dapatkan informasi mengenai review atau info yg kita buat tue.. jadi target audience tue maybe akan lebih meluas contohnya orang dewasa ke.. orang dewasa neh diorg kurang faham sket bahasa2 yang terlampau rojakk..huhuu
[Reply]
about 1 year ago
Mencipta entri memerlukan kreativiti
.-= imran´s last blog ..Blog Protector =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 16th, 2010 at 2:27 pm
sokong pendapat neh bro
[Reply]
about 1 year ago
masa nak start buat entry semangat..
tapi belum smpi suku nak buat, idea pun ilang..
tu yg sy pnya entry pun jadi macam.. erm.. harem.. hehe..
nuffclicked – walking2 ~
.-= aku´s last blog ..MacDe Pizza Hir =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 16th, 2010 at 2:28 pm
haha.. mcm2 ..macam mana boleh ilang idea2 tue..huhu
[Reply]
about 1 year ago
kekdg kalau xde idea sgt aku review n share gambar jer. pas2 komen n kutukla gmbr tu sampai puas..hehehe
.-= razis´s last blog ..Bagus ke Buffered Earning Nie =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 16th, 2010 at 2:29 pm
huhuu..kutuk xtahan tue.. haku pun cm2 ..tapi slalunya review filem..sebab haku slalu tgk wayang..hehe
[Reply]
razis Reply:
March 16th, 2010 at 8:38 pm
kalau wyg tak best mesti kutukkan? hahaha…kesian movie yg kena kutuk tu..sure orang taknak tgk..tu la power of blogging..mampu mempengaruhi org lain.
.-= razis´s last blog ..Bagus ke Buffered Earning Nie =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 17th, 2010 at 1:00 am
haha..itu sudah mesti..takkan cerita xbest nk tulis best kot..haha ..haku pun buat juga review mcm tue..lagipun setiap wayang yg haku tgk mmg haku akan reviewkan cerita tue..nasib lar kalau cite tue xbest..haku kutuk kaw2..haha
thats why orang ramai lagi pecaya blog dari paper terutama kalau bab2 politik..haaa ..
about 1 year ago
sebab blog aku stail komik, so aku tapaya tulis panjang2, cuma nak melukis tu kena cari time orang takde. kalu x aku segan nak lukis kalu orang tengok..
.-= Park Air´s last blog ..Contest – Header for Rowena =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 16th, 2010 at 8:25 pm
haha..bro..mmg kreatif entry2 ko..ko selit sekali ngan komek sbg cara penyampaian ko.. haku suka..thumb up bro
[Reply]
about 1 year ago
perkongsian maklumat yg bagus
aku pun tak suka baca blog yg mcm diari terbuka. cerita hari ni makan apa la, hari ni baju warna apa la, kereta sangkut dalam kesesakan la. melainkan kalau ada peristiwa menarik. mcm dlm nasi lemak ada kepala cicak ke, kereta tersangkut tapi dapat bantu wanita bersalin ke ape ke.
dan seboleh2 aku pun nak elak blog aku dari jadi diari terbuka…
.-= djambu´s last blog ..air liur meleleh… =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 17th, 2010 at 1:02 am
diari blog neh ada cara dia nak menulis.. tulis benda2 yg menarik je dan dapat dikongsi dengan pembaca misalnya melancong kat luar negeri ke .. jangan ler buat macam yg kamu katakan tue.. benda2 mcm tue orang tamau amik tau.. lainlah kalau dia tue artis ..betul x?? haha
[Reply]
djambu Reply:
March 17th, 2010 at 1:43 pm
tepat sekali!
[Reply]
about 1 year ago
macam tu la kita menulis ni, kadang tu idea banyak, tapi nak susun idea tu satu hal, sbb tu dalam draf aku berpuluh-puluh entri yg tak siap tulis lagi, adehh.. kadang tekanan juga nak buat entri ni.. nasib baik aku ada banyak artikel/penulisan ilmiah yg bole disumbat masa xda idea nak tulis sesuatu..
apapun, thanks bro kongsi ni..
.-= kulanz´s last blog ..Happy Birthday to me… =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 17th, 2010 at 12:58 am
sama2 bro.. wah..banyak juga koleksi entry2 yg bakal bro publishkan yer.. huhuu
idea banyak memang best bila nk menulis, tetapi kadang2 susunan dan cara penceritaan tu yg kadang2 merumitkan .. kalau nk buat hentam kromo boleh, tapi entry jadi xmenariklah .. itu yg kadang2 boleh menghabiskan masa berjam – jam dihadapan komputer semata – mata mahu menyusun ayat..
drafting kebanyakannya haku tulis dalam notebook je..sebab haku jarang membuka komputer semasa keje.. jadi tamau lupa idea2 yg terkeluar tue, haku catit je kat dalam buku kecik haku tue.. tapi tue arr dia.. bila masa nk susun ayat je, jadi blur..hampeh btol..haha
[Reply]
about 1 year ago
rasanya x susah nak cari idea.. buat blogwalking pun boleh dtg idea..
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 18th, 2010 at 12:33 am
yup..sokong..boleh buat entry berdasarkan pengalaman kita berblogwalking ..
[Reply]
about 1 year ago
salam tuan blog, g blog Apiez, blog ni menang Award, ambik Award tau heheh
http://www.mofizputra.co.cc/2010/03/yeh-blog-aku-dapat-award.html
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 18th, 2010 at 12:52 am
tq bro..akan haku ambil nnt..huhuu..
[Reply]
about 1 year ago
panjang gila entri..aku buat entri pendek2..idea takde..hehe
.-= aizuddin´s last blog ..My Favourite Surfing Spot =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 19th, 2010 at 12:26 pm
hehe,,idea terlebih sket..tue yang tulis panjang2 tue..kalau sikit pendek ler jawapnya..haha
[Reply]
about 1 year ago
sibuk antara sebab payah nak update blog tue..haha.. haku dah tiga hari berkerja lebih dua belas jam..xbleh nak update langsung blog neh..blogwalking apatah lagik..huhu
[Reply]
about 1 year ago
terasa nihhh
)
baru je updet td
.-= enydiamond´s last blog ..Apa itu Cinta? =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 20th, 2010 at 12:41 am
hoho..kenapa terasa?? huhu
[Reply]
about 1 year ago
Hehe….thumb-up tuan tanah, info berguna untuk aku dimasa depan..
Aku suka ayat hang “tiada apa dalam dunia nie sukar untuk selama-lamanya” hehe…
Maybe next time aku akan sampai ke 4th Peak Broga Hill hik3…
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 20th, 2010 at 12:20 pm
hehe..sama2 sis.. mmg dalam dunia tiada yg sukar selama – lamanya.. melainkan kita malas mencuba atau berlatih .. hehe
[Reply]