Murky is On The Way!
Din Beramboi kritikal disebabkan penyakit kencing tikus atau demam denggi berdarah?
Seperti yang kita semua tahu, pelawak terkenal yang juga salah seorang juri dalam rancangan realiti TV Raja Lawak, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad, 44, sedang dirawat di ICU Hospital Selayang akibat penyakit yang sedang dihidapinya iaitu Leptospirosis atau lebih dikenali dengan penyakit kencing tikus.
Tetapi hari ini, Buletin Utama TV3 dan laporan dari Bernama menyatakan yang anak sulung Din Beramboi Nil Aina Adibah Mior, 18, menafikan yang ayahnya sedang menghidap penyakit yang berpunca dari kencing tikus itu. Menurut laporan dari kedua – dua media elektronik itu juga, doktor yang sedang merawat Din Beramboi mensyaki bahawa pelawak terkenal itu menghidap penyakit Demam Denggi Berdarah, dan masih lagi dirawat di dalam wad ICU tetapi semakin stabil.
Menurut kenyataan anaknya kepada Bernama, Din Beramboi sebenarnya tidak koma seperti yang dilaporkan oleh akhbar, beliau hanya “ditidurkan” oleh petugas perubatan supaya mereka dapat merawatnya dengan mudah. Anaknya juga menyatakan yang bapanya berkemungkinan akan dipindahkan ke wad biasa esok dan diperiksa oleh pegawai perubatan untuk melihat samada terdapat simpton – simpton penyakit kencing tikus seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Walauapapun penyakit yang sedang dihidapi oleh abang Din Beramboi kita ini, diharap beliau cepat sembuh dan marilah kita berdoa demi kesihatan beliau.
update: 11.52pm / 31.03.2010
Update: 01/04/2010 – Din Beramboi disahkan mengidap penyakit “Denggue Shock Syndrom” oleh Pengarah HS, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh dan masih dalam keadaan Kritikal – Harian Metro
Popularity: 14% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on March 31, 2010 at 9:18 pm, and is filed under Hiburan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |


about 1 year ago
anak & isteri dia lebih mengetahui kut. tweet terbaru, abg din kritikal semula.
dah baca twitter terakhir abg din sblm masuk hospital? sedih rasanya..
.-= jomss´s last blog ..Twitter Din Beramboi. Berdiri Bulu Romaku =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 31st, 2010 at 11:19 pm
dah baca twitter dia..memang sedih..mcm dia dah tau2 je..
[Reply]
Yoycullen Reply:
April 1st, 2010 at 12:33 pm
dah bace gak..
harap2 xde pape..
aku mmg fan DB ni..
xde dah org bole wat lawak yang gile macam din..
.-= Yoycullen´s last blog ..(Review) 3 Idiots Memang Terbaik. =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 1st, 2010 at 9:48 pm
harap2 mcm tue lar bro.. haku pun peminat dia juga =)
about 1 year ago
semoga baik2 semuanya
apakah hubungan din beramboi dengan pakcik din ujang ?
lebih suka pakcik din ujang
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 31st, 2010 at 11:20 pm
entah ler… rakan baik kot.. haku pun xkenal pakcik din ujang
[Reply]
about 1 year ago
tak kisah la sakit apa p0n, asalkan kita semua doakan yg terbaik utk din beramboi..
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 1st, 2010 at 12:23 am
tue yg seeloknya.. =)
[Reply]
about 1 year ago
semoga dia cepat sembuh..selalu kita gelakkan dia..kali ni kita doakan dia pula..
.-= mizzura´s last blog ..Teriakan Bayi Di Hospital Universiti =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 1st, 2010 at 12:59 am
betul tue zura.. sama2 lah kita mendoakan dia..
[Reply]
about 1 year ago
em macam2 berita yg diterima..mls dh nk amik tahu..huhu
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 1st, 2010 at 9:49 pm
berdoa semoga kesihatan dia semakin baik =D
[Reply]
about 1 year ago
tak tahu mana yg betul..paper kata lain..blog kata lain..adoii tapi harap DB cepat sembuh a…kang boring lah dunia ni takde DB
.-= F I T´s last blog ..Astro Tambah Channel Baru! =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 1st, 2010 at 9:45 pm
paper kata denggi bro ..blogger pun amek source dari paper..hehe
[Reply]
about 1 year ago
yup =)
[Reply]
about 1 year ago
harap2 mcm tue lah.. paper pun xbleh nk percaya sangat..tapi yg penting semoga beliau makin sehat.. =)
[Reply]
about 1 year ago
kita tunggu berita selanjutnya
[Reply]
about 1 year ago
tak semena2 tkena virus tikus tu ye..bahaya jgk pegi zoo ni..pe2pn smoga din beramboi cpt sedar n sembuh la..amin
.-= tueratora´s last blog ..Cabutan Bertuah Malia & Hubby MAC 2010 =-.
[Reply]
about 1 year ago
harap abg din cepat sembuh la….mmg bnyk crta psl die lps masuk hospital tu..hehee…
[Reply]
about 1 year ago
Perginya seorang penghibur….
Salam Takziah buat keluarga allahyarham Mior Ahmad Fuad@Din Beramboi. Muga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin. Sy bagi pihak peminat beliau memohon maaf diatas perbuatan/percakapan yg sengaja/tidak disengajakan dlm masa beliau cuba menghiburkan kita semua, samada yg mengenali beliau secara langsung mahupun tidak.. kita ibaratkan beliau bagai lilin yg menerangi dunia hiburan kita.. Yg hidup pasti kan pergi jua, cuma memohon jasa baik kalian bagi mendoakan serta sedekahkan al-fatihah kpd roh beliau… Al-Fatihah
[Reply]