Persatuan Badminton MalaysiaRasanya tidak terlambat bagi haku mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang berjaya merangkul kejuaraan All England, kejuaraan yang menjadi impian setiap pemain badminton negara. Tetapi, cerita kejayaan Datuk Lee Chong Wei hanyalah secebis cerita gembira yang terukir didalam drama badminton negara yang penuh dengan duka dan kontroversi.

BAM tidak ubah seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), penuh dengan cerita dan drama sehinggakan para peminat tidak faham dengan hala tuju sebenar persatuan itu. Dari isu masalah jurulatih beregu, prestasi pemain yang tidak menentu, masalah kewangan dan yang terbaru kemelut politik  diantara pegawai tertinggi persatuan itu seolah – oleh memberi petanda bahawa impian negara untuk merangkul Piala Thomas dalam kejohanan yang akan datang ini tidak akan menjadi kenyataan.

Berita mengenai pengantungan Setiausaha Kehormat BAM, P Ganga Rao semalam hanya menambah masalah dan pergolakan yang sedang berlaku didalam BAM itu sendiri. Dengan tempoh hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi sebelum bermulanya Piala Thomas, BAM sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian terhadap persiapan para pemain dari sibuk bersengketa sesama sendiri.

Lihat apa yang berlaku hari ini, Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa mengambil alih tanggungjawab menjaga kebajikan para pemain dari BAM kerana persatuan itu gagal menjalankan tanggungjawab mereka terhadap para pemain dengan sebaik mungkin. Bahkan, timbul keraguan dikalangan pegawai BAM yang dikatakan cuba mengaut keuntungan diatas bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan terhadap persatuan itu. Ini menunjukan BAM bukan sahaja bermasalah di peringkat atasan, tetapi pengurusan mereka juga lemah.

KETEPIKAN isu penggantungan Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ganga Rao sebaliknya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini memberi lebih kuasa kepada Majlis Sukan Negara (MSN) agar menguruskan soal penyediaan tiket dan pemakanan atlit badminton negara, berkuat kuasa serta-merta.

- Harian Metro

Selain itu, prestasi para pemain terutamanya pemain beregu negara cukup mengusarkan para peminat. Prestasi turun naik pasangan beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang gagal melepasi pusingan awal All – England dan juga beregu kedua negara Mohd. Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Abdul Latif yang pulang awal di kejohanan badminton Siri Super Terbuka Switzerland semalam  memang jelas terbukti bahawa prestasi pasangan beregu negara masih dalam keadaan tidak memuaskan. Diantara pemain badminton negara, pasangan beregulah paling kurang melakar kejayaan diperingkat antarabangsa jika dibandingkan dengan pemain perseorangan.

Bagaimana skuad negara mahu mengulangi kejayaan menjuarai Piala Thomas 1992? Dengan prestasi pemain beregu yang tidak menentu, ia akan menyukarkan usaha skuad badminton negara untuk merangkul Piala Thomas pada tahun ini kerana sebagai kejohanan berpasukan, kekuatan para pemain didalam skuad itu mestilah seimbang. Jadi, yang menimbulkan persoalannya sekarang, apa penyebab kemerosotan prestasi pemain beregu negara ini? Adakah masalah ini berkaitan dengan masalah dalaman yang berlaku dalam persatuan BAM? Seperti yang kita tahu, BAM pernah menghadapi masalah tentang isu jurulatih beregu tidak lama dahulu.

Memandangkan sukan badminton adalah sukan no – 2 yang paling diminati dinegara kita, diharapkan pihak BAM dapat menyelesaikan masalah dalaman yang sedang berlaku sekarang dan menumpukan usaha mengulangi kejayaan 1992. Rasanya sudah lama para peminat tanah air menantikan kepulangan Piala Thomas di negara ini. Jangan disebabkan perbezaan pendapat, para pemain menjadi mangsa dan peminat berputih mata. Apa yang peminat ingin dengar dan baca di dada akhbar ialah kejayaan atlet, bukannya kontroversi dan apa yang atlet inginkan dari persatuan ialah kebajikan bukannya persengketaan. (ayat last entry ini ditujukan khas kepada semua persatuan sukan tanah air.)

Bila agaknya Malaysia bakal mengulangi kejayaan 1992?

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 13% [?]