Murky is On The Way!
Filem From Paris With Love
Siapa yang tidak mengenali aktor John Travolta, pelakon serba boleh Hollywood. Beliau bukan saja hebat berlakon dalam filem aksi, malah hebat berlakon dalam filem – filem lawak. Dan jangan terkejut, beliau juga hebat menari dan juga merupakan seorang penyanyi. Sejak akhir – akhir ini beliau sudah jarang berlakon filem – filem aksi dan banyak terlibat dalam filem – filem komedi seperti Wild Hogs dan Old Dogs. Mungkin pada usia 54 tahun menyebabakan beliau banyak tertumpu pada lakonan bergenre sebegitu. Namun, tanggapan haku yang beliau sudah bersara dari berlakon dalam filem – filem aksi ternyata meleset apabila beliau bersama Jonathan Rhys Meyes telah muncul dalam filem aksi berjudul From Paris With Love yang telahpun ditayangkan dipawagam pada 25 Februari yang lalu.
Filem ini mengisahkan seorang pegawai perisikan kelas rendah yang menjadi pembantu khas Duta Amerika Syarikat di Perancis. Ejen James Reece lakonan Jonathan Rhys Meyes yang sering diarahkan ketuanya yang juga duta tersebut melakukan kerja – kerja perisikan kelas rendah telah meminta kepada ketuanya untuk melakukan kerja – kerja perisikan yang lebih tinggi dan mencabar. Akhirnya apa yang diimpikan oleh beliau untuk menjadi ejen perisikan kelas tinggi tercapai apabila dia telah diminta oleh ketuanya untuk membantu ejen Charlie Wax (lakonan John Travolta) yang diterbangkan khas dari Amerika Syarikat untuk menjalankan satu misi penting di Perancis iaitu misi menggagalkan rancangan pengganas di Perancis.
Aksi tembak – menembak antara mereka berdua dan penjahat memang cukup membangkitkan keghirahan untuk menonton filem ini. Walaupun filem ini penuh dengan aksi dan bunuh – bunuh, terselit juga lawak – lawak sampaikan dalam tengah beraksi, terdapat juga adegan lawak. Bagi haku yang merindui aksi lakonan John Travolta memang tidak mengecewakan. Beliau memang aktor yang cukup gila – gila. Dengan gaya ala – ala mat rempit Amerika memang ramai yang akan tidak menyangkakan yang beliau dalam filem tersebut merupakan ejen khas CIA.
Perjalanan cerita ini juga tidak terlampau rumit. Senang untuk difahami. Lagipun, banyak aksi dari adegan bercakap, jadi anda tidak perlu mengerut dahi untuk memahami perjalanan cerita ini. Kepada peminat filem aksi, jangan lupa saksikan filem ini dipawagam terdekat.
Popularity: 3% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on March 2, 2010 at 3:24 pm, and is filed under Info Filem. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |



about 1 year ago
wah best ni, kena download!!
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 2nd, 2010 at 4:52 pm
haha..bestnye teknologi..donlod terus..haha..
[Reply]
about 1 year ago
kurang minat skit cita mat saleh
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 2nd, 2010 at 11:25 pm
oho..ye ke bro..aiseh..hehe
[Reply]
about 1 year ago
haha aku tak tau best ke tak..aku tggu subtitle…ade sub english tak? aku cari kat subscene tak jumpe lagi..aku suke lagi tgk john travolta berlakon dlm cite old dogs..pecah perot beb tak tahan nak gelak..haha..
aku dah ade cite ni..tak tgk jer lagi..tggu la nti..hehe
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 2nd, 2010 at 11:26 pm
huhuu..xde bro..neh pun haku tgk wayang.. selalunya haku tgk wayang baru haku bl dvd dia atau donlod ..hehe.. old dog haku tak tgk..tapi wild hogs..mcm gampang dia berlakon ..hahaha
[Reply]
about 1 year ago
haha…citer ni walaupun action tapi ade lawaknye….ade romantiknye…aku paling suker time awek die yang melamar die..
romantik seyh…
tp tak sangka pompuan tu jahat…
and ade satu lagi perkara penting…
ada perkataan ALLAH kat dinding dalam citer tuh..
part yang tu aku tak puas hati sangat la…..urmmmm
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 2nd, 2010 at 11:27 pm
tgk je ending cita tue, dia buat seolah – olah org islam neh semua fanatik nak jadi suicide boomber..
[Reply]