Murky is On The Way!
Gambar – gambar hangat artis di Konsert Hot FM Big Jam 2010, Padang Kota, Pulau Pinang
Semalam, 6 March 2010 di Padang Kota Lama, Penang, Hotfm bersama – sama TM telah menganjurkan satu konsert Big Jam 2010. Konsert yang bermula dari pukul 12.00 tengahari dan berakhir pada pukul 12.00 malam menampilkan lebih 30 artis tanah air. Ramai penduduk Pulau Pinang tidak melepaskan peluang untuk pergi menyaksikan konsert yang dianjurkan oleh Radio Hangat tanah air. Haku juga tidak melepaskan peluang untuk pergi menyaksikan konsert hangat. Agak lama jugalah haku tidak menjejakkan kaki ke konsert – konsert besar seperti ini. Rasanya kali terakhir haku pergi ke konsert besar seperti ini ialah konsert Rock The World beberapa tahun yang lepas.
Jarak rumah haku dengan Padang Kota tidaklah berapa jauh, hanya beberapa kilometer sahaja, jadi haku bertolak keluar ke rumah bersama DSLR haku pada jan lebih kurang 6 petang. Tiba disana haku sangkakan pengunjung masih belum ramai lagi. Tetapi sangkaan haku meleset, rupa – rupanya sudah ramai pengunjung berkumpul di hadapan stage untuk menonton Misha Omar dan artis – artis lain melakukan persembahan. Haku tidak berkesempatan untuk snap gambar – gambar artis melakukan persembahan pada waktu petang kerana jarak antara haku dan stage terlalu jauh ditambah pula dengan crowd yang terlampau ramai dihadapan stage.
Pada belah malamnya, pengunjung mula bertambah untuk pergi menonton konsert tersebut sehinggakan jalan dari Jelutong Expressway menuju ke Pusat bandar mengalami kesesakan teruk. Haku yang datang ke konsert tersebut untuk mengambil beberapa gambar artis nekad merempuh pengunjung – pengunjung disitu untuk berada dekat dengan stage. Namun setibanya haku diruangan yang khas untuk pengunjung yang mempunyai sticker, haku dihalang oleh abang – abang RELA, namun setelah merayu haku dibenarkan masuk oleh petugas konsert tersebut tetapi hanya duduk dibahagian belakang ruangan tersebut. Ok lah dapat duduk disitu, sekurang – kurangnya dapat juga view terbaik untuk snap gambar daripada duduk berhimpit – himpit dengan orang ramai. Semasa haku sedang snap gambar – gambar kumpulan Fotograf, seorang ketua RELA mendekati haku dan menyuruh haku pergi kedepan untuk dapatkan view lagi terbaik. Peh, terima kasih banyak kepada abang RELA tersebut dan juga brader petugas konsert kerana membenarkan haku masuk ke area tersebut. Tanpa permission dan belas kasihan diorang, jangan haraplah haku dapat snap gambar – gambar seperti dibawah ini. Jadi kepada photographer – photographer, rule pertama untuk dapat view terbaik semasa di konsert, mintalah kebenaran dengan baik kepada petugas konsert, insyallah dia akan bagi (hohoo)
Haa..apa lagi, bagai orang mengantuk disorong bantal, apa lagi, haku pun tidurlah kat konsert tersebut, eh! bukan – bukan!! snap gambar haa. Memang puas hati haku dapat snap gambar – gambar artis secara dekat sehinggakan bateri DSLR haku habis betul – betul dipenghujung konsert. Bayangkan berapa banyak gambar haku dapat shoot (haha). Tetapi yang tak bestnya, semasa Faizal Tahir sehingga Bunkface melakukan persembahan, kawasan konsert seperti dilanda ribut pasir. Penuh debu berterbangan ke udara, mungkin disebabkan crowd meloncat – loncat semasa artis – artis tersebut melakukan persembahan. Ini menyebabkan kamera DSLR haku penuh dengan debu – debu berterbangan. Peh..ayat..
Pada malam itu, bagi haku BPR dan Faizal Tahir adalah artis yang memberikan showmanship terbaik diantara artis – artis yang lain. Malah Faizal Tahir hampir membuat kontroversi kerana mahu membaling gitar ke arah crowd. Gilo! (haha). Dia pun melakukan aksi yang menyebabkan dia di GAM oleh stesyen TV beberapa tahun lepas iaitu membuka baju Superman dia. Haha..tapi kali ini tidak menjadi kontroversi disebabkan dia memakai baju spare didalam. Stacy juga memberikan persembahan mantap.Gaya dia menari memang cukup PERGH! mengiurkan (huhuu). Dialah antara artis yang paling sedikit gambarnya haku snap. Tak reti duduk diam, susah haku nak ambil gambar dia. Bagi kumpulan Hujan pula, konsert kali ini merupakan konsert terakhir buat Guitarist mereka kerana guitarist mereka bakal meninggalkan Band tersebut untuk pergi berkerja ke Arab. Dihujung persembahan mereka, Noh dan guitarist dia membuat aksi yang cukup emosional buat peminat mereka. Persembahan yang paling mendapat perhatian para gadis sudah tentu persembahan Anuar Zain, semasa persembahan beliau haku mengambil kesempatan untuk berehat lagipun dihadapan haku penuh dengan crowd – crowd para gadis. Memang sukar bagi haku untuk snap gambar abang Anuar Zain kerana gadis – gadis ini tidak henti – henti meloncat dan menolak haku..HUH!.
Geng – geng DJ Hotfm juga tidak ketinggalan menyanyikan lagu tema mereka. Lagu apa tah haku pun dah lupa. Boleh tahan DJ – DJ Hotfm neh menyanyi, Suara Faizal Ismail atau FBI paling mantap sekali. Aksi – aksi mereka semasa menyanyikan lagu tersebut juga boleh tahan lucu haha. Cuma, nasib baik tak hujan ..hehe..jangan marah ye geng DJ hotfm
Dihujung konsert, semasa Bunkface menyanyikan lagu Tema TM Through My Window, haku mula meninggalkan ruangan dihadapan stage. Tetapi sebelum bergerak kebelakang, haku sempat mengucapkan terima kasih kepada abang – abang RELA yang menjaga pintu masuk hadapan stage kerana membenarkan haku masuk ke kawasan itu. Haku ingat sukar untuk merempuh lautan manusia semasa hendak ke belakang, tetapi tidak, rupa – rupanya kawasan belakang crowdnya sudah berkurangan, tidak seperti dipertengahan konsert tadi. (sebelum blah kebelakang sempat kena sembur air ngan band Bunkface..aparaaa..). Selepas saja Bunkface selesai menyanyikan lagu tema TM tersebut, tiba – tiba stage meletup! haha..gurau, meletup kerana mercun dipasang pada stage. Memang cantik. Nasib baik haku tidak duduk depan, kalau tidak terbakar muka haku (haha).
Oklar..cukuplah haku bercerita, terpanjang lar pulak, padahal nak tulis pendek je (hoho). Harap anda semua enjoy dengan gambar – gambar yang haku snap. Tidak berapa cantik sebab haku kurang sket ambil gambar waktu malam, lebih – lebih lagi gambar konsert waktu malam..huhuu..
Antara artis yang terlibat
p/s: Gambar selebihnya akan di Upload ke akaun Flickr haku. Kepada yang mahu lihat gambar – gambar selanjutnya, anda akan dkenakan bayaran RM10 ringgit sahaja untuk akses ke akaun haku. Haha! gurau je. Tunggu selepas haku selesai edit gambar – gambar tersebut. Bila haku selesai edit dan Upload aku akan letakkan link akaun Flickr haku disini.
UPDATE!
Gambar – gambar lain telah diedit dan di upload ke akaun Flickr haku. Bolehlah klik LINK ini untuk lihat gambar – gambar tersebut.
Popularity: 20% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on March 7, 2010 at 4:55 pm, and is filed under Hiburan, Photo. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No comments yet.
No trackbacks yet.
Projek “Alpha” Haku: Buah Durian Balik Pulau
about 1 year ago - 33 comments
Yey! Musim buah kat Penang neh makin dekat. Sempena kedatangan musim buah – buah tempatan melambak di tepi – tepi jalan di Penang neh, haku ingin men”tribute”kan buah – buahan tempatan dalam koleksi photography haku neh. Dan buah yang menjadi pilihan haku ialah buah durian Balik Pulau kerana buah durian Balik Pulau adalah salah satu…
Bila si Jejaka DSLR bertemu si Manis Photoshop..
about 1 year ago - 30 comments
Selepas mengeluarkan entry mengenai Majalah Digital Camera , hari neh terasa mahu mengodek – godek software Photoshop CS 3 untuk mengedit gambar. Dari pejabat lagi haku tak sabar – sabar mahu mencari gambar – gambar yang mahu diedit dan juga mengedit gambar member haku. So disebabkan hari neh haku tiada idea mahu menulis blog, haku…
Photoshop + DSLR = Terbaik!
about 1 year ago - 25 comments
Kata Allahyarham P. Ramlee, Irama dan lagu tak dapat dipisahkan, begitu juga dalam dunia fotografi dimana DSLR dan Photoshop saling memerlukan. Tanpa Photoshop, gambar umpama lagu yang tidak berirama. Entry haku kali ini merupakan entry pertama untuk tahun ini haku menayangkan gambar – gambar edited haku. Agak kekok sebenarnya semasa haku cuba edit gambar –…
Hari minggu yang menyeronokkan
about 1 year ago - 18 comments
Salam bloggers semua. Apa Khabar semua, rasanya semua sihat bukan, harap – harap begitulah. Pertama kali haku ingin meminta maaf kepada blogwalker – blogwalker yang melawat blog haku, minta maaf banyak – banyak kerana tidak dapat melawat balik blog anda kerana haku telah terputus hubungan dengan dunia blogging selama 3 hari kerana haku terlibat dengan…
Drama King (Lirik) – Meet Uncle Hussain ft Black Mentor
about 2 years ago - 21 comments
Meh kita layan lagu latest Meet My Uncle.Eh!, Meet Uncle Hussain lor. Lama dah haku tak dengar lagu dari band terbaik Malaya neh Sejak Lan bercerai dengan ahli – ahli Meet Uncle Hussain. Haku ingatkan band neh dah pupus terus sebab haku tengok Myspace diorang macam dah tak terurus jer. Nama Lan pun masih ada…
Bunkface – Through My Window ( With Lyric)
about 2 years ago - 3 comments
Through My Window – Bunkface ( With Lyric) 1st time i heard this song, i thought it was performed by All American Reject, then my friend told me, this song was performed by Bunkface ..LoL .. Shame on me. Honestly i told you guys ..music,sound and vocal almost same with All American Reject. FYI, this…


















