Murky is On The Way!
Gengblogger: Antara Blogger Lelaki dengan Blogger Perempuan
Perasan atau tidak anda yang menjadi ahli Gengblogger yang perempuan lebih banyak mendominasi ruangan populariti berbanding lelaki? Boleh dikatakan hampir 75% sidebar yang menunjukkan profile – profile popular banyak didominasi oleh para gadis sampaikan haku naik hairan dan berkata kepada diri sendiri “tak popular ke blogger – blogger lelaki neh atau admin Gengblogger neh pilih kasih? asyik gadis je yang selalu dapat tempat.. huh!”. Jadi, disebabkan perasaan ingin tahu dan tidak puas hati (kerana lelaki dikalahkan oleh kaum wanita ..haha) haku terus membuat sedikit kajian dan pemerhatian terhadap laman tersebut kerana ingin mengentahui mengapa profile blogger perempuan lebih popular dari para lelaki.
Jadi setelah haku membuat kajian singkat haku dapati hanya dua saja yang betul – betul memberi sebab paling kukuh mengapa profile – profile gadis lebih popular berbanding lelaki. Sebab pertama neh memang paling common iaitu GAMBAR. Kebanyakkan profile- profile kaum hawa neh mempunyai gambar dan kebanyakkannya juga CUN – CUN belaka (huhuu),tak hairanlah mengapa profail kaum wanita neh lebih laku berbanding lelaki. Sebabnya, mereka ini akan mendapat lebih viewer berbanding lelaki kerana seperti yang kita tahu para jejaka akan tertarik dengan profile wanita yang meletakkan gambar – gambar mereka yang cun - melecun. Mereka neh pantang melihat gambar gadis – gadis cun,pasti mereka akan klik profile tersebut untuk melihat gambar dengan lebih jelas . Tetapi bagi perempuan pula, mereka tidak kisah, lelaki ke, perempuan ke dua alam ke semua mereka akan tengok. Jadi disini kita boleh tengok, profile lelaki hanya akan dikunjungi oleh kaum hawa sahaja dan jarang dikunjungi oleh kaum sejenis mereka, manakala profile wanita bukan saja dikunjungi oleh kaum lelaki, malah kaum perempuan juga. (reason ini berdasarkan sifat semulajadi kaum lelaki..hehe)
Sebab kedua dan yang paling utama ialah penglibatan aktif dalam komuniti tersebut. Haku dapati, kebanyakkan forum – forum banyak mendapat penglibatan dari kaum wanita. Kaum lelaki? jarang sekali macam haku. Setiap kali haku buka forum – forum yang ada dalam komuniti tersebut haku dapati, kaum wanita paling banyak sekali terlibat sampaikan forum tersebut umpama menjadi tempat chatting pula (haha). Penglibatan lelaki dalam forum? hehe..post satu kali lepas tue blah. Sebab itu lelaki gagal untuk meraih populariti dalam komuniti gengblogger. Selain itu juga, kalau anda lihat pada ruangan aktiviti yang terdapat dalam komuniti Gengblogger, kita boleh bahawa kebanyakkan aktiviti seperti walking and komen banyak dilakukan oleh kaum hawa. Itu juga sebab mengapa mereka lebih popular dari kaum lelaki didalam komuniti tersebut. Lagipun, kekerapan terlibat dengan aktiviti dalam komuniti tersebut akan menyumbang kepada populariti sesebuah profile.
Sekarang baru haku tahu mengapa lelaki kurang mendapat tempat dalam ruangan populariti Gengblogger. Mereka ini sebenar kurang mendapat support dari kaum sejenis mereka dan malas untuk mengaktifkan diri mereka komuniti tersebut (haha..sama macam haku juga) bukan disebabkan admin yang pilih kasih. Jadi kepada kaum lelaki marilah kita support semasa sendiri untuk mengimbangi kekuasaan para gadis dalam ruangan populariti tersebut.
p/s: haha..ending tak best langsung ..maklum lar perut tengah lapar..
Popularity: 5% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on March 3, 2010 at 11:34 pm, and is filed under blog. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |



about 1 year ago
Haa . . . Tapi kamu perasan yang post paling popular of the day kerap diconquer oleh lelaki ?
.-= Sakira´s last blog ..1 Tip Yang Akan Membantu Anda Blog Lebih Baik . =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 4th, 2010 at 12:28 am
yup..tue mmg haku perasan..blogger lelaki konker part tue..
[Reply]
Sakira Reply:
March 4th, 2010 at 12:39 am
So, kesimpulannya . . . girls famous sbb looks (I’m not included) ; guys famous sbb brains. Kan3 ?
.-= Sakira´s last blog ..1 Tip Yang Akan Membantu Anda Blog Lebih Baik . =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 4th, 2010 at 12:45 am
hehe..xsemestinya..ada juga yang sebaliknya
about 1 year ago
aku setuju.
profile picture tu adalah penarik yang utama.
aku lebih suka profile picture perempuan pakai tudung.
haha pengakuan ikhlas
order pizza 24hour services hehe
.-= Wan Perlis´s last blog ..Lari Ikut Teman Lelaki – Berapa Harga Seorang Wanita? =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 4th, 2010 at 12:26 am
mau xjadi penarik bro..cun2 dan molek2 belaka..haha
[Reply]
about 1 year ago
Biasalah tu bro..
Aku selalu gak masuk forum tapi orang bolayan je la…
.-= zool´s last blog ..Murid dulu dan sekarang =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 4th, 2010 at 1:10 am
hehe.. haku masuk forum dia just nak promot diri je..haha..malas ahh nk terlibat..lagipun masa x cukup nk spend masa kat situ =P
[Reply]
about 1 year ago
hahahhaa..
betolbetoll..
iskkk..
tp dakni sedar dirik gak..
huhuh
blog tak besttt
.-= amie´s last blog ..terima kasih semua.. =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 4th, 2010 at 1:09 am
hish..jgn ckp cm 2.. blog kita semua best ..hehe
[Reply]
about 1 year ago
female dominance! =D
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 4th, 2010 at 9:01 am
Hahaa.. female now control everything
[Reply]
about 1 year ago
asal gambar cun je aku usya..haha..apa kata ko tukar gambar profile ko jadi gambar awek cun..mesti glemer pasni..hehe
.-= aizuddin´s last blog ..(Tutorial) Cara Sembunyikan Shoutbox Di Sidebar =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 4th, 2010 at 9:02 am
hehehe..haku pernah buat kajian di Facebook..letak gambar gadis..berduyun org lelaki add..muahaha
[Reply]
about 1 year ago
dah akhir zaman…wanita akan lebih ramai & mendominasi banyak perkara
.-= fahd´s last blog ..Mengapa namanya Nurqaseh Khadeeja =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 4th, 2010 at 9:02 am
hehe..silap2 nnt dunia jadi terbalik nnt..pompuan kontrol lelaki..haa..haha
[Reply]
fahd Reply:
March 4th, 2010 at 9:44 am
dah banyak pon berlaku hahahaha….
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 4th, 2010 at 5:25 pm
hehe..mcm dah kena kontrol je??? hahaha
fahd Reply:
March 5th, 2010 at 7:50 am
wanauzubillah hahahaha
Zul Murky Reply:
March 5th, 2010 at 9:17 am
cececeee.. ye lar tue..hahaa
about 1 year ago
Klu popular memang perempuan tapi klu entry lelaki conquer.
Tapi memang camtu perempuan punya profile akan diserang oleh perempuan dan lelaki .
Lelaki punya profile akan di serang oleh perempuan jer.
.-= touya´s last blog ..Touya dan gadis =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 4th, 2010 at 9:04 am
paling ketara yg boleh kt tgk mcm facebook dan myspace..diorg paling byk friendlist dari laki..kalau laki plak byk pompuan dari laki kat dalam friendlist diorg..hehe
[Reply]
about 1 year ago
aku malas la nak cari publisiti kat geng blogger.. baik mantapkan blog sendiri.. lagi bagus.. betul tak?
.-= Amirz´s last blog ..Winter Trip: Kembara merentasi bumi Australia =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 4th, 2010 at 9:06 am
itu mmg betul ..kebanyakkan geng2 laki dalam tue lebih suka entry diorg popular berbanding profile mereka ..
[Reply]
about 1 year ago
yaa..memang itulah penyebabnya..
hik3..betol dah tu, xleh nak cakap ape..haha
.-= cik aina´s last blog ..Aina : "Wedding Contest" =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 4th, 2010 at 9:38 am
hehe .. xbleh nak cakap apa?? haha..pulak dah..
[Reply]
about 1 year ago
Bagi ak, sama ja la, lelaki ka pompuan ka. Yang pasti “entry” mesti mantap, baru la da org nak baca. Usaha untuk keluarkan “entry” yang terbaik k…Chaiyok Geng
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 4th, 2010 at 5:26 pm
hehe..baik sis =)
[Reply]
about 1 year ago
nama pun lelaki….hehe
.-= posh76´s last blog ..Dasyatnya PROMO =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 4th, 2010 at 5:27 pm
hehe..xkan laki nak “usha” laki..btul dak?? kang org kata songsang plak..muahaha
[Reply]
about 1 year ago
Aku pun perasan jgk. Tapi yg popular hanya gadis2 cun. yg dah kahwin atau x cun jauh ketinggalan jgk.
.-= IZA´s last blog ..Larangan Menggunakan Telefon Bimbit. =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 4th, 2010 at 5:29 pm
ini menunjukkan mereka menggunakan pakej dengan baik..eh..yg dah kawen pun feymes ape..haa..hehe
[Reply]
about 1 year ago
sememangnya adalah suatu fakta bahawa blogger wanita memang paling banyak di dunia….but mostly diorang guna blogspot….
.-= kisahremaja´s last blog ..Saya Bukan Gay – Daniel Radcliffe =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 4th, 2010 at 5:30 pm
sebab blogspot senang..xsusah mcm guna WP..lagipun gadis2 suka guna benda2 yg senang..yg susah2 diorg takmau
[Reply]
about 1 year ago
Blogger lelaki selalunya fokus niche blog yang tertentu….lebih kepada bidang yang diminati….
.-= hazman aka species1980´s last blog ..Dabai Bumi Kenyalang =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 4th, 2010 at 5:33 pm
of coz.. lagipun laki banyak variety dalam pemilihan niche berbanding perempuan..perempuan kebanyakkannya suka tulis pasal peribadi kat blog diorng
[Reply]
about 1 year ago
Sememangnya blogger perempuan aktif dalam sesuatu komuniti yang diorang join….
.-= kisahsensasi´s last blog ..Bunuh diri akibat gambar bogel =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 4th, 2010 at 5:34 pm
itu betul..tapi yang menghairankan haku..forum2 lain xmacam forum GB neh..kalau kat forum2 lain, laki paling byk aktif..tapi forum GB mcm terbalik plak..hhuhuu
[Reply]
about 1 year ago
wah! sampai dekat sini isu ni. Hangat betul. Trimas2
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 5th, 2010 at 2:18 am
haha.,.,mesti..dah perasan lama dah benda neh..
[Reply]
about 1 year ago
hahaha
like this!!
xpe la
xpopular pon
xpe
yg pntg
ada reader yg baca blog kite
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 5th, 2010 at 2:19 am
hehe.. betul..dari popular kat sana tapi blog xde orang baca xguna jugak
[Reply]
about 1 year ago
sudah tentu la naluri lelaki nak usha pompuan yang cun2.. tak dapat jadik awek dapat tengok gambar pun jadik laa.. haha
.-= eiman´s last blog ..Update: Intensedebate Plugin – comment number enabled =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 5th, 2010 at 2:20 am
itu sudah mesti bro.. kalau tgk gmbar jantan yg hensem2 dah jadi lain dah tue..hahaha
[Reply]
about 1 year ago
ewah….nk ckp pompuan femes sbb cun n laki ada brilliant entry la….wah…dasat tul statement d ats2 tu…tp btl gak kot….
.-= afnie´s last blog ..KETMA HAIDIR =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 5th, 2010 at 2:20 am
hehe..mmg betul afnie..xde KOT tue..haha
[Reply]
about 1 year ago
Saya setuju dengan anda
.-= imran´s last blog ..Kelebihan Menghafaz Al-Quran =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 5th, 2010 at 2:21 am
hehe..tq bro..
[Reply]
about 1 year ago
hehe..betul lar tue bro.. entry come 1st, kemudian baru populariti..sebab populariti disebabkan entry yg tip top mmg populariti yg mahal
[Reply]
about 1 year ago
bro kena letak profile pic gurl la lps ni..konpem laju je laki masuk..haha..dorang klu gurl laju je msk..tp bkn msuk blog pon….
.-= azizan4444´s last blog ..Bagaimana Wenger Mengajar Saya Bercinta? =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 5th, 2010 at 10:11 pm
kalau haku letak pic gadis kompom kena sumpah seranah ngan laki..sebabnya klik je gambar tue tgk2 owner dia jantan..haha
[Reply]
about 1 year ago
hahaha..btul2,lpas nih u tukar profile pics u..aww.lalalala:)
.-= Arra Jasmy´s last blog ..Errr..nak tanya nih,Kau nih Orang eh?? =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 5th, 2010 at 10:07 pm
hahaaa…takmau!..nnt byk plak laki nak ngorat..hahaha
[Reply]
about 1 year ago
aku setuju weh. sgt2 setuju. huhu… kadang2 walaupun entry pompuan2 itu x menarik langsung tp dorang sgt3 popular.ini disebabkan dorang cun~ kite yg x hensem dan ketiak masam ni x dpt phatian pon.keh3..(kononnye la). anyway,nice entry bro!
.-= apis´s last blog ..Gadis Hilang. Please spread the news. =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 5th, 2010 at 10:13 pm
tau xpe bro..biasalah tue bro..tu dinama marketing strategi..sora biar tak sedap janji cun..mcm tue lar blogging..haha..
p/s: kadang2 rasa blog neh dah mcm myspace..haha
[Reply]
about 1 year ago
hohoho~~ betullah tu… perempuan akan klik semua blog tak kirelah blog lelaki atau perempuan…
.-= Kaseh_esmirakda´s last blog ..GREEN MAFIA bertukar jadi ORANGE MAFIA… kikiki~~ =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 5th, 2010 at 10:39 pm
hah..betul lar tue..salah satu pengakuan dari gadis =P
[Reply]
about 1 year ago
female for sure~sigh~~
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 6th, 2010 at 12:07 pm
yeah.. >,< hehe
[Reply]
about 1 year ago
betul le tu..blogger yg cun pasti akan diserbu dulu even tajuk post dia takde le menarik pun
.-= kopi´s last blog ..Dr Rozmey Dan Rambut Rezekinya =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 6th, 2010 at 5:11 pm
yupp..tepat sekali.. pakej come 1st then kualiti,, huhuhuh
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 6th, 2010 at 5:11 pm
yupp..tepat sekali.. pakej come 1st then kualiti,, huhuhuh
[Reply]
about 1 year ago
hehe,
terimalah hakikat.
takpe2,
pulau pinang jauh terpencil,
gunung hijau di negeri kedah,
dunia blogging ini sgtla kecil
marilah kita mengeratkan ukhwah…
wahaha….pantun pantun memang hobiku,
.-= dec0´s last blog ..Nota Terlekat: KAd UndAngan =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 7th, 2010 at 11:24 pm
alamakk..siap berpantun plak..btw,,tq komen kat page neh =)
[Reply]
about 1 year ago
hahahahhahaa.. mmg bias gila kan? walaupun aku pompuan… tp sapa pose paling cun! paling senget! paling photoshop akan mendapat tempat..
.-= cikemi´s last blog ..Update Neuryz Beauty Saloon =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 7th, 2010 at 11:36 pm
mmg..semua tue pakej semata2 .. kalau kamu nak jadi mcm tue..buat ler seperti mereka2 ..hohoho.. nasib baik lelaki tidak berbuat demikian..kalau tidak buat malu saja..haha
[Reply]
about 1 year ago
Perlukah aku jadi “Dua Alam”? Siang jadi blogger lelaki, malam jadi blogger perempuan? Huhuhuhu…
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 8th, 2010 at 4:32 pm
haha..tidak perlu jd mcm tue broo.. songsang tue..hehehe
[Reply]
about 1 year ago
biasa la …
orang pompuan kan pandai mengarang….
tu xbace novel lg tuh…
kalo novel, cuba kira braper muka surat orang pompuan karang…..
hehehehe
.-= d ina pengantin´s last blog .. =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 10th, 2010 at 8:22 pm
hehe..pompuan daya imaginasi dia tinggi sket berbanding lelaki
[Reply]