Pernahkah anda terfikir peperangan di Iraq merupakan konspirasi Amerika Syarikat dan sekutunya untuk menjatuhkan Presiden Saadam Hussain? dan benarkah Iraq, negara yang mundur memiliki  senjata pemusnah besar – besaran atau tujuan pendudukan negara – negara penceroboh di negara Iraq adalah untuk mengaut emas hitam yang wujud di bumi Iraq. Walau apapun alasan Amerika dan negara sekutunya menyerang dan menduduki Iraq, tindakan mereka jelas tidak berperikemanusian dan tidak wajar dilakukan sama sekali. itulah mesej yang dicuba disampaikan dalam filem terbaru lakonan aktor kacak Hollywood, Matt Damon dalam filem Green Zone. Filem ini sudahpun ditayangkan diseluruh dunia termasuk Malaysia pada 12 Mac 2010 yang lalu.

Filem yang berlatarbelakangkan suasana selepas perang Teluk ke – 2 mengisahkan seorang pegawai tentera yang bernama Roy Miller (Matt Damon) yang bertugas sebagai pegawai waran didalam unit Mobile Exploitation Team. Dia dan  anggotanya ditugaskan untuk mencari Senjata Pemusnah Besar – besaran (WMD) yang  dipercayai disembunyikan oleh tentera Iraq sebelum tercetusnya peperangan diantara Iraq dan Amerika. Mensyaki maklumat yang diterima dari CIA tidak tepat, beliau mula mempersoalkan segala maklumat yang diterimanya dari ketuanya. Namun, tindakannya menyebabkan rasa kurang senang dikalangan pihak atasan tentera dan CIA. Ingin tahu kesahihan maklumat yang diterima, beliau mula menjalankan siasatannya sendiri. Dibantu oleh seorang penduduk tempatan  yang bernama Freddy (Khalid Abdalla) dan juga salah seorang pegawai CIA yang kurang senang dengan tindakan agensinya, beliau mula mencari Jeneral Al – Rawi yang dikatakan mempunyai maklumat mengenai senjata yang disembunyikan dinegara berkenaan. Setiap klu dan maklumat yang beliau terima, beliau semakin dapat hampir memberkas Jeneral berkenaan. Bukan itu sahaja, beliau juga merasakan yang peperangan yang berlaku di Iraq adalah konspirasi negara asalnya.

Dalam filem ini, anda boleh lihat bagaimana Amerika Syarikat mengekploitasi media – media dalam menyampaikan berita – berita palsu bagi menutup konspirasi dan kekejaman yang dilakukan oleh mereka. Filem ini juga terdapat beberapa babak yang menunjukan Lawrie Dayne (Amy Ryan) cuba mendapatkan berita – berita tepat tetapi seringkali diberi berita – berita palsu oleh sumbernya iaitu agenci CIA itu sendiri bagi menipu masyarakat antarabangsa amnya dan rakyat Amerika Syarikat khususnya mengenai tujuan sebenar serangan Amerika terhadap Iraq. Selain itu juga, filem ini juga memaparkan beberapa babak yangmenunjukan kekejaman tentera Amerika terhadap tahanan mereka di Iraq, sama seperti yang dibocorkan oleh media – media antarabangsa.

Jelas sekali filem ini cuba menceritakan keadaan sebenar yang berlaku di negara Iraq dan tujuan sebenar Amerika menyerang negara yang kaya dengan minyak itu. Seperti yang kita tahu, pihak penceroboh masih belum menemui bukti yang mengatakan negera Iraq memiliki senjata pemusnah besar – besaran. Malah dihujung babak filem ini, secara simboliknya, pengarah filem ini memaparkan gambar berlatarbelakangkan kawasan simpanan minyak yang terdapat di negara berkenaaan seolah – olah menunjukan tujuan sebenar Amerika menceroboh Iraq adalah ingin mencuri hasil bumi yang terdapat di negara malang itu. Selain itu juga, pengarah filem ini cuba menyampaikan mesej kepada para penontonnya bahawa kerajaan boneka yang diwujudkan oleh Amerika gagal untuk menstabilkan Iraq.

Kebanyakkan yang dipaparkan dalam filem ini adalah realiti yang berlaku dinegara Iraq. Cuma ada beberapa babak filem ini yang direka – reka bagi menyedapkan cerita, iaitu penglibatan tentera Iraq dalam konspirasi serangan Amerika dinegara mereka. Bagi yang gemar filem – filem perang, filem ini wajib ditonton. Walaupun aksi tempurnya tidaklah banyak seperti filem – filem perang yang lain, tetapi pembongkaran konspirasi  Amerika & CIA yang cuba disampaikan dalam filem ini adalah lebih menarik perhatian. Bagi haku, antara 10 bintang, haku boleh berikan 7 bintang keseluruhan. Sekiranya lebih banyak aksi yang dipaparkan dalam filem ini bermungkinan lebih bintang akan diberi. Jadi, kepada yang ingin mengetahui perjalanan filem selanjutnya, jangan lupa tontoninya di pawagam yang berdekatan.

Green Zone Movie Trailer

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]