Murky is On The Way!
Harimau Muda Ditipu, Orang – Orang FAM makan duit?
Apa lagi alasan yang bakal diberikan oleh setiausaha FAM Datuk Azzuddin Ahmad setelah segala – galanya terbongkar luas. Pekung yang dibuka melalui email oleh Michal Mertinyak iaitu Pengurus Komersil kelab Slovakia MFK Ruzomberok kepada akhbar Harian Metro semalam telah menceritakan segala – galanya terhadap tindakan kaki kelentong badan induk bola sepak negara ini. Hati peminat mana yang tidak kecewa setelah apa yang diwar – warkan oleh FAM sebenar bohong semata – mata.
Akhbar Harian Metro semalam yang bertajuk Raja Lawak di Slovakia memang benar – benar mengejutkan haku sebagai salah seorang peminat bola sepak tanah air. Jika sebelum ini haku beria – ia memuji tindakan FAM yang menghantar skuad muda negara menimba pengalaman bermain dalam perlawanan kompetetif diluar negara, sekarang aku diantara ribuan peminat bola sepak yang kecewa dengan tindakan FAM menipu hidup – hidup para peminat bola sepak tanah air. Mereka bersungguh – sungguh dan memekik bahawa tindakan mereka berjaya menyelamatkan nasib skuad Harimau Muda, tetapi sebenarnya tidak, mereka bukan saja menggunakan skuad Harimau Muda untuk menutup kelemahan mereka, malah sanggup menipu demi menyelamatkan diri.
Bukan itu saja, FAM juga sanggup membazirkan sejumlah wang untuk menampung perbelanjaan pasukan – pasukan yang akan menentang skuad Harimau Muda A dalam perlawanan – perlawanan “liga”. Jika dulu Datuk Azzudin berkata kepada media yang FAM bukanlah bodoh mahu menampung pasukan yang akan menentang skuad Harimau Muda A, ternyata sekarang beliau berjaya memperbodohkan para peminat dengan terbongkarnya berita yang dikeluarkan oleh akhbar berkenaan. Dan bukan itu saja, ia menunjukkan kebodohan sebenar FAM setelah pekung didada mereka terbongkar seluas – luasnya.
Haku tidak mahu mengeluarkan sebarang spekulasi berapa komisyen yang pegawai – pegawai FAM dapat setelah berita yang mengatakan FAM membayar pasukan – pasukan lawan yang akan menentang pasukan muda negara ini, tetapi bagi haku tindakan tersebut merupakan satu pembaziran kantung FAM. Mengapa perlu dibayar kepada pasukan – pasukan berkenaan sedangkan wang tersebut boleh disalurkan ke tempat – tempat yang sepatutnya seperti pembangunan diperingkat akar umbi ataupun membantu pasukan – pasukan negeri yang sedang mengalami masalah kewangan? Tidakkah ia membazirkan sejumlah wang dana yang diberikan oleh kerajaan kepada FAM untuk memajukan bola sepak negara?
Oleh itu, tindakan yang dilakukan oleh FAM ini bolehlah diibarat nasi sudah menjadi bubur, segala penipuan mereka akhirnya sudah terbongkar. Haku sangkakan FAM sudah berubah dan nasib skuad Harimau Muda A dapat diubah, rupanya tidak. FAM masih ditakuk lama, gemar bermain sandiwara. Mungkin inilah akibatnya jika jawatan – jawatan tertinggi FAM dipegang oleh ahli politik dan juga oleh orang – orang yang tidak tahu langsung pasal bola. Jika FAM tidak berubah, maknanya zaman bola sepak negara akan suram sampai bila – bila.
Kepada skuad Harimau Muda A dan juga Coach Azraii Khor, diharapkan anda semua bersabar dengan penipuan dan sandiwara FAM teruskan berlatih dan maju demi negara bukan demi mereka – mereka yang berada di atas singgahsana FAM. Sesungguhnya haku dan juga mungkin peminat – peminat bola sepak diluar sana akan terus menyokong anda dan akan terus berusaha memastikan FAM akan dapat dirombak 100% demi masa depan bola sepak negara.
P/s: bila seseorang gagal merancang, sebenarnya dia merancang untuk GAGAL.
Popularity: 7% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on March 10, 2010 at 1:29 am, and is filed under Sukan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |


about 1 year ago
oh, pity them.
.-= Supia´s last blog ..How to make IMpossible POSSIBLE? =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 10th, 2010 at 5:21 pm
yeah pity them n pity us .. huhuu
[Reply]
about 1 year ago
org melayu memang selalu di tipu..
.-= para´s last blog ..KEAJAIBAN =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 10th, 2010 at 5:20 pm
Selalu ditipu dan menipu..
[Reply]
about 1 year ago
aku kecewa, kalau macamni sampai bila lah bola sepak kita nak maju, tak abis2 dengan penyelewengan…… report sprm..
.-= qimie´s last blog ..Team!! Maafkan Aku =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 10th, 2010 at 5:20 pm
Harap2 begitulah, jangan duk buru bookie je..siasat sekali pegawai2 FAM neh, duit dah banyak habis,tapi skuad negara duk mcm tue juga.;.
[Reply]
about 1 year ago
Aku rasa la kan, bukan Harimau Muda je kena tipu. Satu Malaysia kena tipu …
.-= Anjung Web´s last blog ..Apa itu Fedora ? =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 10th, 2010 at 5:18 pm
memang pun.. 1Malaysia ke kencing ngan cerita2 tipu diorang neh..huhu
[Reply]
about 1 year ago
aku sebagai peminat bola sepak amat sdih dgn berita2 cmni..bile la bola sepak nak maju sekiranya org dalam asik buat hal….
.-= azizan4444´s last blog ..Bagaimana Wenger Mengajar Saya Bercinta? =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 10th, 2010 at 5:18 pm
Mau xsedih n bengkek bro..hidup2 ditipu ngan orang2 atas FAM neh..mmg xkan majulah bola sepak negara neh..
[Reply]
about 1 year ago
dari dulu lagi..diorang masih mcm2 tue..agaknya bila dah kena ngan timor leste baru nk letak jawatan kot.. huhu
[Reply]
about 1 year ago
rombak fam.
selagi ada anasir ni selagi tu malaysia tak layak ke world cup
.-= Wan Perlis´s last blog ..Lari Ikut Teman Lelaki – Berapa Harga Seorang Wanita? =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 10th, 2010 at 7:16 pm
Rombak??? perkataan rombak sudah haku dengar sejak dulu lagi..mmg diorg rombak..rombak kambing2 hitam je..yg kepala nya?? masih disana…
[Reply]
Zaba Perlis Reply:
March 15th, 2010 at 1:55 am
Tukar ja organisasi tu…..xpayah pakai nama FAM dah…berhantu nama tu..mmg x brpandangan jauh btul org FAM ni…penting diri ja…ada la agenda dorg tu..mcm2..
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 15th, 2010 at 10:17 am
mmg pun..tapi pendapat peminat yg suh diorg letak jawatan diorang tutup sebelah mata je..huh
[Reply]
about 1 year ago
aku baca paper metro pun aku terkejut sbb diorg ckp mata yang dimenangi pasukan yang lawan dengan malaysia x dikira dan diorg kat sana lebih kepada perlawanan friendly..aku pun tak paham..ada pihak yg tampil beri penjelasan..
.-= black_mel´s last blog ..Penulisan dan Identiti =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 10th, 2010 at 7:41 pm
2 yg haku cuba bagitau dalam entry neh yg kita sebenarnya dah dikelentong hidup2 oleh “orang2 berkenaan”
[Reply]
about 1 year ago
beginilah politik bola sepak malaysia…..
sampai xmaju kalo buat perangai cam nih…..
org luar tgk pon xkan layan nyer orang malaysia nak main kat luar….
.-= d ina pengantin´s last blog .. =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 10th, 2010 at 8:21 pm
suka tgk akak guna perkatan “politik” tue..sepatutnya politik dan sukan tidak boleh dicampuradukan akibatnya tgk ahh..apa dah jadi ngan pasukan bola sepak negara.. begitu juga dengan sukan2 yg lain..hancur semua gara2 politik dalam sukan..diorg patut contohi persatuan skuash dimana politik langsung tidak wujud dalam persatuan diorg..
[Reply]
about 1 year ago
cari kerja lain.
.-= neon´s last blog ..A Cat That Likes To Poops In The Toilet…Wow! =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 11th, 2010 at 8:40 pm
diorg?? cari keje lain?? huhuuu..jgn harap ler…hehe
[Reply]
about 1 year ago
politik politik politik….
bebaskan mereka dari cengkaman politik…
walaupun aku tak minat bola tapi kasihan…duet pembayar2 cukai juga yg trkorban hehe
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 13th, 2010 at 1:54 am
tgk lar siapa org2 atas dia..semuanya pegawai yg gile kose dan duit..hehe
[Reply]
about 1 year ago
erkk… ape sebenarnye dh jadi bro.. boleh bagitau x?? aku pun peminat setia bolasepak tanah air… haram jadah aku nak sokong EPL…
.-= Hafiz Mohd´s last blog ..Adamaya Slot Akasia TV3 =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 7th, 2010 at 9:47 pm
biasa ar bro..komplot geng2 FAM..ngatkan main kat slovakia main dalam liga betul..rupa2nya friendly je..baik main dalam liga malaysia..lagi bagus..buat perabih boreh je..hehe
[Reply]