Tentu ramai blogger yang dah tahu macam mana hendak mempromosikan blog mereka dengan percuma. Biasalah, blogwalking, exchange banner atau link dan watermark pada gambar adalah cara promosi  percuma yang sudah diketahui oleh ramai blogger baik blogger baru ataupun blogger lama. Jadi tidak perlulah haku menulis lagi kaedah promosi tersebut. Cuma haku akan berkongsi tips cara promosi percuma yang jarang – jarang dilakukan oleh blogger tetapi mempunyai kesan yang lebih kurang sama dengan tiga cara yang haku sebutkan tadi.

Cara pertama ialah melalui signature. Apa yang haku maksudkan signature tue? Signature yang haku maksudkan itu bukan tandatangan kat borang atau kat kertas conteng. Signature yang haku maksudkan ialah signature kat email dan ID. Bagi yang gemar berbalas – balas email ataupun suka meng”foward” email, jangan lupa letakkan sekali nama blog anda dihujung email anda. Dengan cara ini, pembaca yang terima email anda akan melihat nama blog anda dihujung email yang diterima olehnya. Jadi atas dasar ingin tahu, dia mungkin akan klik pada link blog anda.

Begitu juga dengan ID. ID yang haku maksudkan ialah ID forum. Sekirannya anda neh kaki berforum, pihak admin akan menyediakan satu ruang dibawah setiap posting anda. Ruang itu merupakan ruangan signature dimana anda bebas untuk menulis perkataan dibawah selagi ia tidak melanggar peraturan forum. Jadi gunakan ruangan tersebut untuk meletakkan link blog anda. Tetapi, ada syaratnya anda meletakkan link blog anda pada signature. Syaratnya ialah anda mestilah seorang yang aktif berforum kerana setiap kali anda aktif mengeluarkan posting, signature anda akan sentiasa terpampang. Jadi kepada yang bukan kaki forum, apalagi, startlah berforum untuk membantu mempromosikan blog anda.

Promote link di ruangan signature

Anda mempunyai ramai rakan?, Jika ramai,cuba promote blog anda kepada mereka. Jika mereka dapati blog anda menarik, merekalah yang akan menjadi pembaca setia anda. Malah bukan itu sahaja, mereka ini juga akan memperkenalkan blog anda kepada orang lain. Dan sekiranya rakan kepada rakan anda  ini melihat blog anda menarik, mereka akan memperkenalkan blog anda ini kepada orang yang lain pula dan proses ini akan berterusan. Tidakkah ia membantu memperkenalkan blog anda? Cara ini amat sesuai untuk blog berjenis blogshop dan photoblog.

Menggunakan Facebook adalah salah satu cara untuk mempromosikan blog. Maybe ramai yang tahu menggunakan cara ini. Tapi adakah anda menggunakannya dengan cara yang betul? Kalau sekadar meletakkan link blog pada profile anda, efeknya tidaklah setinggi mana. Ada caranya menggunakan Facebook sebagai medium untuk mempromosikan blog anda secara efisien. Caranya ialah menggunakan application NetworkedBlogs. Apa yang perlu anda lakukan ialah daftarkan blog anda di NetworkedBlogs dan kemudian klik auto – publish di feed setting profile anda. Jadi setiap entry terbaru yang dikeluarkan, ia akan di”publish”kan di News Feed dan Wall Facebook dan pastinya akan dilihat oleh rakan – rakan Facebook yang terdapat didalam friendlist anda, jadi secara tidak langsung ia akan membantu mempromosikan blog anda kepada mereka semua.

Contoh entry yang telah dipublishkan di wall haku

Kaki chatting tak anda? sekirannya anda merupakan kaki chatting tak kiralah, Yahoo Messanger, MSN, ataupun Misc, gunakan ia sebagai medium untuk anda mempromosikan blog anda. Sebagai contoh, letakkan link blog anda di status YM  ataupun ajak rakan – rakan chatting anda untuk melihat entry terbaru blog anda. Tapi ingat, beretika sikit bila melakukan promosi blog anda tue, elakkan melakukan spam kerana ia akan menyusahkan orang.

Cara lain? seperti biasalah, gunakan laman – laman sosial yang lain seperti Friendster,Myspace, Twitter dan lain – lain lagi. Jangan lupa join juga komuniti – komuniti blog seperti Gengblogger, Innit, imcurtain dan lain – lain lagi. Sumbit or ping blog anda dikomuniti – komuniti blog yang anda join bukan sekadar join sahaja kerana sekiranya anda submit entry anda dilaman – laman berkenaan, ia secara tidak langsung akan mempromosikan blog anda secara percuma.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 4% [?]