Hari ini haku buka salah satu entry paling popular dalam laman komuniti blogger yang paling popular di Malaya neh, alangkah kecewanya haku dengan entry yang bagi haku AGAK nonsense. Hendak gelak tak lawak, hendak baca pun, tatau apa yang hendak dibaca. Entry terbabit hanya letakan gambar lembu dengan beberapa patah perkataan. Rasa tertipu pun ada dengan tajuk entry berkenaan. Tajuknya memang gempak, tetapi bila dibaca isinya? Ibarat makan ketam, nampak sedap, bila gigit cengkerang dia, hanya air sahaja, tiada ISI. Tetapi kredit kepada owner blog terbabit kerana bijak menggunakan tajuk entry dia untuk menarik visitor termasuk haku. Tapi kredit hanya pada title ye, bukan isi. Isinya pada haku zero (haha..sorry terpaksa berterus terang).

Isi Zero yang haku maksudkan ialah isi yang tiada kualiti, tak kena pada tajuk ataupun ciplak. Dah banyak kali haku terkena dengan tajuk – tajuk entry seperti ini. Dalam 20 entry, hanya 20% sahaja yang betul – betul berkualiti dan berisi. Yang lainnya? mengarut – ngarut bila dibaca. Bukan itu sahaja, ada juga entry yang memang gempak, isi entry terbabit pun memang terbaik, TETAPI sayang seribu kali sayang, duplicate. Kalau macam ini punya entry, tak habislah entry terbabit yang akan dibaca oleh haku, malah sedikit pun haku tidak akan hargai entry blogger terbabit. Buat apa haku hendak hargaikan, lagipun benda tue bukan dia yang punya. hmm..

Memang salah satu tips dalam berblogging ialah TAJUK entry mesti gempak. Tetapi tajuk dan isi kenalah seiring, kalau dah tajuknya gempak, isi kenalah gempak juga, barulah orang tidak mengkritik blog terbabit. Bila dah kerap sangat terjadi seperti itu, bila orang kutuk yang “orang berblogging diapun nak berblogging tapi ******” mulalah owner blog terbabit nak melenting. Tapi itulah hakikatnya yang patut orang – orang terbabit harus telan, dikutuk dan dikeji disebabkan gaya berbloggingnya yang tidak betul. Sebagai contoh kita boleh lihat apa yang terjadi terhadap beberapa blogger dalam masa dua minggu neh, mereka dikutuk kerana isi blog mereka. Salah satunya seperti terjadi pada blog X dimana entry blog beliau dikatakan dupicate dari blogger lain.

Ada caranya anda semua hendak bemain dengan tajuk – tajuk gempak neh, bukan sebarangan je. Ambil contoh blog – blog gosip artis ataupun blog – blog yang memaparkan tip – tip, tengok cara mereka meletakkan tajuk pada entry mereka. Kebanyakkan isinya berkaitan dengan tajuk dan yang paling penting original. Bukan letakkan Tajuk “Fasha Sandha mandi berkemban” lepas tue letak gambar kucing tengah mandi berkemban kemudian anda beritahu kepada audience anda yang nama kucing anda tu Fasha Sandha. Begitu juga entry yang memaparkan tip – tip. Walaupun point tip – tip neh sama, olah point – point tersebut menjadi isi anda sendiri, baru pembaca terasa sedikit kelainan pada tips yang anda berikan itu. Bukannya ambil bulat – bulat dari orang lain punya.

Kalau anda hanya mementingkan trafik dari kualiti bolehlah anda lakukan sedemikian. Tapi sampai bila mahu menipu pembaca dengan entry – entry zero neh? Anda mungkin dapat drive traffik ke blog anda dengan cepat tetapi blog anda tidak akan bertahan lama kerana lambat laun, pembaca blog anda akan rasa tertipu dengan trick anda tue dan akan meninggalkan anda secara perlahan – perlahan. Malah bukan itu sahaja, berkemungkinan akan dicemuh kerana skill tidak beretika anda itu. Mungkin ada akan berkata, “tidak kisah entry zero janji traffik gempak duit pun dapat” tapi itu cara mudah, cara mudah memamg mudah untuk jatuh. Tetapi kalau dilakukan dengan cara elok, blog terbabit bukan sahaja dapat bertahan lama, malah repultasi blogger terbabit akan berada ditempat yang tinggi.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 4% [?]