Salam, firstly haku nak ucapkan tahniah kepada sis Farenova kerana telah pun berhosting baru dan haku juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana membeli hosting dan domain melalui affiliate haku. Alhamdulillah, dapat sikit income. Ha! sapa kata beli domain dan hosting neh tak bleh buat duit? Boleh apa, jadi jomlah kita berhosting sendiri sambil – sambil menjana duit (Hehe).

Kembali ke tajuk asal, ini merupakan tutorial pertama haku mengenai WordPress Self-Hosting. Haku buat neh atas request dari Sis Farenova, jadi jika terdapat kekurangan terhadap tutorial yang haku buat neh harap diampun kerana haku masih baru dalam bab – bab tutorial neh (huhuu). Ok, sambung balik, disamping membantu beliau membina blog barunya, ia sekurang – kurangnya dapat membantu blogger – blogger yang sedang dalam proses membina blog menggunakan WordPress Self – Hosting ataupun memberi sedikit gambaran kepada blogger – blogger lain yang bercadang berpindah ke WordPress Self – Hosting.

Tutorial pertama haku neh ialah mengenai memindahkan entry – entry dan komen – komen lama ke domain baru. Proses ini cukup mudah kerana hanya memerlukan klik dan log in ke akaun Google Anda. Jadi kepada yang takut berpindah ke WordPress Self – Hosting kerana takut terpaksa meninggalkan entry – entry dan komen – komen diblog lama, jangan risau, WordPress menyediakan kemudahan untuk meng”import” entry – entry lama anda ke domain baru.

Memindahkan Entry Blogspot ke WordPress Self – Hosting.

1. Pilih Tools pada sidebar belah kiri dashboard anda. Kemudian klik Import

2. Kemudian klik pada option blogger:

3. Setelah klik pada option Blogger tu, skrin seterusnya akan menyatakan kamu memerlukan kebenaran dari Blogger untuk masuk ke blog lama kamu. Jadi klik pada “Authorise” Button. Selepas klik pada button tersebut, ia akan membawa anda ke Google Login Page, dan satu massage akan dipaparkan yang menyatakan kamu perlu Log In untuk membenarkan WordPress memasuki akuan Blogger anda. (Log in akaun Blogger anda sahaja)

Terpaksa ambil dari google sebab tak boleh nak screenshot

4. Selepas Log In, Klik “Grant Access” Button. (p/s: satu amaran akan dikeluarkan oleh pihak Blogger yang berbunyi lebih kurang begini: “your blog has not registered with Google to establish a secure connection” – Abaikan message ini)

5. Selepas Klik Button “Grant Access”, paparan skrin akan kembali ke WordPress, disana akan kelihatan button “import” disebelah kanan. Klik button tersebut

6. Selepas klik button tersebut, kesemua entry dan komen yang terdapat dalam blog Blogspot anda akan dipindahkan ke domain baru. (Note: Berkemungkinan komen yang menggunakan applikasi Disquss tidak akan di import terutamanya replied comment)

p/s: Jika terdapat masalah hubungi Marki

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 2% [?]