Salam, semalam haku telah tunjukan bagaimana memindahkan entry – entry lama dan follower ke domain baru. Diharap tiada masalah dalam melakukan pemindahan tersebut. Bagi yang menggunakan applikasi Disqus komen, memang agak mengecewakan kerana tidak dapat memindahkan komen di blog lama anda ke blog baru. Haku telah cuba mencari  – cari disekitar Google tetapi tidak jumpa tutorial yang mengajar bagaimana mahu memindahkan komen  yang menggunakan applikasi Disqus ke komen WordPress. Jadi satu je tip yang haku boleh berikan kepada mereka yang menggunakan applikasi Disqus diblog lama, install Plugin Disqus ke blog baru anda. Itu saja cara untuk membawa komen – komen diblog lama anda ke rumah baru.

Okeh, berbalik kepada tajuk diatas. Apabila seseorang blogger telah menukar domain blog  yang lama ke yang baru, re-direct perlu dilakukan bagi memastikan readers mereka tidak berkunjung ke outdated domain atau link. Begitu juga dalam search engine. Setiap search engine akan menyimpan database link – link lama atau nama – nama domain yang dah outdated. Dengan melakukan re-direction, readers atau user dapat dibawa ke tempat yang betul oleh search engine. Selain itu juga, bila domain lama telah dilakukan re-direction, search engine akan mengunakan domain yang baru dari menggunakan domain yang lama dalam engine carian mereka.

Oleh itu, Tutorial haku kali ini ialah berkenaan Re -Direck link blog lama anda ke blog baru. Tutorial ini juga agak simple dan sangat penting dalam memastikan readers atau users tidak berkunjung ke domain kita yang sudah outdated.

1) Install plugin ini terlebih dahulu. Blogger Redirector. (cara mudah, Klik pada Plugins –>Add New –> Taip “Blogger Redirector” dalam ruangan search –> Pilih “Blogger Redirector” dan klik Install disebelah kanan). Tujuan plugin ini dipasang di dalam WordPress ialah memastikan domain baru kita mendapat re-direct klik dan menukar Blogger Permalinks ke WordPress.

2) Buka Dashboard Blogger anda, pilih Setting dan klik pada Publishing. Kemudian, klik pada “Custom Domain dan tukar pada Advanced Settings. Taipkan alamat baru domain anda didalam kotak “your Domain” dan save.

3) Selepas selesai melakukan step kedua, blog anda kelihatan seperti ini:

Jadi jangan khuatir sekiranya blog baru anda tidak dikunjungi oleh pelawat. Mana – mana pelawat yang menaip address ama blog anda, dia akan automatik dibawa ke page seperti diatas. Jadi pelawat tersebut akan akan klik di petak kuning tersebut untuk ke blog baru anda. Satu tips untuk anda, anda boleh buat sticky entry di blog lama anda yang mengatakan anda sudah berpindah ke rumah baru. Jangka masa terpulang pada anda. Selepas anda berpuas hati yang pengunjung dan follower anda sudah tahu anda berpindah ke rumah baru, anda boleh lakukan re-direct link terus ke domain baru anda. Pastikan juga anda memberitahu kepada readers anda untuk menukar alamat baru blog anda di blogroll mereka.

p/s: Sekiranya terdapat masalah hubungi Marki

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 7% [?]