Selepas selesai melakukan re-direct link dari Blogger ke WP-self hosting, kini tiba pula step yang boleh dikira sangat penting iaitu melakukan Re-Direct RSS readers dari Blogger ke WordPress atau menukar URL original feed anda(bagi yang sudah mempunyai akaun feedburner). Bagi bloggers yang mempunyai ramai sucsribers semasa di Blogspot, kegagalan melakukan redirect feed akan menyebabkan Feed anda mati. Ini bermakna, subscriber anda semasa di Blogspot tidak akan mendapat updates dari blog anda sedangkan blog terbaru anda sentiasa diupdate. Jika tidak melakukan redirect feed atau menukar URL asal feed anda ke yang baru, subscribers akan membuang atau menghentikan langganan feed – feed yang sudah mati ini. Ini sangat merugikan kerana subscriber merupakan salah satu punca traffik blog kita.

Oleh itu, melakukan re-direct Blogger feed ke WordPress atau menukar URL original feed adalah penting kerana ia akan memastikan subscriber anda akan sentiasa menerima updates dari blog anda dan seterusnya dapat mengekalkan traffik blog anda.

Bagi tutorial kali ini, haku menggunakan Feedburner sebagai servis Feed blog kita.

Bagi bloggers yang tidak mempunyai akaun Feedburner (Burn WordPress blog feed anda)

1). Bagi yang belum berdaftar dengan Feedburner, anda boleh melawat laman web Feedburner dan create satu akaun feedburner anda. (sekiranya anda mempunyai Google akaun, login menggunakan akaun tersebut, jika tiada, anda terpaksa mendaftar)

2. Follow langkah – langkah untuk mendaftar dengan Feedburner. Hanya masukkan URL blog anda dan kemudian ikut step seterusnya. Setelah selesai mengikuti langkah – langkah untuk mendaftar feed anda, anda akan diberikan satu URL Feedburner seperti ini: http://feeds2.feedburner.com/NamaYangAndaPilih

Satu kelebihan menggunakan Feedburner ini ialah, sekiranya blog anda ingin menukar ke domain yang lain, anda hanya perlu menukar URL baru blog anda tanpa perlu mencipta akaun lain.

Re – Direct Blogger Feed anda ke URL Feedburner.

3). Setelah mendapat URL feed anda, kini masanya untuk melakukan redirection Blogger RSS feed ke URL feedburner anda.

Pergi Dashboard Blogger anda dan pilih Settings. Kemudian pilih Site Feed. Masukkan URL Feedburner anda ke dalam kotak Post Feed Redirect URL dan kemudian klik save. Kini, Blogger feed anda telah di-direct kan ke Feedburner.

Bagi yang sudah mempunyai akaun Feedburner:

4.) Bagi yang sudah ada akaun Feedburner, apa yang perlu anda lakukan hanyalah menukar original Feed anda kepada yang baru. Login akaun Feedburner anda, klik pada Feed yang anda ingin modified dan pilih Edit Feed Detail. Kemudian klik save selepas selesai menukar original feed.

Kini, subscriber anda akan sentiasa menerima updates dari blog anda walaupun anda telah berpindah ke domain yang baru.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]