Rasanya ini adalah tutorial WordPress haku yang terakhir, mesti muak bukan??(haha) biasalah semua tutorial yang haku buat neh memang sudah diketahui oleh bloggers yang menggunakan WP-Self Hosting. Lagipun tutorial yang haku buat ini adalah basic tutorial untuk mereka yang berubah dari Blogger ke WP-self hosting. Jadi tiada apa yang baru, lagipun banyak tutorial – tutorial  seperti ini boleh dicari dilaman – laman carian Google. Berbalik kepada tajuk diatas. Tutorial yang terakhir untuk kali ini ialah mengenai memasang plugins di blog WP-Self Hosting anda. Salah satu kelebihan menggunakan WP-self hosting ini ialah kita tidak perlu memodified coding HTML sekiranya mahu memasang widget. Tidak seperti menggunakan Blogger dimana setiap kali kita ingin memasang widget, kita perlu me”modified” coding HTML.

Berkongsepkan “plug and Play”, plugins boleh di’install’ melalui dua cara iaitu menggunakan FTP ataupun direct install dari Dashboard WP-Self Hosting anda. Mudah bukan? Tidak perlu copy paste coding html, tidak perlu alter mana – mana coding tersebut supaya ia ngam dengan blog kita dan yang paling penting tiada ads tersembunyi seperti ads widgeo. Okeh, tidak membebel banyak, haku teruskan dengan cara – cara memasang plugins.

Cara 1: memasang Plugins menggunakan FTP.

1. Search plugins yang anda inginkan di laman carian. kemudian download ditempat yang mudah untuk anda cari seperti desktop. (Note: unzip folder plugins yang anda download tadi jika perlu)

2. Buka FTP anda, pilih folder WP-Content dan klik pada folder Plugins. Kemudian drag saja folder plugin yang anda download tadi ke dalam folder terbabit

3. Tunggu sehingga selesai diupload. Selepas diupload, buka dashboard anda dan pilih Plugins disidebar. Kemudian, klik Installed, cari plugin yang anda installkan tadi dan klik aktif.

Cara ke – 2: Memasang Plugins direct dari Dashboard WP-Self Hosting.

1. Pergi pada Dashboard, kemudian klik pada Plugins.

2. Pilih option Add New. Taip keyword plugin yang anda cari (rujuk gambar dibawah)

3. Plih plugins yang anda inginkan, dan klik install. Selepas selesai install plugin tadi, klik activate dan anda boleh lawat setting plugins anda install tadi disidebar jika ingin mengubah setting plugin tersebut.

Antara kedua -dua cara diatas tadi, haku lagi senang memasang plugins direct dari Dashboard. Ianya lagi mudah jika nak dibandingkan dengan cara menggunakan FTP. Melainkan haku terjumpa plugins yang bagus dilaman web atau blog, barulah haku guna FTP untuk memasangnya.

*tips: jika terjumpa plugin diblog atau dilaman web dan anda tidak mahu memasangnya menggunakan FTP, anda boleh copy keyword plugin tersebut dan ikut cara no. 2 diatas. (Digalakan guna cara no. 2 sekiranya komputer tersebut merupakan shared komputer ataupun tiada aplikasi FTP dikomputer tersebut. – sebagai langkah keselamatan).

p/s: entry mengenai plugins akan menyusul kemudian

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]