Archive for April, 2010
Senarai Pemain Pasukan Pilihan Piala Thomas
18Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sudah pun mengeluarkan senarai pemain bagi pasukan – pasukan yang bertanding pada Piala Thomas dan Piala Uber pada 9 – 16 Mei 2010 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia. Skuad Malaysia juga tidak ketinggalan menyenaraikan nama – nama yang bakal mengalas cabaran negara dalam kejohanan paling berprestij dalam sukan Badminton.
Walaupun skuad negara sekarang sedang dilanda pelbagai kontroversi dan berita – berita sensasi disamping prestasi pemain yang tidak menentu, ia tidak menghalang para peminat untuk menyokong skuad negara ini. Bermain ditempat sendiri sudah pasti memberi kelebihan kepada para pemain untuk cuba merangkul piala yang kali terakhir dimenangi oleh skuad negara pada tahun 1992.
Jika dilihat dari senarai pemain – pemain pilihan Piala Thomas, skuad negara pasti berdepan laluan sukar untuk cuba melayakan diri ke perlawanan akhir piala Thomas. Tapi atas semangat “Malaysia Boleh”, peminat badminton tanah air yakin yang skuad negara dapat menempuh segala halangan dihadapan mereka.
Oleh itu, selamat berjuang buat para pemain negara. Lupakan segala kontroversi yang berlaku sekarang untuk seketika dan tumpukan persiapan anda dalam kejohanan badminton ini. Diharapkan para pemain dapat melaksanakan tanggungjawab mereka ini dengan baik dan cuba membawa balik Piala Thomas ke bumi Malaysia.
Malaysia:
Perseorangan:
- Lee Chong Wei
- Wong Choong Han
- Mohd Hafiz Hashim
- Tan Chun Seang
Beregu:
- Koo Kean Keat
- Tan Boon Heong
- Mohd Zakry Abdul Latif
- Mohd Fairuzizuam Mohd Tazari
- Hoom Thien How
- Ong Soon Hock
Popularity: 15% [?]
Deep Purple datang ke Malaysia
16
16 Mei 2010 ini Genting Highland bakal digegarkan lagi dengan kehadiran kumpulan Rock legenda, Deep Purple. Kehadiran kumpulan rock legenda ini ke Malaysia adalah sebahagian daripada siri jelajah dunia kumpulan ini yang dinamakan sebagai Deep Purple Asia Tour 2010. Konsert Live In Malaysia ini dibawa khas oleh Zi Production Sdn. Bhd dengan kerjasama Resorts World Genting dan Genting Worldcard.
Ini merupakan kali keempat Deep Purple datang ke Malaysia untuk melakukan persembahan dimana mereka pernah datang ke sini pada tahun 1982, 1999 dan kali terakhir pada tahun 2001 dimana mereka pernah muncul dalam Anugerah Industri Muzik (kalau tak salah haku). Ketika ini, hanya tiga anggota asal masih berada dalam kumpulan ini iaitu Gillian (Vokalist), Roger Glover (Bassits), Ian Paice (Drum) manakala anggota baru ialah Steve Morse (Guitarist) dan Don Airey (Keyboard).
Info Deep Purple Asia Tour 2010.
- Konsert ini bakal diadakan pada malam Ahad, 16 Mei 2010 di Arena Of Star, Genting Highlands.
- Tiket boleh didapati pada harga RM 468, RM 368, RM268 dan RM168
- Anda boleh menghubungi 03 – 27181118 untuk pertanyaan, pembelian atau tempahan tiket ataupun anda boleh melayari www.rwgenting.com untuk maklumat lanjut.
Korang juga berpeluang untuk mendapatkan lima tiket percuma menyaksikan konsert live ini yang berharga RM 168 berserta satu set album Deep Purple dengan hanya menjawab dua soalan mudah iaitu:
- Adakah ini kali pertama Deep Purple datang ke Malaysia?
- Namakan pemain gitar terbaru Deep Purple.
dan korang hantar sebelum 30 April 2010 ke warnermusiccontests@gmail.com dengan meletakkan tajuk DEEP PURPLE Contest – Berita Harian berserta butir – butir peribadi anda seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat dan No. Telefon. Semua warganegara Malaysia layak menyertainya dan pemenang dipilih berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Dengan kedatangan mereka disini, pasti mengamit kerinduan peminat terhadap kumpulan rock ini dan lagu – lagu hits mereka seperti Soldier Of Fortune, Smoke On The Water, Highway Star dan Space Truckin pasti akan kedengaran di puncak Genting Highlands nanti.
Kepada peminat-susah-mati kumpulan legenda rock dunia ini, jangan lepaskan peluang korang untuk menyaksikan konsert live dari mereka ini. Bukan senang nak melihat aksi – aksi mereka diatas pentas, selepas konsert ini entah bila lagi mereka ini akan datang ke Malaysia. Jadi apa lagi, dapatkan tiket untuk anda sekarang.
Popularity: 3% [?]





Recent Comments