Baru sebentar tadi haku menerima berita dari member haku di Facebook yang mengatakan Achik Spin meninggal dunia. Kerana inginkan kepastian, haku Google kesahihan berita menyedihkan ini dan terjumpa berita ini di Forum Carigold.

Achik Spin dikatakan terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawanya apabila kenderaan yang ditumpangi beliau terbabas. Beliau yang tersepit tidak dapat menyelamatkan diri apabila kenderaan yang kemalangan itu terbakar.

Ini quote dari forum Carigold:

17 april – 07.00 pm..berita yang aku baru terima dari member2 call man.. achik spin meninggal dunia petang tadi, dengar kata dia tumpang kereta kawan dia (toyota estima) terbabas di perhentian nilai langgar signboard, arwah tersepit dalam kereta dan kereta terbakar.. kawan dia sempat keluar kereta.. apa2 pun kita tunggu berita mlm ni.

Marilah kita bersedekah Al-Fatihah kepada Arwah dan takziah diucapkan kepada ahli keluarga Achik Spin.

Berita dari Kosmo Online

Api marak membakar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi. - Foto BERNAMA

17/04/2010 8:42pm

SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan


Related Posts with Thumbnails

Popularity: 38% [?]