Credit: Utusan Malaysia

Al – Fatihah buat pelawak dan penyampai radio terkenal Tanah Air, Arwah Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia pada jam 12.30 tengah malam tadi. Haku mendapat berita ini setelah menerima SMS  dari rakan haku dan membaca berita terkini di Utusan online sebentar tadi. Arwah Mior Ahmad Fuad menghembuskan nafas terakhirnya di wad ICU Hospital Selayang akibat daripada penyakit Demam Denggi Berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

Kepada umat islam diseluruh negara, marilah kita bersedekah Al – Fatihah kepada Allahyarham dan berdoa semoga roh Allayarham ditempatkan disisi orang – orang yang beriman. Semua rakyat pasti meratapi kehilangan permata seni tanah air ini. Buat keluarga Allahyarham, takziah haku ucapkan, semoga kalian semua tabah menghadapi dugaan ini.

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 14% [?]