Murky is On The Way!
Deep Purple datang ke Malaysia
16 Mei 2010 ini Genting Highland bakal digegarkan lagi dengan kehadiran kumpulan Rock legenda, Deep Purple. Kehadiran kumpulan rock legenda ini ke Malaysia adalah sebahagian daripada siri jelajah dunia kumpulan ini yang dinamakan sebagai Deep Purple Asia Tour 2010. Konsert Live In Malaysia ini dibawa khas oleh Zi Production Sdn. Bhd dengan kerjasama Resorts World Genting dan Genting Worldcard.
Ini merupakan kali keempat Deep Purple datang ke Malaysia untuk melakukan persembahan dimana mereka pernah datang ke sini pada tahun 1982, 1999 dan kali terakhir pada tahun 2001 dimana mereka pernah muncul dalam Anugerah Industri Muzik (kalau tak salah haku). Ketika ini, hanya tiga anggota asal masih berada dalam kumpulan ini iaitu Gillian (Vokalist), Roger Glover (Bassits), Ian Paice (Drum) manakala anggota baru ialah Steve Morse (Guitarist) dan Don Airey (Keyboard).
Info Deep Purple Asia Tour 2010.
- Konsert ini bakal diadakan pada malam Ahad, 16 Mei 2010 di Arena Of Star, Genting Highlands.
- Tiket boleh didapati pada harga RM 468, RM 368, RM268 dan RM168
- Anda boleh menghubungi 03 – 27181118 untuk pertanyaan, pembelian atau tempahan tiket ataupun anda boleh melayari www.rwgenting.com untuk maklumat lanjut.
Korang juga berpeluang untuk mendapatkan lima tiket percuma menyaksikan konsert live ini yang berharga RM 168 berserta satu set album Deep Purple dengan hanya menjawab dua soalan mudah iaitu:
- Adakah ini kali pertama Deep Purple datang ke Malaysia?
- Namakan pemain gitar terbaru Deep Purple.
dan korang hantar sebelum 30 April 2010 ke warnermusiccontests@gmail.com dengan meletakkan tajuk DEEP PURPLE Contest – Berita Harian berserta butir – butir peribadi anda seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat dan No. Telefon. Semua warganegara Malaysia layak menyertainya dan pemenang dipilih berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Dengan kedatangan mereka disini, pasti mengamit kerinduan peminat terhadap kumpulan rock ini dan lagu – lagu hits mereka seperti Soldier Of Fortune, Smoke On The Water, Highway Star dan Space Truckin pasti akan kedengaran di puncak Genting Highlands nanti.
Kepada peminat-susah-mati kumpulan legenda rock dunia ini, jangan lepaskan peluang korang untuk menyaksikan konsert live dari mereka ini. Bukan senang nak melihat aksi – aksi mereka diatas pentas, selepas konsert ini entah bila lagi mereka ini akan datang ke Malaysia. Jadi apa lagi, dapatkan tiket untuk anda sekarang.
Popularity: 3% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on April 17, 2010 at 9:16 am, and is filed under Hiburan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |



about 1 year ago
aku artis2 luar negara ni tak kenal sangat….. ko pergi ke marki? genting pun aku x pernah jejak lagi…
.-= Amir´s last blog ..Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2010 =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 1:38 pm
maybe pergi.. bukan senang nk tgk legend perform kat sini .. kalau xda apa2 program hari tue..sampai le ke sana..
p/s: dah jemu pg genting sbb dulu keja atas tue..huhu
[Reply]
Wan Perlis Reply:
April 17th, 2010 at 5:48 pm
aku pun sama genting x pernah jejak lagi
wow tiket.. sesapa minat blh la
.-= Wan Perlis´s last blog ..Perspektif Aku Tentang Isu Pembuangan Bayi =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 11:29 pm
kalau yg betul2 diehard..mesti pegi punye
[Reply]
about 1 year ago
kumpulan peberet mse muda2 ni. mmg giler dgn lagu perfect stranger!
.-= piewahid´s last blog ..hero ulu kumbang kena sunat…18sx only (FINAL CHAPTER) =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 1:46 pm
bro neh mesti rockers masa muda2 dulu..hehe..
p/s: haku minat lagu smoke on the water ..
[Reply]
about 1 year ago
wah..ada free ticket lg..!
.-= mizzura´s last blog ..Score A Walaupun Study Last Minute =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 1:45 pm
kena masuk kontes dia..hehe
[Reply]
about 1 year ago
perghhh Deep Purple tu,huhuhu aku minat dengan semua lagu-lagu dorang
.-= wazy´s last blog ..Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 11:33 pm
legend tue .. hehe
[Reply]
about 1 year ago
warrghh deep purple… jarang lah nak pegi konsert2 nie… ngeh2.. nanti jangan lupa upload gmbar.. time konsert nanti…
.-= zik´s last blog ..Petua awet muda bagi lelaki =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 11:27 pm
hehe..insyallah bro.. itu pun kalau dpt pergi..kalau dpt..haku upload gambar2 diorg
[Reply]
about 1 year ago
macam pernah denganr kumpulan ni, hehe.. tengok tiket pun mau rabak duit poket gak..
.-= Mr.Z´s last blog ..Melayu Kita Addicted Dengan Hantu? =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 11:27 pm
neh kira ok lar bro.. masa muse tue lagi berdarah idung..haha
[Reply]
about 1 year ago
soldier of fortune
smoke on the water
highway star
3 lagu yang aku heart
best woh
.-= Azizuan´s last blog ..Beautiful Blogger Award From Yatie =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 22nd, 2010 at 5:12 pm
lagu yg ayah haku selalu pasang dalam keta dia masa haku kecik2 dulu..hehe..ingat lagi..=D
[Reply]