Murky is On The Way!
Demam Denggi, tanggungjawab bersama
Demam denggi sering dikaitkan sebagai salah satu daripada penyakit – penyakit urban. Sebab apa haku mengatakan demam denggi merupakan penyakit urban? Sebabnya ialah penyakit ini seringkali berlaku dibandar – bandar dan juga kawasan – kawasan yang sedang mengalami pembangunan yang pesat. Kalau dilihat dari statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, Top 5 negeri yang mencatat kes denggi tertinggi di Malaysia adalah negeri – negeri yang maju dan sedang pesat membangun seperti Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor.
Dan dengan kempen – kempen dari pihak kesihatan, ramai rakyat negara ini tahu apa penyebab demam denggi dan tempat – tempat pembiakan nyamuk aedes. Tapi, adakah mereka sedar bahawa effort untuk mengelakkan demam denggi adalah tanggungjawab bersama? Tidak, ramai yang tidak sedar, malah mereka lebih mengharapkan pihak kesihatan atau PBT untuk menangkis kejadian demam denggi ini sedangkan masyarakat adalah key player dalam perang demam denggi ini.
Sebagai seorang pekerja barisan hadapan yang memerangi denggi, haku tidak nampak peperangan dengan nyamuk aedes ini patut digalas oleh pihak kesihatan sahaja dan PBT sahaja. Peranan masyarakat sangat penting dalam mengurangkan kejadian demam denggi.
Sebab apa haku berkata demikian? ok, pihak kesihatan dan PBT ditugaskan untuk melakukan kawalan terhadap sesebuah lokaliti samada kawalan dari segi mengelakkan penularan kes ataupun kawalan dalam mengurangkan kepadatan nyamuk aedes. Dan kawalan yang sering dilakukan oleh pihak kesihatan dan PBT ialah dengan melakukan kajian aedes dan semburan kabus fogging disesebuah lokaliti. Kajian aedes yang dilakukan disesebuah lokaliti adalah untuk melihat index nyamuk yang terdapat dikawasan itu dan juga mencari dan memusnahkan tempat – tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Manakala, semburan fogging pula dilakukan apabila sesebuah lokaliti itu terdapat kes demam denggi. Tujuan semburan fogging dilakukan adalah untuk memutuskan rangkaian penyakit demam denggi dengan membunuh nyamuk – nyamuk dewasa yang mungkin terdapat virus denggi didalam badannya. (Semburan fogging juga dilakukan ditempat yang tiada kes sekiranya kepadatan nyamuk dikawasan tersebut sangat tinggi.)
Tapi adakah pihak kesihatan dan PBT dapat melakukan semua ini? Jawapannya tidak. Dengan jumlah tenaga kerja yang tidak setimpal dengan kawasan operasi, peranan dari masyarakat dalam memastikan pengurangan kes demam denggi adalah amat penting sekali kerana merekalah orang yang sentiasa memastikan sesebuah kawasan itu bebas dari tempat pembiakkan nyamuk aedes.
Pihak PBT kebiasaanya akan membersihkan tempat – tempat yang berpotensi ini seperti tempat pembuangan sampah, longkang – longkang tersumbat, semak samun dan lain – lain tempat yang dijaga oleh mereka. Manakala, bagi masyarakat pula, mereka akan membantu pihak kesihatan dan PBT dengan menjaga premis mereka dari menjadi tempat pembiakan aedes dengan sentiasa memeriksa bekas – bekas yang boleh menakung air setiap seminggu sekali dan mengelakkan membuang sampah merata – rata seperti dilongkang ataupun ditanah lapang.
Tapi, masalahnya sekarang, masyarakat tidak mengambil berat terhadap isu ini. Mereka hanya bertindak apabila nasi yang ditanak sudah menjadi bubur atau senang ceritanya, keadaan menjadi teruk. Malah sikap masyarakat yang tidak memberi kerjasama dengan petugas kesihatan dan pihak PBT dalam menangani masalah ini menyukarkan pihak berkuasa untuk memerangi nyamuk aedes ini. Tidak memberi kerjasama semasa pihak kesihatan atau pihak PBT melakukan pemeriksaan premis, tidak membuka pintu dan tingkap semasa fogging dijalankan, membuang bekas – bekas yang boleh menakung air dimerata – rata tempat dan macam – macam lagi adalah pekara biasa yang dihadapi oleh pihak kesihatan dan PBT. Malah ada yang lebih teruk, diherdik semasa melakukan kajian aedes ataupun fogging. Kita boleh nampak disini attitude masyarakt kita. Apabila pihak kesihatan dan PBT melakukan sesuatu yang baik untuk mereka, mereka tidak memberi kerjasama. Tapi tidak semua masyarakat sebegitu, ada yang memberi kerjasama yang baik terhadap petugas kesihatan ini, cuma bilangan yang memberi kerjasama adalah lebih kecil dari mereka yang tidak memberi kerjasama.
Bukannya susah untuk memastikan tempat mereka sentiasa bersih, malah pihak kerajaan juga berkempen mengajak masyarakt meluangkan masa hanya 10 minit setiap minggu untuk memeriksa dan mengemas premis mereka. Jika menonton TV berjam – jam boleh, takkan hanya 10 minit untuk mengemas kawasan mereka pun susah? Sikap membuang sampah merata – rata tempat juga menunjukkan mentaliti kelas ke – 3 masyarakat kita. Dari pengalaman haku melakukan pemeriksaan, kebanyakkan kes datangnya dari tempat – tempat persekitaran yang kotor dan penuh dengan sampah sarap. Pihak JKKK dan penduduk disesebuah kawasan itu seharusnya sentiasa memantau tahap kebersihan ditempat tinggal mereka. Jangan bila keadaan sudah menjadi teruk baru sibuk memanggil wartawan untuk meluahkan masalah kebersihan ditempat tersebut dan meminta pihak berkenaan memantau kawasan tersebut sedangkan masalah itu berpunca daripada sikap masyarakat kawasan itu sendiri.
Begitu juga kontraktor – kontraktor yang melakukan pembinaan. Mereka juga punca kepada merebaknya kejadian demam denggi. Tempat – tempat mereka sering terdapat tempat pembiakkan yang “Massive”. Apa gunanya ada buruh – buruh ditempat mereka? bertanggungjawab sedikit dalam menjaga kesihatan awam dikawasan sekitar. Arahkan pekerja anda untuk sentiasa memantau tempat – tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakkan aedes.
Oleh itu, Jika masyarakat sering berkerjasama dengan pihak kesihatan dan PBT dalam menjaga kebersihan kawasan, percayalah cakap haku, kes demam denggi pasti akan dapat berkurangan dengan begitu drastik sekali. Masyarakat kena ubah mindset mereka dan sentiasa peka dalam hal ini. Jangan terlampau mengharapkan pihak kesihatan dan PBT melakukan semua ini. Mereka tidak menang tangan dalam memastikan kes demam denggi sentiasa berada ditahap paling minimum.
Popularity: 15% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on April 9, 2010 at 2:49 am, and is filed under Info Kesihatan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |




about 1 year ago
takut bila dgr byk kes kmatian sbb ni..
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 9th, 2010 at 11:50 am
tu lar..bahaya sebenar demam denggi neh..
[Reply]
about 1 year ago
salam zul..
betul tu..samalah kita mencegahnya
.-= zulkbo´s last blog ..Akibat Berang Tak Tentu Pasal =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 9th, 2010 at 1:55 pm
yup.. =)
[Reply]
about 1 year ago
betul tue bro..bleh nmpk perbezaan ketara diantara dua lokaliti yng bersih dan kotor..dari pengalaman haku, tmpt kotor lah paling banyak menyumbang kepada kes demam denggi
[Reply]
about 1 year ago
aishh kenapa selangor tertinggi?
da lah duk selangor naya2..
aiyarkkk
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 10th, 2010 at 1:29 am
biasalar bro..selangor kawasan pembangunan pesat..kena jaga2 sket duduk sana bro
[Reply]
about 1 year ago
Kalau kita ikut kempen pencegahan tu ,tak sampai 10 minit pun ,kene selalu rajin jaga kebersihan di kawasan sekitar rumah
.-= wazy´s last blog ..Comment on Convert Genius v3.0 Release by wazy =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 10th, 2010 at 1:28 am
yup..tapi 10 minit tue lar paling malas diorang nk lakukan ..huhuh
[Reply]
about 1 year ago
yang sebenarnya masyarakat tu sendiri kena sedar
jaga kebersihan
.-= Wan Perlis´s last blog ..Tulis & Menang ariffshah.com =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 10th, 2010 at 1:28 am
betul 2..kempen banyak ditujukan kepada masyarakat supaya sentiasa menjaga kebersihan rumah
[Reply]
about 1 year ago
Dah masuk musim hujan ni makin banyak la kes denggi. huhu
.-= imran´s last blog ..Pondok Warisan di IKIM.fm =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 10th, 2010 at 1:27 am
paling teruk sekali kalau hujan dua tiga hari lepas tue panas selama seminggu..2 paling bahaya..huhu
[Reply]
about 1 year ago
bilalah malaysia akan maju macam negara2 maju yg lain. aku bagi contoh australia. kalau ko sampai kat sini, korang tak akan jumpa walau satu pun longkang. kat sini memang takde longkang,. kalau kt malaysia, longkang2 ni lah pusat pembiakan nyamuk kat malaysia. so harap2 kontraktor kat malaysia boleh cuba fikirkan alternatif mcm di australia ni. mungkin akan mengambil masa sikit.
.-= Amir´s last blog ..Koala dan Kanggaru di Australia =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 11th, 2010 at 10:54 pm
Malaysia neh buatlah facilities 1st class pun..tapi kalau mentaliti kelas ke-3 mmg payah nak jadi mcm negara maju .. huhuu
[Reply]