Murky is On The Way!
Digital Camera Magazine Edisi Malaysia: Majalah fotografi paling popular di Malaysia
Salam dan selamat sejahtera kepada bloggers semua.
Siapa diantara bloggers disini yang kaki photography? mesti ramai bukan? tak kiralah yang menggunakan kamera kompak ke, DSLR ke ataupun kamera handphone. Kalau dah minat mengambil gambar, boleh dikata kaki photogrphy. Dan haku rasa ramai juga readers blog ini juga gila edit mengedit gambar mengunakan photoshop bukan. Mestilah minat, kalau dah kaki ambil gambar mesti minat mengedit, lagipun haku pernah berkata dulu, gambar tanpa edit umpama lagu tanpa irama. Cewah.
Ok, back to topic, sebenarnya entry haku kali ini haku nak reviewkan satu majalah Fotografi yang selalu haku langgan iaitu majalah Digital Camera. Siapa yang merupakan seorang photographer mesti tahu tentang majalah ini sebab majalah ini memang menjadi salah satu sumber rujukan mereka. Dan kepada yang tidak tahu, haku akan ceritakan secara pelahan – lahan supaya korang tahu kelebihan majalah yang selalu haku baca neh.
Majalah ini sebenarnya asal dari United Kingdom dan dibawa ke Malaysia oleh syarikat Velocity Media Sdn. Bhd. Majalah ini mempunyai banyak info dan tips mengenai photography jika hendak dibandingkan dengan majalh fotografi yang lain. Dari mempelajari teknik – teknik mengambil gambar sehinggalah mendapatkan info – info mengenai DSLR, semuanya anda boleh dapati dalam majalah ini. Memang tak rugi kalau menjadikan majalah ini sebagai sumber rujukan fotografi korang. Haku mula melanggan majalah ini lebih kurang setahun lepas selepas haku memiliki DSLR haku sendiri. Banyak majalah fotografi sudah haku baca dan laman – laman web haku lawati untuk mempelajari teknik – teknik mengambil dan mengedit gambar sehinggalah salah seorang rakan photographer haku mencadangkan kepada haku untuk membaca majalah Digital Camera.
Haku cukup terkejut setelah membaca majalah ini kerana terdapat info dan ilmu yang sangat – sangat haku perlukan untuk memantapkan ilmu fotografi dan editing haku. Dan start daripada itu, haku terus melanggan majalah ini kerana haku rasa majalah ini sudah cukup untuk haku mengorek tip photography tanpa perlu mencarinya dilaman web atau dimajalah lain.
Sebab apa haku mengatakan yang majalah mempunyai info dan ilmu yang padat? ok, reason yang pertama, majalah ini mengajar pembaca mereka teknik – teknik untuk mengambil gambar dengan betul ala – ala gaya seorang pro. Pernahkah anda terfikir bagaimana seorang photographer profesional mengambil gambar panorama yang cukup menarik? bagaimana mengambil gambar potrait dengan betul? Pernah tak anda rasa tension bila gambar yang diambil tidak seperti yang digambarkan oleh mata kita? dan macam – macam lagi persoalan dikepala kita bagaimana mendapatkan gambar yang menarik dan cun. Majalah ini dapat memberikan jawapan terhadap segala persoalan yang bermain difikiran anda.
Dulu haku tak tahu cara yang betul untuk mengambil gambar muka orang. Dulu haku pun tak tahu bagaimana nak shoot gambar burung dan dulu pun haku tak tahu bagaimana hendak dapatkan gambar air menitis dari kepala paip. Majalah inilah yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada haku untuk mengambil gambar – gambar yang dahulunya haku tak tahu bagaimana untuk diambil dengan betul. Maklumlah, nak pegi kelas photography, haku tak mampu (haha).
Dengan membaca majalah ini juga, korang bukan saja dapat mengetahui teknik – teknik yang selalu digunakan oleh seorang pro untuk mendapatkan gambar yang menarik, korang juga boleh menguasai skill – skill mengunakan DSLR korang. Apa yang menyebabkan haku betul – betul jatuh cinta dengan majalah ini ialah tip dan ilmu yang mereka berikan untuk menggunakan DSLR secara maksimum. Malah, jika anda membaca majalah ini, anda akan terkejut jika mereka memberikan tip – tip mendapatkan gambar yang cukup menarik dengan hanya menggunakan Sebuah DSLR berserta tool – tool yang hampir kesemuanya DIY.
Satu contoh haku boleh berikan, kalau hendak mendapatkan gambar potrait yang cantik anda perlukan peralatan studio bukan? Dalam majalah ini, mereka akan menggunakan barang – barang yang terdapat dalam rumah anda seperti kain putih, kerusi dan lampu meja sahaja (boleh rujuk isu No. 51 keluaran Mac 2010)
Tutorial photoshop juga ditunjukkan dalam majalah ini. cukup mudah difahami lengkap dengan screenshoot tutorial. Mostly, kalau haku hendak mengedit gambar, aku akan merujuk mana – mana majalah yang menunjukkan tutorial yang berkaitan dengan gambar yang mahu diedit oleh haku.
Dalam majalah ini juga, pihak editor memberi peluang kepada pembaca mereka untuk menunjukan bakat mereka dalam mengambil gambar. Dalam ruangan Out there ..Challenge dan Hotshoots korang boleh lihat gambar – gambar yang diambil oleh pembaca – pembaca diletakkan dalam ruangan itu. Malah, pihak majalah ini juga mengadakan satu misi kepada pembaca mereka mengambil gambar berdasarkan topik yang diberikan oleh mereka setiap bulan. Ia lebih kurang macam assignment lar (haha). Dan hadiahnya? rasanya korang tak sanggup terlepas hadiah yang diberikan oleh mereka.
Haku pernah beberapa kali menghantar gambar kepada mereka, tapi masih tiada rezeki, tak pernah terpilih. Hoho..
Dalam majalah ini juga disertakan sekali interview – interview yang dilakukan oleh pihak majalah dengan photographer – photographer profesional dunia. Dan ruangan inilah paling digemari oleh haku kerana ia memberi inspirasi kepada haku untuk menjadi seorang photographer. Selain itu, korang boleh mendapat tip – tip dari seorang photographer profesional apabila anda membaca interview mereka ini. Memang best bila membaca interview mereka ini.
Jika anda mahukan update mengenai gear – gear atau DSLR yang terdapat dipasaran, majalah ini dapat memberikan anda update yang anda mahukan dalam bentuk review dan rating. Mereka juga membuat comparison diantara gear yang sama tapi berlainan brand supaya korang boleh memilih apa brand gear yang patut dibeli. Sebagai contoh lens dan printer.
Selain itu, mereka juga menyedia FAQ terhadap gear – gear yang sering digunakan oleh photographer supaya korang boleh mendapat infomasi terhadap gear tersebut.
Kalau korang yang berkira – kira mahu membeli DSLR tetapi pening untuk memilih mana DSLR yang patut korang beli, korang boleh belek majalah ini. Setiap bulan mereka akan membuat review terhadap DSLR terbaru yang keluar dipasaran dan mereka juga akan melakukan perbandingan terhadap DSLR – DSLR berserta rating untuk menunjukkan kepada pembaca mereka perbezaan DSLR berlainan brand. Disitu korang boleh mendapat sedikit gambaran untuk memilih DSLR yang ingin korang beli itu.
Itu lah sedikit sebanyak review yang haku boleh kongsikan kepada korang semua. Majalah ini sejak haku mula membacanya haku tidak pernah miss melanggannya. Setiap keluaran terbaru, pasti ada benda baru yang akan haku pelajari. Biasanya, kalau haku baca tip – tip terbaru dari majalah ini, haku akan mencubanya. Lagipun, semenjak haku menggunakan DSLR, haku banyak berguru dengan majalah ini dan mempraktikannya dengan rakan – rakan haku. So, haku suggest kepada mereka yang mempunyai DSLR tapi tidak membaca majalah ini untuk membacanya. Tidak rugi. Memang bagus untuk photographer amatur macam haku neh (hehe). Bukan susah nak dapat majalah ini, kat MPH pun ada, cuma jangan beli yang keluaran UK sudah, sebab harga dia 5 pound sterling kot mauahaha..mahal tue..
Popularity: 42% [?]


| Print article | This entry was posted by Zul Murky on April 15, 2010 at 1:50 am, and is filed under Photo, Photography Tips. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |




about 1 year ago
aku minat fotografi..berapa ringgit sebuah?? nk langgan best gak..utk tahun depan pny tax exemption
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 15th, 2010 at 8:08 am
sebuah 9.00 bro.. =P
[Reply]
about 1 year ago
salam.
baru beli nikon d3000. 1 apapun xtau…
elok juga info ni. tq
.-= piewahid´s last blog ..sehari bersama penduduk kampung bangau parit…. =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 15th, 2010 at 12:21 pm
wow..d3000? best kamera tue.. ada dalam wishlist nk beli..tapi kena tgg fulus masyuk dulu ler..hehe
btw sama =)
[Reply]
Mr. Z Reply:
April 21st, 2010 at 11:22 am
d3000 mmg best.. cume xbuilt-in motor.. so, ssh sket nk carik lens AF-S.. kalau ade pon mahal.. aku baru je tolak d3000.. skang gune d90.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 21st, 2010 at 5:05 pm
wow.. upgrade terus ke D90.. haku pun ngah ngidam nk tukar ke D90 ..itupun kalau dapat tolak a200 neh termasuk aksesori2 dia sekali..kalau x..kena beli body a550 ler jawabnya.. huhuu
about 1 year ago
wah, review yg terbaik bro!! aku pun minat gak nk ceburi bidang ni secara suka2, tp hati dan nafsu belum gerak2 lg ni..hukhuk
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 16th, 2010 at 11:17 am
bro beli je yg biasa2 dulu..best main ngan DSLR neh..haa..hehe
[Reply]
about 1 year ago
aku cam berminat nak beli DSLR dan mendalami ilmu2 fotografi ni… cuma duit je takde lagi nak beli DSLR. aku suka ambik gambar2 reaksi orang.. pemandangan tu tak sangatla… aku suka profesional photographer ambil gambar wedding… lawa gile… aku suka..
.-= Amir´s last blog ..Tarik Trafik Blog Melalui Google =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 16th, 2010 at 11:19 am
haku dulu main kamera just suka2 ..beli yg murah je ..last2 nyesal sebab xangkat yg bagus terus..best duk tangkap2 gambar ne..
haku lebih suka mengambil gambar2 bukan hidup mcm bangunan lama, landskap, pokok dan lain2 lagi..gambar orang wedding haku xberapa reti sket pasal tatau nk instruct pengantin buat aksi..huhuu
[Reply]
about 1 year ago
aku minat photography tapi takda budget lagi nak beli kamera DSLR, mahal tu lagi2 nikon, simply the best
.-= Mr.Z´s last blog ..AkuPenglipurLara Kini Berdomain Baru! =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 16th, 2010 at 11:21 am
ada murah bro..canon d1000 1.8k ..itu pun dah puas hati.. nikon mmg best ..tp haku lebih berminat pada sony (pasal dah byk sangat aksesori sony..huhuu :’()
[Reply]
about 1 year ago
Member saya yang kaki DSLR memang langgan majalah ni. Macam-macam ilmu ada.
.-= imran´s last blog ..Keberkesanan Program Motivasi =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 1:25 am
yup .. bila dah langgan majalah neh..mmg xcari majalah lain.. melainkan ada yg lagi bagus dari neh..
[Reply]
about 1 year ago
bab photographer ni aku suka follow annamir
mmg tiptop shot dia
hdr hang edit guna software apa?blh kongsi
.-= Wan Perlis´s last blog ..Perspektif Aku Tentang Isu Pembuangan Bayi =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 1:33 am
kalau haku, haku suka follow jeebsion secara senyap2 ..gambar2 dia mmg menarik terutamanya bila dia shoot gambar orang..
haku guna photoshop cs 3 setakat neh..xpernah guna xpress editing software lagi..
[Reply]
about 1 year ago
Aku pun dah minat dengan fotografi ni,ade rezeki nak beli DSLR satu la ,hehehe
.-= wazy´s last blog ..Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 11:35 pm
dulu haku masa beli DSLR xpikir jauh..angkat yg murah je..skarang… terhegeh – hegeh cari duit nk upgrade kamera gemuk tue..huhuuu
[Reply]
about 1 year ago
hurm macam nak angkat satu je..ngeh2.. tapi duit takdala.. setakat nei pkai handphone kamera jer… hurm beli majalah jela dulu…
.-= zik´s last blog ..Petua awet muda bagi lelaki =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 17th, 2010 at 11:29 pm
bl majalah dulu pun ok.. bleh servey dan compare.ada rezeki tangkap satu nnt..boleh buat duit DSLR neh .. =)
[Reply]
about 1 year ago
Kalau di Sabah harga senaskah majalah tu sampai berbelas ringgit.. tapi kdg sanggup juga beli sbb dapat bnyk info dan pengalaman baca..
.-= kulanz´s last blog ..2 Kisah Menyayat Hati Sebelum Achik Spin Meninggal Dunia =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 21st, 2010 at 4:58 pm
owh..mahal juga ek kat sana ..mmg banyak info..mostly gmbr2 yang sy snap semuanya dirujuk dulu kat majalah tue..dah dapat idea dan tahu teknik baru try.. =)
[Reply]
about 1 year ago
aku minat gak photography tapi kamera tadak..keke
.-= Azizuan´s last blog ..Beautiful Blogger Award From Yatie =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
April 21st, 2010 at 5:01 pm
hehe ..aiseh..kena beli satu nnt bro..huhuu
[Reply]
about 1 year ago
Nice review bro…aku br jer upgrade ke D90…kalau ko nk tgk kualiti gmbr D3000,leh tgk kt photoblog aku…
http://photo.ohdawie.com
So far,aku mmg puas hati ngan D3k nie,cuma xde built-in motor punya psl la yg wt aku upgrade…1st time masuk blog nie bro…Salam perkenalan..!
.-= oh!dawie´s last blog ..Review | Rokok Elektronik =-.
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 9th, 2010 at 12:29 am
salam perkenalan kembali bro..tq datang ke blog neh..
haku pernah datang beberapa kali ke blog ko tgk photo2 ko … cantik2 gambar yg ko shoot..
haku dalam perancangan nk tukar branding dslr haku..takpun stick pada sony tukar body je..
[Reply]
about 1 year ago
kalau ada versi bahasa melayu kan best!…
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 20th, 2010 at 10:39 pm
harap2 company tue sudi kuarkan versi bhs melayu ..
[Reply]
about 1 year ago
Info bgune utk beginner mcm aku.tq
[Reply]
Zul Murky Reply:
May 30th, 2010 at 1:31 am
sama2 ..cari2 ler kat kedai..mesti ada punya..nk berbaloi beli yg edisi UK ..
[Reply]
about 1 year ago
Bro, nk tnya, nk langgan buku ni boleh kan? kat mana nk isi form online dan buat payment? Sebab aku tak tahu kedai buku mana ada jual kat sekitar Kota Bharu…Arap boleh bantu.TQ
[Reply]
Zul Murky Reply:
August 21st, 2010 at 10:43 pm
bro boleh pergi ke laman web dia, http://www.velocity-media.net/ @ http://www.my-dcm.com/subs_2010.pdf ..kat sana ada subscription servis dia.. bro try tengok popular ataupun kedai2 yg banyak jual majalah..maybe =)
[Reply]
about 1 year ago
Aku dah hampir dua tahun beli D90 + accesories (wide agle, macro lence, portrait lence 1.8:50mm, batery grip, speed light)..yg aku dok kira2 dah hampir RM7k habis…tapi sampai la ni tak tau sangat teknik yg betul ambik gambar…bila masa nak guna ISO yg betul, apeature yg mana…issshhh…nak baca malas pulak…..aku ingat start hari ni nak langgan majalah ni lah….thx bro!!!!
awedee´s last [type] ..Candat 2010
[Reply]
Zul Murky Reply:
October 21st, 2010 at 9:58 pm
sama2 ..penting bro untuk membaca2 majalah2 maji, sekurang – kurangnya memberi sedikit ilmu kepada kita tentang fotografi..
[Reply]
about 1 year ago
bro, cmne nk dptkan koleksi yg lepas2? kt kedai majalah ade x?
[Reply]
Zul Murky Reply:
November 9th, 2010 at 5:36 pm
kalau koleksi lepas tatau ada ke x..tapi kalau nk kena order or tempah dari syarikat pengedar dia lar..
[Reply]
about 1 year ago
Bro pngune sony jugak ke?hehe
Bgus bgus
[Reply]
Zul Murky Reply:
January 17th, 2011 at 10:59 pm
yup bro..ada sumthing nak sharing? hehe
[Reply]
about 1 year ago
Salam Bro, terima kasih le bebanyak,…buntu gak kawe dlm hal ni…nak g kursus,masa menbataskan nya..D3100 baru ja beli…shoot pun sembarang je asal menarik tu pun walk-in time pergibalik kerja aje.asal ada yg terpikat…….bila tertgk blog demo ni,kawe setuju bebenor…cuma hrp hrp tuan dpt tambah2 le lagi pen,ceramah,an & advise psl digital camera DSLR ni…selain dpt menambah pahala gitu…
[Reply]
Zul Murky Reply:
January 17th, 2011 at 11:01 pm
insyallah, maybe saya akan kongsi2 kan segala pengalaman yg saya ada dalam bidang photog neh. tp saya bukanlah expert sangat…masih banyak lagi yg perlu dipelajar..huhuu
[Reply]
about 11 months ago
salam.. bro.
ada tak majalah photograpy bahasa melayu di pasaran sekarang..?
[Reply]
Zul Murky Reply:
March 21st, 2011 at 3:18 pm
so far, apa yg saya tau, xde lagi lar..tp ada tutorial kat internet yg berbahasa melayu..saudara boleh search kat google..
[Reply]
about 8 months ago
macam best je kan main DSLR kan?fuh..camne ar leh jadi pro gitu ye
[Reply]
about 5 months ago
kemera mahal2 tak penting brom yg penting cara dan teknik org yg ambil gambar tu… kalau kamera jer mahal tapi ambik gambar hampeh tak guna gak.. pro yg pakai camera mahal tu adalah untuk nak memudah kan keja dia seharian,,.. mcm kita suka2 pakai yg murah cukup janji kita padai mengawal kamera kita bukan kamera yg mengawal kita hehehehe setuju tak..
[Reply]
Zul Murky Reply:
August 21st, 2011 at 11:33 pm
correct broo.. amatur kit pun kalau guna cara yg betul akan dapat hasil seperti PRO ..:)
[Reply]