Murkiester Rss

facebook

Featured Posts

9 tempat paling unik di dunia Dunia ini penuh dengan tempat - tempat yang penuh dengan keajaiban dan keunikannya. Apa yang selalu kita lihat adalah beberapa peratus sahaja dan banyak lagi kawasan didunia ini yang masih belum diterokai. Dibawah ini adalah gambar - gambar dimana kawasan tersebut sangat unik dan bagi kita ia kelihatan pelik. Walaupun unik, tempat ini sangat...

Read more

MAS, Tourism Malaysia selamatkan ibu dan bayi di Ho Chi MinhMAS, Tourism Malaysia selamatkan ibu dan bayi di Ho... KUALA LUMPUR 19 Mei - Seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, bernasib baik selepas kesukaran yang dihadapinya di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam mendapat pembelaan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia. Segala-galanya bermula selepas ibu malang itu tidak dibenarkan menaiki pesawat...

Read more

Adam Adli direman lima hariAdam Adli direman lima hari KUALA LUMPUR 19 Mei - Aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim ditahan reman selama lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh yang mengesahkan perkara itu memberitahu, bekas pelajar Universiti Pendidikan...

Read more

Calvin Thoo memeluk agama Islam Pereka fesyen terkenal Calvin Thoo memeluk agama Islam. Beliau mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan oleh Ustaz Dato Ismail Kamus, Dato Dr Asri dan Yb Us Solihin Mokhyi. Calvin Thoo menyatakan beliau memilih Islam di saat mimpi dan bermimpi bersyahadah. Calvin Khoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, beliau sudah...

Read more

4 tips kesihatan dari Nabi Muhammad SAW4 tips kesihatan dari Nabi Muhammad SAW 1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh...

Read more

Influenza A (H1N1) dan Langkah – Langkah Pencegahannya.

Category : Info Kesihatan

Setiap kali kita membaca surat khabar, pasti ada berita tentang kes – kes selsema babi atau dengan nama lainnya Influenza A (H1N1). Nampaknya apa yang diwar – warkan oleh Kementerian Kesihatan akhirnya menjadi kenyataan. Gelombang kedua Influenza A (H1N1) akhirnya berlaku.

Sehingga kini, jumlah terkumpul kes selsema babi ini sudah pun menjangkau 13,158 dengan 31 kes baru direkodkan hari ini. Seperti yang kita tahu, ramai diantara kita masih tidak imum dengan penyakit ini (melainkan ada yang pernah mendapat penyakit influenza A (H1N1), jadi memandangkan gelombang ke dua Influenza A (H1N1) sudah pun bermula, haku ingin berkongsi sedikit info mengenai penyakit ini kepada anda semua supaya kita semua sentiasa berwasapada akan penyakit yang boleh membawa maut ini.

Dan Sebagai salah seorang anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia juga, haku sarankan kepada anda semua untuk ikuti langkah – langkah pencegahan yang terdapat dalam entry ini bagi membendung penularan penyakit selsema babi. Lagipun mencegah lebih baik dari mengubati bukan?

Apa itu Influenza A (H1N1)?

Ia merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gen virus influenza babi, burung dan manusia.

Simptom dan gejala Influenza A (H1N1)

Orang yang dijangkiti virus ini akan mempunyai simpton demam dan diikuti dengan salah satu gejala berikut:

  • Batuk
  • Sakit Tekak
  • Sukar Bernafas
  • Sakit Kepala
  • Sakit Badan.

Orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini (Biasanya sehingga 7 hari). Kanak – kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

Bagaimana virus ini berjangkit.

Virus ini boleh berjangkit kepada orang lain apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair yang terkeluar semasa bersin atau batuk akan terkena tangan pesakit, permukaan – permukaan objek (contoh: keyboard komputer) atau tersebar ke udara. seterusnya:

  • Seseorang boleh dijangkiti samada melalui pernafasan;
  • melalui sentuhan tangan pesakit
  • menyentuh permukaan – permukaan objek yang tercemar dengan titisan cecair pesakit

Virus ini dapat bertahan diatas sesuatu permukaan selama 2 hingga 8 jam (contoh: meja, keyboard komputer, tombol pintu dan pemegang tangga)

Virus ini akan tersebar dari orang yang dijangkiti kepada orang lain diantara 1 hari sebelum orang yang dijangkiti mula sakit ke 5 hingga 7 hari selepas dijangkiti. Virus akan bertahan lebih lama didalam badan orang – orang tertentu terutamanya kanak – kanak dan orang yang mempunyai immuniti  yang lemah.

Rawatan dan Vaksin

Rawatan yang digunakan untuk merawat penyakit ini ialah dengan mengunakan antiviral dan terdapat dua jenis antiviral yang digunakan iaitu Oseltamivir (Tamiflu) dan Zanamivir (Relenza)

Kini sudah terdapat vaksin Influenza A (H1N1) di Malaysia. (Bagi mereka yang berisiko tinggi, boleh dapatkan vaksin di pusat – pusat kesihatan)

Langkah – Langkah Pencegahan

1. Amalkan adab batuk dan bersin

Guna tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin

  • Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah
  • Segera cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer
  • Jangan berkongsi sapu tangan
  • Cuci tangan selepas menyentuh muka, hidung, mulut dan mata

2. Kerap mencuci tangan

Membasuh tangan adalah kaedah paling berkesan untuk mencegah jangkitan penyakit berjangkit dikalangan kanak – kanak dan orang dewasa. Oleh itu, amalkan tujuh langkah betul untuk membasuh tangan.

Segera mencuci tangan apabila:

  • Menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat – tempat awam. (Contoh: Kaunter tiket, tombol pintu dan lain – lain lagi)
  • Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
  • Selepas berjabat tangan dengan orang mengalami gejala selsema
  • apabila tangan anda kotor

3. Gunakan topeng mulut & hidung (Mask) jika selsema atau ke tempat – tempat awam. Jangan lakukan pekara ini apabila menggunakan topeng muka: -

  • Berkongsi topeng
  • menyentuh permukaan topeng yang telah digunakan
  • Menggunakan semula topeng yang sudah dipakai
  • Meletakan topeng muka di merata – rata tempat. Buang ke tempat yang betul (Contoh: Tong sampah)

Selepas menanggalkan topeng, cuci tangan anda dengan air dan sabun atau hand sanitizer

4. Jarakan diri anda daripada orang yang selsema sejauh lebih kurang 1 meter

5. Amalkan cara hidup yang sihat seperti bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang untuk meningkatkan immuniti badan.

Golongan yang berisiko

Terdapat golongan yang berisiko tinggi untuk mendapatkomplikasi/penyakit teruk akibat jangkitan Influenza A (H1N1). Golongan tersebut ialah:

  • Kanak – Kanak berumur kurang 5 tahun
  • Warga emas yang berumur 65 tahun dan keatas
  • Kanak – kanak atau remaja yang mengambil ubat aspirin untuk tempoh rawatan yang panjang
  • Wanita hamil
  • Mereka yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asma, paru – paru kronik, kegagalan fungsi organ, penyakit kardiovaskular, penyakit hati, penyakit sistem darah, penyakit saraf dan gangguan metabolik seperti diabetes
  • Mereka yang mempunyai immuniti yang rendah (Termasuk mengambil ubat – ubat tertentu, kanser, HIV dan sebagainya)
  • Penghuni pusat penjagaan kesihatan serta fasiliti penjagaan kesihatan kronik yang lain
  • Individu yang obesiti.

Paling penting, sediakan kit H1N1 adan sendiri dan sentiasa membawanya kemana – mana untuk keselamatan diri anda.

Kit H1N1:

  • Mask
  • Tisu / sapu tangan
  • Hand Sanitizer

Rujukan: www.infosihat.gov.my

p/s : Sekarang tengah berjaga – jaga dengan penyakit ini..huhu

Related Posts with Thumbnails